NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Saturday, June 30, 2012

Perkahwinan



Perkahwinan muda merupakan satu fenomena masa kini. Tak salah untuk berkahwin di usia muda. Kita sendiri perlulah memikirkan tanggungjawab masing-masing dalam mengekalkan kebahagian rumahtangga. Pada usia muda ini selalunya pelbagai dugaan akan menimpa.

Setiap pasangan perlu sentiasa beringat,

❝ Perkahwinan bukan sekadar sahnya lafaz akad nikah. Walaupun ianya dikatakan untuk mengelakkan zina, namun jika didirikan atas dasar nafsu, maka runtuhnya juga pasti atas dasar nafsu ❞

kerana,

❝ Kukuhnya sesuatu ikatan itu adalah bertunjangkan atas dasar apa sesuatu ikatan itu dibina ❞

Oleh itu.

❝ Lelaki dan Wanita memerlukan sifat toleransi dalam hidup berpasangan dan berubahlah menjadi lebih matang kerana ianya mampu membawa sesebuah hubungan itu kepada hubungan yang lebih berpanjangan ❞

p/s : maaf kalau NAL tak sempat untuk ke blog korang sebab demam & selesema sikit. Insha Allah, lepas sihat NAL akan ke blog korang..

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Friday, June 29, 2012

Islamic | Buat Wanita Bergelar Isteri



Entri kali ni NAL tujukan buat semua isteri dan juga yang akan bergelar isteri. Lelaki pun boleh take note sekali. Satu kata-kata yang menarik bagi NAL ialah,

❝ Gadis yang garang sebelum berkahwin akan menjadi gadis yang lemah lembut selepas berkahwin kerana garang dengan lelaki yang bukan suaminya ialah akhlaknya dan lemah lembut dengan suaminya ialah kewajipannya ❞
Sejajar dengan firman Allah yang bermaksud :
 “…Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Baqarah 2: 228)

Antara ketaatan isteri kepada suami :

  • Memelihara kewajipan terhadap suami
  • Sentiasa menyenangkan suami
  • Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
  • Tidak bermasam muka di hadapan suami
  • Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
  • Tidak keluar tanpa izin suami
  • Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
  • Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
  • Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
  • Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya):
“Sekiranya aku harus memerintahkan seseorang sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku akan perintahkan wanita sujud kepada suaminya lantaran besarnya hak suami yang ditentukan Allah ke atas isteri.”


p/s : sekadar pencerahan...

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Jawapan : Jom Teka Bersama NAL


Ni merupakan jawapan untuk entri kat sini.Seperti yang dijanjikan, NAL akan bagi tahu jawapan sebenar untuk gambar tu. Ramai yang jawab buah Labu dan Tembikai Susu tapi salah tu. Ada juga yang jawab tomato. Hurmmm, maybe main-main jer kot. Ni la buahnya.


isi..

kulit..

Jawapan : Timun betik / Tembikai betik

NAL sendiri tak pasti kat tempat korang buah ni dipanggil apa. Apa yang pasti kat Langkawi biasanya dikenali sebagai timun betik. Tadi NAL ada search google dan ia juga dikenali sebagai tembikai betik. Dahulunya ditanam diatas batas sawah padi. Mak NAL ada tanam buah ni belakang rumah.

Kebiasaannya, buah ni akan dimakan bersama santan. Buah ni dipotong dadu dan dihidangkan bersama santan dan ketulan ais. Kelihatan macam serawa mentah. Baunya memang wangi.

Peneka Terbaik :

  • Mk Syahir - tu pun setelah buat tekaan kedua.

klik header untuk ke blog beliau..


p/s : Terima Kasih kepada korang yang sudi meneka.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Thursday, June 28, 2012

Jom Teka Bersama NAL

 
Untuk hari ni, NAL nak ajak korang semua untuk teka gambar di bawah. Bukan apa, saja nak tengok pengetahuan korang semua. Kalau korang penggemar makanan berkhasiat mungkin korang akan tahu. Jom tengok gambar di bawah. 


Korang rasa apa? Tinggalkan jawapan diruangan komen. Nantikan jawapannya malam nanti.

Klu : wangi, sedap


Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Jom sertai Giveaway Askrie Hishamuddin


Hari ni mood nak join any contest/GA lak. Dah lama tak join. Kali ni NAL join GA daripada Askrie Hishamuddin. Simple je syarat penyertaannya.

Ni gambar yang NAL pertaruhkan...

Jom sertai : kat sini.
Tarikh tutup : 7 Julai

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Watak Kegemaran


Satu lagi contest yang menarik minat NAL untuk join. Contest kali ni datang daripada blog Buasir Otak. Jom usha headernya..


cium header untuk sertai atau klik kat sini

Watak Kegemaran :
  • watak kegemaran NAL ni merupakan watak dalam satu permainan video. Ala yang makan cendawan untuk membesar tu. Tak tahu? Ni ha...
#Super Mario

  • " NAL suka Super Mario sebab dalam dunia ni NAL tak pernah jumpa lagi dengan super hero yang boleh pecahkan bata dengan tangan tapi mati bila tersentuh kura-kura"


Tarikh tutup contest : 8 Julai 2012 ( 12.00 malam )




Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday #17


Masa NAL tengah godek-godek facebook tadi. Rakan NAL ada tag sesuatu. Lepas buka memang terus berdebar-debar. Korang tahu kenapa? Tengok la sendiri..


klik untuk besarkan..
NAL berharap dapat masuk ke
Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam ISM Pendidikan.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Tuesday, June 26, 2012

Tips Mencari Jodoh yang Baik (PART 2)



Ini merupakan sambungan daripada PART 1 : kat sini dan juga merupakan bahagian terakhir. NAL akan kongsikan 3 lagi tips untuk korang dalam mencari pasangan/jodoh yang baik. Jom ikuti satu per satu.

4) Pilihan ibu bapa.
  • Minta ibu bapa, abang atau saudara-mara mencarikan pasangan untuk anda. Insha Allah, pilihan ibu bapa adalah yang terbaik buat anda. Rasulullah s.a.w. menyatakan dalam hadith yang bermaksud,
" Redha Allah pada redha kedua ibu bapanya dan murka Allah pada murka kedua ibu bapanya. "
5) Menggunakan orang tengah dalam urusan perkahwinan.
  • Usah mengingini perkara yang halal dengan cara yang haram. 'Couple' bukanlah jalan keluar untuk mengenali pasangan kita. Lumrah bercinta, semuanya akan nampak indah dan sempurna. Jadi 'couple' bukanlah pilihan terbaik. Gunakan perantaraan orang tengah dan elakkan berhubung secara terus dengan bakal pasangan kecuali untuk perkara-perkara yang PENTING sahaja.
6) Solat sunat istikharah.
  • Untuk memperoleh ketetapah hati dalam soal ini, tunaikanlah solat sunat istikharah. Tetapi jangan 'memaksa' Allah untuk memberi jawapan kepada kita. Tunaikanlah dengan tenang dan perolehi hasilnya memalui kemantapan hati, petunjuk melalui mimpi atau apa-apa petanda lain. Sekiranya jodoh kita merupakan jawapan istikharah kita, namun berlaku ujian dalam rumah tangga yang dibina, bersabarlah kerana setiap jawapan Allah ada hikmah-Nya dan istikharah juga memerlukan mujahadah.
Kredit : Quds. Rujukan : Denyut Kasih Medik (Dr Farhan Hadi), Cinta High Class & Cintaku kerana Agamamu (Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi) & Majalah Solusi Isu 41 (Tutup Aurat Supaya Selamat)


p/s : semoga kita beroleh sesuatu daripada tips ini. Kongsikan jika ia berguna.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Awek Puchong dan Gambar HOT Abang !


Baru je lepas check nuffnang. Dah lama jugak la NAL tak buka nuffnang. Niat ni bukan lah nak tengok earning sebab NAL tahu traffic blog tak memuaskan sangat tapi boleh la kan. Lepas buka, terus tengok keywords.

Fuyoooo. Macam-macam keywords yang keluar. Terkejut juga tengok sebab NAL tak la pula pernah post pasal topik-topik yang di search tu. Kng dah orang tengok tajuk entri pun mesti korang dah tahu kan? Jom la tengok sama-sama.


"gambar hot abang" , "neelofa hot"

Kalau sebelum ni, memang terang-terangan yang search tu seorang lelaki. Hurmmm, "gambar hot abang" ? Abang mana pun NAL tak pasti la kan. Yang pasti, abang tu abang kau la - hahaha..opppss. Korang rasa, lelaki juga ke yang search ni ?

Blog NAL juga tak terlepas daripada aktress Neelofa ! Hari tu "neelofa hot lips" kali ni dah "neelofa hot" pulak. Memang sure la Neelofa sekarang ni menjadi dambaan lelaki-lelaki di luar sana.

"awek fl puchong"

Yang ni lagi la NAL gelak sangat. "awek fl puchong" lak bai. Hurmmm, awek lu bukan awek wa beb ! Apesal la carik kat blog wa. Adesss ! *maaf sebab guna lu gua pulak..pengaruh cite JAPK la ni..hahahaha..tak der la :)


p/s : gunakan jalur lebar sebaiknya...

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Monday, June 25, 2012

Tips Mencari Jodoh yang Baik (PART 1)




sumber : images.google.com

1) Jadilah orang yang baik.
  • Untuk mendapat yang terbaik, yang soleh dan solehah, kita sendiri haruslah berusaha mempersiapkan diri menjadi produk yang soleh dan solehah terlebih dahulu. Persiapkan diri kita dengan ilmu agama yang kukuh dalam pelbagai bidang. Jika tidak mampu, sekurang-kurangnya dengan ilmu perkahwinan Islam. Kebiasaanya, produk yang soleh dan solehah sentiasa mendapat perhatian dan yakinlah dengan janji Allah SWT. Allah S.W.T berfirman dalam surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud,

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”


2.Mendampingin orang-orang yang baik.
  • Dampingilah orang yang baik akhlaknya (tak semestinya alim ulamak sahaja). InsyaAllah, kemungkinan jodoh kita juga akan berkisar dalam lingkungan orang-orang yang baik sama ada saudaranya mahupun tetangganya. 
3.Melazimi tempat-tempat yang baik.
  • Lazimilah tempat-tempat yang baik dan kemungkinan kita untuk bertemu orang-orang yang baik juga tinggi.
bersambung...

Kredit : Quds. Rujukan : Denyut Kasih Medik (Dr Farhan Hadi), Cinta High Class & Cintaku kerana Agamamu (Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi) & Majalah Solusi Isu 41 (Tutup Aurat Supaya Selamat)

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Saturday, June 23, 2012

Benih Yang Baik


Segmen masyuk abad ini : kat sini


NAL ada baca sebuah buku " Persediaan Minda Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang oleh Osman Affan ". NAL tertarik dengan satu kata-kata yang terdapat dalam buku tu. Sekali baca macam tak membawa apa-apa maksud, namun bila NAL fikir seketika maksudnya sangat mendalam.

Sekiranya kita menanam benih pokok bendi, tentulah pokok bendi yang tumbuh bukan? Tetapi sekiranya kita mahukan pokok rambutan, dapatkah kita hasilkan itu apabila kita terus-terusan menanam benih pokok bendi?

NAL yakin korang akan faham benda ni. Tapi mungkin pemahaman kita akan berbeza-beza. Jadi apa pandangan korang? Tinggalkan idea korang.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Friday, June 22, 2012

Segment Cipta Poster by GBM


Segmen masyuk abad ini : kat sini

Malam ni NAL nak join satu segmen daripada salah seorang ahli Family fiQ'Ra. NAL tertatik sebab kita perlu cipta satu poster. Jom join.

sentuhlah POSTER ni kalau berani :)

Poster yang NAL buat ni bertemakan Cerita iaitu poster untuk Cover Novel. Harap korang semua suka dengan poster rekaan NAL ni. 

klik untuk lebih jelas..

Cetakan NAL mempersembahkan sebuah Novel Cinta " Selagi Ada Dia " oleh MHH. Hope you gonna like it. Terima Kasih juga buat model yang sudi bekerjasama.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Islamic | Jelasnya Kesalahan Orang



Adakah kita asyik mengintai ?

Kadang-kadang kita terlupa yang kita asyik bercakap mengenai seseorang. Mungkin baik dan mungkin juga disebaliknya. Kalau yang baik tu boleh la dijadika ikutan, tapi kalau yang sebaliknya tu jadikanlah pengajaran. Tak salah kalau kita belajar daripada kesilapan orang lain.

" Kita sibuk mengata akhlak orang tapi kita lupa menjaga akhlak kita ! "

" Kita asyik sangat cari kekurangan org lain sedangkan kekurangan diri kita sendiri masih banyak lompongnya ! "

" Kita selalu mentertawakan kebodohan org lain sedangkan kita lupa kebodohan diri sendiri ! "


Nak cakap memang mudah tapi apabila kena kat batang hidung sendiri, baru kita rasa. Benda paling mudah adalah dengan meletakkan diri kita kat tempat orang tu. Banyak contoh yang biasa kita lihat atau dengar. Dalam drama-drama Melayu pun banyak.






" Eh, Kiah ! Kau tahu tak anak Pak Samad kahwin free semalam ? "

" Jenah, kau tahu tak anak jiran kau tu dapat 2A je ! Tu pun A- je. "

Benda-benda macam ni dah memang common thing pun. Tapi selagi kita sentiasa beringat, NAL pasti kita boleh jauhi sikap sebegini. Cantik dalaman, cantik la luarannya. Paling penting, ia akan mencantikkan lagi peribadi kita.




Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. (Maksud Al-Quran/Al-Hujurt: Ayat 12)

Tunaikan amanah kepada orang yang mempercayaimu dan jangan engkau mengkhianati orang yang mengkhianatimu[HR. Bukhari] 




p/s : sekadar renungan bersama...

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Thursday, June 21, 2012

Tips Bercuti di Langkawi (Part 2)



Ini merupakan sambungan daripada PART 1 kat sini. Ada banyak tempat menarik untuk korang lawati tapi kat sini NAL just nak recommend beberapa tempat sahaja. Antara tempat-tempat menarik di Langkawi :

i)Cable Car
  • Kalau korang nak sangat ke Cable Car datanglah pada hari biasa/kerja (isnin - khamis) sebab selalunya orang tak ramai sangat. Jangan pergi hari sabtu dan ahad kerana tempat ini akan sesak dan korang perlu beratur panjang.
  • Kalau korang datang masa cuti sekolah, pergi awal sikit sebab bila cuti sekolah ni semestinya ramai jugak orang. Cable Car dibuka pada pukul 9.30 pagi. Jadi pergi la dalam pukul 7.30 pagi. Walaupun terlalu awal tapi semestinya berbaloi.


ii)Underwater World
  • Nak tengok penguin? kat sini la tempatnya. Hampir sama dengan Aquaria tapi pengalamannya sudah pasti berbeza.
  • Underwater memang sentiasa ramai orang baik orang awam, Malaysia mahupun luar negara. Yang pasti, tempatnya tak la begitu sesak sebab kawasannya luas.


iii)Makam Mahsuri
  • Korang boleh datang bila-bila masa sebab walaupun ramai orang tapi tak sesak. Kalau tak salah NAL tak sampai pun RM10. Kat sini, korang boleh tengok sendiri makam milik Mahsuri, replika rumah kampung yang pernah didiami Mahsuri dan banyak lagi.
  • Kat sini juga ada persembahan teater yang menceritakan tentang saat-saat Mahsuri difitnah, dibunuh dan juga saat Mahsuri menyumpah Langkawi selama 7 keturunan dan kalau korang nak tahu sumpahan tu benar-benar berlaku.


iv)Galeria Perdana
  • Tempat ni kurang sikit dengan pelancong. Jadi korang boleh singgah bila-bila masa. Kalau korang jenis yang suka sejarah, tempat ni memang sesuai. Di sini, terkumpulnya semua barang-barang dan hadiah-hadiah milik Tun Mahathir Mohamad. Tersangat lah luas.
bersambung...

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday #16


Segmen masyuk abad ini : Kat sini


  
mengambil berat..


    
jaga tepi kain orang..

Satu persoalan untuk korang semua,

berbeza atau sama saja ?

Berikan pendapat korang. Sesetengah masyarakat kini mungkin tersalah tafsir kedua-dua konsep di atas.


Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

SEGMEN: FOLLOWER VS READER


Pagi-pagi ni, NAL nak join segmen daripada pemilik blog Cerita Ladies Purple. Orang dah jemput, kite kena la join. NAL support segmen ni sebab beliau pernah join segmen daripada NAL.

ketuk header untuk join..
Saya lebih suka banyak reader kerana daripada reader saya tahu topik apa yang digemari, daripada reader saya tahu tahap penulisan sendiri, daripada reader saya tahu apa yang perlu dibaiki dalam menjadikan blog sebagai medium perkenalan, medium perkongsian, medium informasi dan medium luahan perasaan individu itu sendiri.

Gambar untuk doodle nanti NAL kasi. Due date : 2 Julai 2012 (11.59 malam).

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Tuesday, June 19, 2012

Page Untuk Arwah



NAL terkejut apabila dapat tahu bahawa ada orang yang create Facebook Page untuk arwah Yasmin J Huncwick. Dalam page tu ada dikongsikan beberapa video arwah yang tengah main piano, juga perkara yang arwah lakukan sebelum meninggal dan satu artikel titipan daripada ibu arwah buat semua. Adakah korang rasa ni satu perkara yang wajar untuk dilakukan ? NAL pun tak pasti tujuan sebenar kewujudan page tu. Semoga arwah tenang di sana. Al-fatihah.

p/s : pandangan orang berbeza-beza dan page tu juga mungkin akan mengaibkan arwah yang telah kembali di sisi Allah.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Monday, June 18, 2012

Tips Bercuti di Langkawi (Part 1)






Kalau hari tu NAL update berkenaan Makanan Terbaik Langkawi, hari ni NAL nal kongsi beberapa tips untuk bercuti di Langkawi. Mungkin ada dalam kalangan korang yang belum pernah menjejakkan kaki di Langkawi. Harap tips ini berguna suatu hari kelak.

1) Kenderaan
  • Kalau korang datang ketika musim cuti sekolah, kebiasaannya harga kereta/van sewa lebih mahal berbanding hari biasa. Kalau korang berbajet besar tak per la tapi buat mereka yang berbajet sederhana, korang rancang dahulu perjalanan korang sebelum datang ke sini. 

2) Makanan
  • Makanan ni bergantung restoran yang korang pergi. Biasanyar restoran yang berdekatan dengan hotel dan Pantai Chenang agak mahal, tetapi tidak semuanya sedap.
  • Kalau korang nak makan seafood yang fresh, murah dan sedap, NAL sarankan korang singgah di Restoran Nelayan. Korang boleh tanya orang awam kat sini. Banyak juga artis yang memilih restoran ni untuk dinner.
  • Kalau korang inginkan western food, korang boleh pilih sama ada nak ke EE Burger atau GM Burger. Kedua-duanya menawarkan pelbagai makanan western yang sedap dan berpatutan seperti Chicken Chop, Chicken Paper Grill, Rib Eye Steak dan pelbagai makanan lain. Char Kuey Teow dan menu tempatan yang lain juga ada di sini.
  • Kalau korang nakkan pizza dan pelbagai jenis spageti, korang boleh terjah Artisan's Pizza. Mereka juga penawarkan khidmat penghantaran secara percuma.

3) Tempat Penginapan
  • Sebelum datang Langkawi, better korang buat pilihan atau booking mana-mana hotel, chalet atau homestay. Kebiasaannya hotel ni, korang boleh agak la berapa harga semalam kan? Kalau nakkan kelainan, korang boleh singgah The Cabin. Harganya berpatutan dan lebih murah berbanding beberapa homestay taw.
  • Kat area rumah NAL pun ada beberapa homestay yang sangat best. Sebab suasana kampung. Malam-malam korang boleh la berbarbeque. Laman rumah juga besar dan mempunyai beranda.
  • Kalau hotel korang boleh try Awana Porto Malai, Mauritus Pelangi Beach Resort & Spa, Aseania, Holiday Villa, dan lain-lain. Semuanya ada pakej tertentu. Korang kena la bijak memilih.
bersambung...

Sunday, June 17, 2012

Today's Quote #6


NAL nak minta maaf kat korang semua sebab tak dapat terjah lagi entri-entri dan blog korang. Sibuk sikit beberapa hari ni. Ni pun curi-curi masa nak update takut bersawang pulak blog ni. Hari ni just nak update something yang simple je.


❝ Orang akan sentiasa bercakap mengenai kita, jalan terbaik adalah dengan mengubah diri ke arah yang lebih baik supaya orang akan bercakap tentang kebaikan itu ❞

❝ Kita sentiasa mendengar apa yang orang lain katakan, namun kita tidak perlu menerima segalanya ❞

p/s : pilihan di tangan kita !

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Saturday, June 16, 2012

Islamic | Kebaikan Kekal Abadi





❝ Individu boleh menulis apa sahaja status, individu boleh muat naik apa sahaja gambar, namun tulis dan muat naiklah sesuatu yang bermanfaat dan baik kerana
penulisan dan gambar ini akan kekal abadi walaupun individu itu telah pergi ❞

#JasonMraz : kat sini
#UOX2012 : kat sini
#TaylorsPBA : kat sini
#NokiaLumia900 : kat sini

p/s : Ayah kepada sahabat NAL telah pun meninggal dunia pada pukul 9 pagi tadi (Jumaat, 15/6/2012). NAL ingin mohon jasa baik korang semua (yang beragama islam) untuk sedekahkan al - Fatihah buat arwah. Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.

Wednesday, June 13, 2012

SEGMEN JOM BIKIN FILEM Bersama Mak Dara


Masa NAL godek-godek blog Joel tadi, NAL terus tertarik nak join segmen ni. Segmen yang dianjurkan oleh Mak Dara iaitu pemilik blog www.bicaramakdara.com ".

NAL tertarik sebab untuk join segmen ni, kita kena reka poster untuk filem. Bab-bab edit ni memang NAL suka. Malas nak cakap banyak, jom tengok poster filem yang NAL buat ni.


ADNAN  HIMP-IT  NAL..

Memandangkan cerita ni akan menjadi box office, NAL dah siapkan poster untuk sambungan cerita ni walaupun belum lagi menjalankan pengambaran - boleh macam ni ? hahaha. Kira macam siri yang kedua pulak. Untuk siri kedua ni, NAL pulak yang cuba untuk menghimpit ADNAN, tapi.... Nantikan je la filem ni ye. Okay, jom usha.


ADNAN  HIMP-IT  NAL 2..

Jangan lupa menonton ya. Kredit to Metrowealth Pictures Sdn. Bhd.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...