NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Wednesday, April 18, 2012

Makanan Terbaik Langkawi






   NAL tak pernah lagi promote kat korang apa-apa benda yang hanya ada di Langkawi. NAL tak pasti sama ada korang pernah datang sini ke tidak. NAL harapkan korang semua pernah datang la ke sini.





Beronok? Mesti korang pelikkan?

...banyak persoalan yang berada diminda,
banyak pula tanda tanya dan juga kata kerja...

   Jangan pening-pening, jangan pusing-pusing! Beronok merupakan hidupan akuatik yang hanya boleh ditemui di Langkawi. Beronok ini tergolong dalam spesies gamat.


* beronok yang belum dicuci - penuh dengan selut

   Beronok sebenarnya tinggal di kawasan laut yang berselut - tak tahu orang luar sebut apa. Sangat senang untuk menangkapnya. Apa yang bestnya tentang beronok ni ialah ianya boleh dimakan.

* beronok yang telah dicuci


Fakta beronok : 
  • hanya boleh dibuat kerabu
  • beronok tak boleh dimasak ( goreng, rebus, bakar, sup, kari , etc. )

   Jika beronok dimasak, ianya akan bertukar menjadi air. Kerabu beronok merupakan makanan terbaik yang terdapat di Langkawi. Beronok ini dibuat kerabu mentah-mentah. Jom cuci mata,

* bahan-bahan dalam penyediaan Kerabu Beronok

   Mungkin korang tak biasa dengan beronok dan juga kerabu beronok dan ntuk pengetahuan korang, kerabu beronok biasanya dijadikan salah satu hidangan semasa kenduri kahwin, berkhatan, kenduri kesyukuran dan lain-lain. Kerabu beronok ni sangat sedap. NAL gerenti punyerlah.

* kerabu beronok yang telah siap

Beronok ni ikut musim. Bukan sepanjang tahun ade taw ! Kalau korang datang sini, tanya jer orang awam kat sini. Mana la tahu kalau-kalau korang teringin nak makan. Kadang-kadang ada juga dijual dipasar malam. Tu je kot yang NAL nak bagi tahu korang. Ayuh ke Pulau Langkawi untuk merasai keenakkan Kerabu Beronok !





Check it out..

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

28 comments:

shiema sufian said...

Shiema tak pernah pun makan beronok tu. hihi

teha said...

waa.. selama g langkawi , xpenah pon mkn bnde nie.. mcm takot jee nk mkn.. hehehe :)

Tihara said...

yg ni yg akak nk sgt try makan..kawan akk ada keje kat langkawi n dia pn blogger jugak... :)

9n0L4 said...

huhu. aci tak cakap geli? ;)

NAL said...

@ShiemaSufian :

nanti dtg sini try rasa

Eyqa Hasnan said...

aduhhh --' macam pelik je tengok !

NAL said...

@Teha :

la asal tak try..hihi..

NAL said...

@Tihara :

memang kena try akak..tanya je kwn akak tu lagi senang.

NAL said...

@9n0L4 :

NAL yakin kalau awak pegang mesti geli sebab badan beronok licin

NAL said...

@EyqaHasnan :

tgk pun geli, kalau eyqa pegang entah la..hihi

uncHa said...

hee nisya kan kalau pi langkawi mesti beli coklet banyak banyak.. <3 wahhh suka suka

NAL said...

@uncHa :

yang tu memang satu kepastian kan? NAL memang tak jemu2 makan coklat ni..

PELABUR EMAS PERAK said...

asalam .. salam kenal ... saya dah follow blog awak .. sudilah kira nyer follow blog saya ...tq.

si kiut lavender said...

umakaish...

hahhah...memang terbaek sgt bronok nih..

xpenah pi xtangkap pun..g beli market ja..hehehhehe

c'axoera ヅ said...

deymmmm macam cacing montek ajer.....errrkk

NAL said...

@PELABUREMASPERAK :

insha Allah..thanks for coming

NAL said...

@SKL :

jom la g tangkap..haha

NAL said...

@c'axoera ヅ :

haha..bukan cacing la..

NiaLidia. said...

errrr kenapa mcm ... ? hehe , sedap ke ? takut nak makan,heee

beronok ni apa sebenarnya? gamat eh ?

NAL said...

@NiaLidia :

kenapa mcm ape?hihi..sure sedap.
kumpulan gamat rasanya.

Boni JLL3 said...

first time aku dengar pasal beronok ni..serius

NAL said...

@BoniJLL3 :

ye ke bro?
nanti dtg langkawi, NAL nak bawa g makan beronok ni ^^

ctk said...

ei geli la...hahaha

NAL said...

@ctk :

jgn geli2..sedap taw

Cha_Haya said...

errrr beronok... selama duk pi langkawi xpenah tau pun ada spesis ni..

xpa la,, disebabkan rupanya sebegitu,, terima kasih jela nk mkn,,=.=

NAL said...

@Cha_Haya :

ye ke?haha

Saya Disini said...

geli plak tngk..huhu

*dtg dr blog kak tihara..gud luck

NAL said...

@Saya Disini :

nampak je geli tapi rasanya sedap taw. =)

Thanks sebab sudi datang.

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...