NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Monday, April 16, 2012

Contest: Aku Sebuah Blog by Kamil Kahar



klik BANNER untuk sertai..

Tajuk : Aku Sebuah Blog
Oleh : Mohamad Hamizan Halim ( NAL )
Kelas : 6 Selow
Guru : Kamil Kahar

     Kisah bermula di suatu pagi yang dingin. Ketika itu penduduk bumi sedang nyenyak tidur dan berdengkur kepenatan, aku telah dilahirkan. Ketika itu, rupaku pucat seperti peserta-peserta 'The Biggest Loser' berlari 15km. Sebelum aku petah berkata-kata tentang diriku, aku nak perkenalkan ibu ku dahulu. Ibuku yang digelar sebagai 'Fi Gebu' merupakan seorang wanita yang berkerjaya. Nama penuh ibu ialah Fifi Romley. Setelah tamat graduasi darjah 6, ibu terus berhijrah dan kini ibu menetap di sebuah rumah banglo dan bekerja sebagai orang gaji di banglo terbabit.

     Setelah Fi Gebu melahirkan aku, aku diberi nama 'Catatan si Kecil Fi Gebu'. Pada mulanya, aku dihias dengan pelbagai perhiasan sehingga wajahku seperti 'Betty' dalam drama 'Ugly Betty' episod 10. Entahlah kenapa ibu terlalu kreatif dan untuk pengetahuan korang, disebabkan kekreatifan ibu aku semakin berat. Beratku meningkat sekelip mata. Pengikut aku ketika itu hanyalah 3 orang, iaitu majikan ibu 'Auntie Meri', suami majikan ibu 'Uncle Lexus' dan secret admire ibu 'Papa Anony'. Setelah siap bertugas setiap hari, ibu akan selalu menghapdate aku.

     Fi Gebu sangat menyukai makanan dan mungkin sebab itu, ibu digelar GEBU. Aku akan selalu dihapdatekan dengan resepi masakan, gambar manisan dan lagu tumisan. Memang boring la aku ketika itu. Kadang-kadang ibu selalu juga bawa aku berkunjung ke blog Auntie Meri. Masa mula-mula aku masuk ke situ, ada red carpet lagi you alls. Tekan 'ENTER' baru dapat masuk. Wah, blog Auntie Meri memang kelass kau maria!

     Aku ni rasa malu dengan diriku. Ada satu hari, ketika tu ibu dapat MC, aku berbisik kepada ibu supaya lakukan perubahan terhadap diriku. Dengan pantas, ibu terus lakukan perubahan. Satu persatu ibu buat, semuanya semata-mata nak menggembirakan aku. Kini, aku bertukar wajah daripada Betty terus aku jadi macam Artis Baru Wanita Popular dalam ABPBH iaitu 'Tasha Shila' setelah dimake-up dengan produk Simply Siti. Memang aku berpuas hati. Daripada baju warna hijau pucuk pisang, aku berubah kepada merah jambu jambu batu.

     Setiap hari, ada saja yang ikut aku. Pengikut aku bertambah sehingga menjadi 401 orang. Wow, gempak gilerr! kan-kan? Setiap hari aku dihapdate dengan bingkisan dan cerita-cerita yang menarik. Tak sah la kalau aku tak dapat puluhan komen di setiap entri. Namun, ketika aku mula mendapat perhatian ramai, ibuku pula yang selalu melupakanku. Nak tahu kenapa? Ibu kini dah tak aktif, berat ibu bertambah sehingga 3 angka. Ibu menghidap Obesiti tahap 3.

     Lama-kelamaan aku ditinggalkan seorang diri. Kadang-kadang aku menggigil kesejukan tapi ibu langsung tak mengendahkan aku. Kini, pakaianku kotor, wajahku tak menarik, penampilanku ibarat pilot memakai pakaian nelayan ketika bertugas. Ramai yang selalu menghinaku. Komen dientri pun hanya berbaki 5, itupun daripada Auntie Meri dan Uncle Lexus yang sering bercengkerama. Paling menyedihkan aku, ibu terlupa no. sijil kelahiran ku (password) sehinggakan wajah Fi Gebu hilang daripada tatapan ku. Semua ni disebabkan ibu selalu makan kurma kepala ikan.

     Sekarang ni, aku hanya berdoa semoga ditemukan semula dengan ibu ku. Fi Gebu hanyalah memori bagiku. Ibu, aku masih menunggumu ! Setiap hari aku akan menitiskan air mata. Harapan aku hanya satu iaitu untuk bertemu dengan ibu ku Fi Gebu. Eh, ada lagi satu semoga ibu sihat dan kurus sebab Auntie Meri ada cakap yang ibu mengambil ubat daripada Dr. Zomrey. Inilah kisahku. Aku sebuah blog 'Catatan si Kecil Fi Gebu'. Terima Kasih.


*dah vote - disebabkan tak keluar di wall fb, NAL printscreen yang ni. 
Perasan tak kalau kita dah vote, button vote (warna merah) tak ada di bawah video?


Apakah impian anda sebagai seorang blogger ?

Impian NAL sebagai seorang blogger adalah untuk berkongsi cerita dan pengalaman NAL dengan seberapa banyak orang yang boleh, lebih ramai lebih bagus sebab dari situ NAL akan dapat memperoleh pengajaran seperti bagaimana untuk meyelesaikan sesuatu masalah dan dapat mengetahui tahap penulisan NAL sendiri dan di samping itu, NAL mengharapkan ada orang yang akan menghargai segala karya-karya NAL. Sesungguhnya setiap indivudu mempunyai pemikiran yang berbeza dan sebab itulah NAL suka bertukar pandangan agar pemikiran yang berbeza itu mampu menghasilkan sesuatu yang lebih bermakna.


Due date : 30 of April 2011






Check it out..
Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

18 comments:

NiaLidia. said...

nice nal. hehe

Kamil Kahar said...

thx sbb join nal...insyaAllah semoga impian nal tercapai...sama2 kita berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan... :)

NAL said...

@NiaLidia :

tQ..

NAL said...

@KamilKahar :

welcome. AMIN

nasir hamzah said...

memang the best entry NAL, walaupun entry ni panjang dan tulisan kicit2 hehe tapi terbaik punyalah.. teruskan NAL...

NAL said...

@NasirHamzah :

tq NH..

lisa said...

menarik..rasa mcm nak join :)

NAL said...

@Lisa :

memang menarik sgt..kita leh juga terjah entri org lain..superb taw..cepat2 join ok ^^

AMNA said...

menarik!!

Hee , just sakit mata tgk tulisan kecil XD

NAL said...

@AMNA :

tQ..kena tukar la ni..dh ramai tego.. :)

Tihara said...

Good luck NAL..keep it up :)

Rozuan Ismail said...

gigih NAL join. All the best

hyz said...

aku ingat aku sebuah buku? rupa2nya aku sebuah blog.... x perasan tajuk... tgk pic buku ingat citer pasal buku? hahaha baca2 eh pesal x de kaitan ngan buku? baru tau, pasal blog... haha

NAL said...

@Tihara :

thanks kak..

NAL said...

@RozuanIsmail :

memang gigih..hahaha..tQ

NAL said...

@Hyz :

pasal blog lak..hahaha..baru bangun tido? ^^

Boni JLL3 said...

wow..menarik nal.. gud luck k :)

NAL said...

@BoniJLL3 :

tq..

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...