NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Tuesday, June 26, 2012

Tips Mencari Jodoh yang Baik (PART 2)



Ini merupakan sambungan daripada PART 1 : kat sini dan juga merupakan bahagian terakhir. NAL akan kongsikan 3 lagi tips untuk korang dalam mencari pasangan/jodoh yang baik. Jom ikuti satu per satu.

4) Pilihan ibu bapa.
  • Minta ibu bapa, abang atau saudara-mara mencarikan pasangan untuk anda. Insha Allah, pilihan ibu bapa adalah yang terbaik buat anda. Rasulullah s.a.w. menyatakan dalam hadith yang bermaksud,
" Redha Allah pada redha kedua ibu bapanya dan murka Allah pada murka kedua ibu bapanya. "
5) Menggunakan orang tengah dalam urusan perkahwinan.
  • Usah mengingini perkara yang halal dengan cara yang haram. 'Couple' bukanlah jalan keluar untuk mengenali pasangan kita. Lumrah bercinta, semuanya akan nampak indah dan sempurna. Jadi 'couple' bukanlah pilihan terbaik. Gunakan perantaraan orang tengah dan elakkan berhubung secara terus dengan bakal pasangan kecuali untuk perkara-perkara yang PENTING sahaja.
6) Solat sunat istikharah.
  • Untuk memperoleh ketetapah hati dalam soal ini, tunaikanlah solat sunat istikharah. Tetapi jangan 'memaksa' Allah untuk memberi jawapan kepada kita. Tunaikanlah dengan tenang dan perolehi hasilnya memalui kemantapan hati, petunjuk melalui mimpi atau apa-apa petanda lain. Sekiranya jodoh kita merupakan jawapan istikharah kita, namun berlaku ujian dalam rumah tangga yang dibina, bersabarlah kerana setiap jawapan Allah ada hikmah-Nya dan istikharah juga memerlukan mujahadah.
Kredit : Quds. Rujukan : Denyut Kasih Medik (Dr Farhan Hadi), Cinta High Class & Cintaku kerana Agamamu (Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi) & Majalah Solusi Isu 41 (Tutup Aurat Supaya Selamat)


p/s : semoga kita beroleh sesuatu daripada tips ini. Kongsikan jika ia berguna.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

16 comments:

Yumida said...

nice tips tu nal...moga nal bertemu ngn calon isteri yg ideal

Tihara said...

pilihan sendiri pun insya Allah..yang penting pilihan mana2 pun kita tetap boleh menyesuaikan diri dgn situasi :)

Deq's Qienz said...

dtg sini mbawa senyuman..salam kenal dr org utara jugakk..;)

Harith Iskandar said...

bagus tips ni..NAL bile lagik?ehehe

aReLaN said...

ada sambungan lagi rupanya.hehehe..kalau lah mampu ikut tips ni dari dulu.hmmm

NAL said...

@Yumida :

Thanks. Insha Allah

NAL said...

@Tihara :

Betul tu akak tapi mesti la dengan restu ibu bapa.

NAL said...

@Deq's Qienz :

Salam kenal juga..

NAL said...

@Harith Iskandar :

Muda lagi la. Banyak benda yang perlu NAL fokuskan dulu. :)

NAL said...

@aReLaN :

Mesti lah kan. Semoga aReLaN bertemu dengan si dia suatu saat nanti.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

nice tips

Masha Meisters said...

interesting :)
tapi yang soal solat istiharah tu belum bersedia nak buat la...maksudnyer belum sedia nak tahu siapakah gerangan jejaka tu...huuhuu

NAL said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim) :

Thanks.

NAL said...

@Masha Meisters :

Lakukan bila anda bersedia tapi tak semestinya sekali buat terus mendapat jawapan..

9n0L4 said...

solat istikarah penting tu. ;)

womahimia said...

hee. nice. insha Allah dapat jodoh yg baik. huhu

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...