NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Monday, April 30, 2012

Cinta itu Indah




Hari ni NAL kembali. Beberapa hari lepas tersangatlah tak der mood. Hari ni NAL nak minta pendapat korang tentang sesuatu. Rakan NAL ada bermimpi dan mendapat sepotong ayat. Pada pandangan korang apakah yang dimaksudkan dengan,

❝ Aku pernah bersujud pada CINTAmu ❞





Check it out..
Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Thursday, April 26, 2012

Moment bersama Najwa Latiff


Tajuk je moment bersama Najwa Latiff, bukan la bermakna NAL ada jumpa Najwa dan snap-snap pic ke. Sebenarnya ni moment NAL bersama lagu-lagunya. Walaupun ada yang cakap lagu Najwa ni macam kebudak-budakan and etc, tapi NAL tak kisah la sebab semua orang ada pendapat masing-masing.

Bagi yang tak suka dia, mesti la ada pandangan-pandangan yang negatif. Tapi bagi yang suka dia, semua pendapat yang dilontarkan adalah positif. Fitrah semua tu. ^^

Daripada seorang pelajar sekolah menengah,




Sehinggalah dikenali ramai,




Mula-mula,

" Kita berkenalan hanya dalam laman MUKA BUKU,
kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu, Ooh.. "


Bila dah bahagia,

" ..Kau janjikan bahagia, ku janji kau tak terluka,
teruslah berada di CARTA HATI kita.. "


Bila ada masalah,

" ..Setiap kata cacian, yang telah engkau berikan,
membuatku rasa KOSONG, kosong.. "


Bila dah berbaik,

" ..Kaulah yang disitu, setia menungguku,
kaulah yang satu menjadi SAHABATku.. "


the one & only, NAJWA LATIFF..


sumber gambar : google.com



Check it out..
Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Wednesday, April 25, 2012

Wordless Wednesday #12



That's why,

" Don't choose the one who is beautiful to the world.
But rather, choose the one who makes your world beautiful "

but,

" There’s no need to regret. If something is meant to be, it will happen.
At the right time, with the right person, for the right reason "

and always remember that,

" God has perfect timing, never early and never late. 
It takes a little patience and faith, but it's worth the wait "


Check it out..
Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Tuesday, April 24, 2012

Ego VS Kebahagian





Adakah korang menjengkelkan? ataupun korang pernah jumpa mereka-mereka yang menjengkelkan? Perkataan jengkel yang NAL guna bukan untuk sesuatu yang kotor ataupun jijik tetapi untuk menggambarkan ego seseorang. Entri kali ni tiada kaitan dengan sesiapa dan untuk mereka yang mungkin akan terasa, NAL minta maaf. Ianya sekadar kebetulan. Hayatilah situasi dibawah.

-----------------------------------




Ketika di pejabat, Syed Najmil telah mendapat panggilan telefon daripada ayahnya, Syed Hilman yang mengundang dia dan isteri untuk satu majlis rasmi makan malam keluarga. Syed Najmil merupakan seorang CEO syarikat Pembinaan dan berasal daripada keluarga yang berada. Isterinya pula, Maria Melissa merupakan seorang model terkenal.




Setelah tiba dirumah, Syed Najmil memberitahu isterinya tentang undangan tersebut. Syed Najmil terus ke kamar utama untuk bersiap-siap. Beliau sudah masak akan kerenah isterinya, Maria Melissa yang tidak gemar untuk bersua muka dengan keluarga besar Syed Najmil.




Apabila sudah bersiap, Syed Najmil turun ke ruang tamu. Dia sangat geram kerana isterinya masih membaca majalah 'Vogue' di situ. Lantas Syed Najmil memulakan perbicaraan..




Syed Najmil : Eh, I kan dah suruh You bersiap tadi ! Kenapa You tak siap-siap lagi?

Maria Melissa : Please la, takkan la I nak jejakkan kaki ke rumah family You tu ! By the way, your mom kan tak suka I? Malas la I nak join event family besar You tu !

Syed Najmil : I know it, but apa family I akan cakap nanti? Please la understand my position. Please sayang.


Maria Melissa : Excuse me, selama ni ada You faham I and family I? Siang malam asyik kerja memanjang. Kenduri kesyukuran family I ada You pergi? Langsung You tak pernah dan tak teringin pun nak jenguk family I kan?

Syed Najmil : Tengok tu, You selalu mengungkit. Cepat la, nanti lewat pulak.

Maria Melissa : I tak ungkit but it's the fact kan?I said no

Syed Najmil : Eh, apesal kau ni ha? Aku cakap pergi, pergi je lah. Kau dah lupa siapa yang glamorkan kau? Siapa yang tanggung kau selama ni? Siapa yang ubahkan kau daripada Nurul Marya Md. Isa jadi Maria Melissa? Siapa?

Maria Melissa : Hello. I tak mintak semua ni ok ! You yang tergila-gilakan I dulu. I know You dah lakukan segalanya buat I but I don't like your mom and you sister. Diaorang tu buat I geram tahu. I hate it so much. You tak faham-faham lagi !

Syed Najmil : Kurang ajar ! pranggg (tamparan hebat untuk isterinya)

Maria Melissa : Sanggup You tampar I semata-mata pasal makan malam ni? Jahanam punya Najmil !

Syed Najmil : Okay, kalau kau tak nak pergi aku akan tinggalkan rumah ni ! tapi kau kena ingat jangan cari aku lagi dan jangan cuba minta apa-apa hak kau daripada aku. Faham !

Maria Melissa : What? kau ingat aku hairan sangat dengan duit kau? Lepaskan aku sekarang wahai Syed Najmil. Lepaskan aku !

Syed Najmil : Jangan harap aku akan ceraikan kau Maria...




Setelah itu, Syed Najmil terus meninggalkan Banglo kediaman mereka. Dengan hati yang geram dan panas, Syed Najmil memandu dengan laju ke pejabatnya, manakala Maria Melissa masih terkaku dan menangis di ruang tamu rumah. Kemudian, Maria siapkan bagasinya untuk kembali ke pangkuan keluarga. Pada malam itu juga, Nurul Marya Md. Isa ataupun Maria Melissa pulang ke kampung halamannya.

-----------------------------------





Korang faham dengan situasi di atas? Korang rasa tak betapa annoyingnya Syed Najmil dan Maria Melissa? Apa yang NAL nak sampaikan ialah bagaimana sikap ego kedua-dua mereka telah menghancurkan kebahagiaan rumah tangga mereka. Kedua-dua mereka sanggup lukakan hati masing-masing demi ego dalam diri sendiri. Bayangkan kalau salah seorang daripada mereka ketepikan ego diri, mesti perkara sedemikian takkan berlaku. Semuanya terletak pada kita. Apa pandangan korang?

Hasil Penulisan : Mohamad Hamizan Halim
Penghargaan idea : Sulyana Subri & Nur Izzati Md. Isa

sumber gambar : google.com, beautifulnara.com





Check it out..
Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Sunday, April 22, 2012

Kenali Diri




Adakah anda mengenali diri anda? Mungkin ada sesetengah daripada korang merasakan yang dia tahu siapa diri dia. Hakikatnya, kita hanya mengenali sebahagian sahaja daripada diri kita. Korang tahu tak sama ada korang ni termasuk dalam orang yang bertingkah laku ASERTIF, PASIF atau AGRESIF ?

Tingkah laku ini dapat diukur dengan pelbagai aspek, namun NAL nak kongsikan dua sahaja iaitu mengukur melalui NADA SUARA dan RENUNGAN MATA. Korang terjah la satu persatu ok.




Nada Suara,
  • ASERTIF : tegas, sederhana & bermakna, tidak terlalu kuat atau sederhana
  • PASIF : kadangkala merengek, tersekat-sekat, mendatar & bosan
  • AGRESIF : tinggi, lembut tetapi menyindir, lantang & nyaring


Renungan Mata,
  • ASERTIF : mesra tetapi tidak 'merenung tajam', menerima
  • PASIF : mengelak pandangan, tunduk ke bawah
  • AGRESIF : merenung tajam & menguasai, terbuka luas & terbeliak

Korang yang mana satu? ASERTIF selalunya mereka yang berani, PASIF ialah orang yang agak takut (lemah) & AGRESIF ialah mereka yang ganas (garang). NAL nak sangat tahu korang ni orang yang macam mana !


Sumber : diolah daripada buku 'KATA DIUCAP PERASAAN DIJAGA Keterampilan Komunikasi Berkesan',Fauziah Wan Jaafar

Sumber gambar : Google.com




Check it out..
Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Saturday, April 21, 2012

Berfikir Sejenak







Kali ni NAL nak ajak korang semua kupas satu topik. Sebelum tu NAL nak tanya sikit, pernah tak korang berfikir sebelum membuka mulut untuk menyatakan sesuatu? Kenapa? Mesti la ada kaitan dengan tajuk entri kali ni.

Tak dapat dinafikan lagi bahawa terdapat titik perbezaan apabila kita berfikir sebelum berkata-kata dan berkata-kata tanpa berfikir. Kesannya bukan pada kita tetapi pada orang lain.

" ...Kata ibarat pedang
yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
menyedarkan kita... "
*bait-bait lirik dalam Bicara kata - InTeam..

Kata-kata yang kita tuturkan mungkin akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri seseorang. Oleh sebab itulah, kita sepatutnya berfikir sebelum berkata-kata. Memang banyak kebaikan yang bakal kita dapat kalau kita berfikir dahulu. Korang terjah status-status di bawah dan fahami ok,


sangat-sangat tajam..

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa..

tak perlu menilai seseorang sebab kita bukan siapa-siapa,
semuanya sama di sisi ALLAH..

Kalau korang setuju, jangan segan-segan nak hit button LIKE.
Credit to @LoLy NiMi


Check it out..


Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Thursday, April 19, 2012

Islamic | Isteri untuk Akhirat





Entri kali ni NAL nak share sesuatu yang maybe ramai lelaki di luar sana idamkan. NAL tak menunding jari kepada sesiapa & entri ni pun tiada kaitan dengan sesiapa. Jom ikuti sketsa dibawah,

-----------------------------------------------------------------

Pada suatu petang, Mikhail pulang ke kampung halamannya setelah sekian lama tidak menjejakan kaki di tanah kelahirannya. Kepulangan Mikhail disambut mesra oleh seluruh keluarga & saudara-maranya.

Keesokkan harinya, Mikhail ke Warung Nasi Lemak Mantap untuk sarapan. Hampir 3 tahun, Mikhail tidak merasai kesedapan nasi lemak di situ. Sedang Mikhail makan..





Munir : Eh, khail !



Mikhail : Oh, kau rupanya nir. Assalamualaikum :) 



Munir : >< Waalaikumussalam wbt. Bila kau balik sini? 



Mikhail : Semalam. Lama aku tak jumpa kau nir. Kau ni dah keja atau masih melepak nir? 



Munir : Mahu tak lama. Hampir 3 tahun khail. Aku? Mesti la aku dah keja, aku dah kahwin pun khail. Kalau tak keja mana la aku nak cari duit tanggung anak bini aku. Kau tu, bila lagi nak kahwin khail? 



Mikhail : Ha? Dah kahwin? Cepat betul masa berlalu. Aku bukan tak nak kahwin, tapi aku masih mencari. Kau tahu la kan ciri-ciri wanita idaman aku macam mana. Susah nak cari yang betul-betul ikhlas. 



Munir : ala khail, aku tahu yang macam mana kau nak tapi sekarang ni dah ramai pun wanita bertudung. Kat kampung kita ni pun ramai. Kau pilih je la, apa susah. 



Mikhail : nir, aku tak nak berkahwin dengan perempuan bertudung ! 



Munir : Ha? Asal lak? 



Mikhail : Aku nak berkahwin dengan wanita yang tutup aurat.. 



#maaf perbualan mereka terpaksa NAL potong ^^

-----------------------------------------------------------------




Korang faham tak apa yang nak Mikhail sampaikan ? Kalau faham ok la tapi bagi yang kurang jelas, meh sini NAL nak perjelaskan. Korang mesti faham ayat di bawah,

" ..yang berTUDUNG tak semestinya menutup AURAT,
tapi yang menutup AURAT semestinya berTUDUNG.. "




The moral of the story : yang bertudung bukan PILIHAN, yang menutup aurat jadi IDAMAN

Hasil Penulisan : Mohamad Hamizan Halim
Penghargaan idea : Siti Nurfairuz Mohd Roslan

Sumber gambar : budiey.com & google.com






Check it out..
Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Wednesday, April 18, 2012

Header Tajaan NAL


Hari ni NAL nak serahkan header tajaan NAL untuk seorang blogger ni. Beliau merupakan salah seorang pemenang dalam GA CikAbbit. Tahniah NAL ucapkan.


header rekaan NAL untuk EYRYN..

Jom sama terjah blog Eyryn,


Hopefully, Eyryn gonna like it. Ni je yang mampu NAL lakukan. Tahniah sekali lagi buat Eyryn.


Check it out..
Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Makanan Terbaik Langkawi






   NAL tak pernah lagi promote kat korang apa-apa benda yang hanya ada di Langkawi. NAL tak pasti sama ada korang pernah datang sini ke tidak. NAL harapkan korang semua pernah datang la ke sini.





Beronok? Mesti korang pelikkan?

...banyak persoalan yang berada diminda,
banyak pula tanda tanya dan juga kata kerja...

   Jangan pening-pening, jangan pusing-pusing! Beronok merupakan hidupan akuatik yang hanya boleh ditemui di Langkawi. Beronok ini tergolong dalam spesies gamat.


* beronok yang belum dicuci - penuh dengan selut

   Beronok sebenarnya tinggal di kawasan laut yang berselut - tak tahu orang luar sebut apa. Sangat senang untuk menangkapnya. Apa yang bestnya tentang beronok ni ialah ianya boleh dimakan.

* beronok yang telah dicuci


Fakta beronok : 
  • hanya boleh dibuat kerabu
  • beronok tak boleh dimasak ( goreng, rebus, bakar, sup, kari , etc. )

   Jika beronok dimasak, ianya akan bertukar menjadi air. Kerabu beronok merupakan makanan terbaik yang terdapat di Langkawi. Beronok ini dibuat kerabu mentah-mentah. Jom cuci mata,

* bahan-bahan dalam penyediaan Kerabu Beronok

   Mungkin korang tak biasa dengan beronok dan juga kerabu beronok dan ntuk pengetahuan korang, kerabu beronok biasanya dijadikan salah satu hidangan semasa kenduri kahwin, berkhatan, kenduri kesyukuran dan lain-lain. Kerabu beronok ni sangat sedap. NAL gerenti punyerlah.

* kerabu beronok yang telah siap

Beronok ni ikut musim. Bukan sepanjang tahun ade taw ! Kalau korang datang sini, tanya jer orang awam kat sini. Mana la tahu kalau-kalau korang teringin nak makan. Kadang-kadang ada juga dijual dipasar malam. Tu je kot yang NAL nak bagi tahu korang. Ayuh ke Pulau Langkawi untuk merasai keenakkan Kerabu Beronok !





Check it out..

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...