NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Tuesday, April 24, 2012

Ego VS Kebahagian





Adakah korang menjengkelkan? ataupun korang pernah jumpa mereka-mereka yang menjengkelkan? Perkataan jengkel yang NAL guna bukan untuk sesuatu yang kotor ataupun jijik tetapi untuk menggambarkan ego seseorang. Entri kali ni tiada kaitan dengan sesiapa dan untuk mereka yang mungkin akan terasa, NAL minta maaf. Ianya sekadar kebetulan. Hayatilah situasi dibawah.

-----------------------------------




Ketika di pejabat, Syed Najmil telah mendapat panggilan telefon daripada ayahnya, Syed Hilman yang mengundang dia dan isteri untuk satu majlis rasmi makan malam keluarga. Syed Najmil merupakan seorang CEO syarikat Pembinaan dan berasal daripada keluarga yang berada. Isterinya pula, Maria Melissa merupakan seorang model terkenal.




Setelah tiba dirumah, Syed Najmil memberitahu isterinya tentang undangan tersebut. Syed Najmil terus ke kamar utama untuk bersiap-siap. Beliau sudah masak akan kerenah isterinya, Maria Melissa yang tidak gemar untuk bersua muka dengan keluarga besar Syed Najmil.




Apabila sudah bersiap, Syed Najmil turun ke ruang tamu. Dia sangat geram kerana isterinya masih membaca majalah 'Vogue' di situ. Lantas Syed Najmil memulakan perbicaraan..




Syed Najmil : Eh, I kan dah suruh You bersiap tadi ! Kenapa You tak siap-siap lagi?

Maria Melissa : Please la, takkan la I nak jejakkan kaki ke rumah family You tu ! By the way, your mom kan tak suka I? Malas la I nak join event family besar You tu !

Syed Najmil : I know it, but apa family I akan cakap nanti? Please la understand my position. Please sayang.


Maria Melissa : Excuse me, selama ni ada You faham I and family I? Siang malam asyik kerja memanjang. Kenduri kesyukuran family I ada You pergi? Langsung You tak pernah dan tak teringin pun nak jenguk family I kan?

Syed Najmil : Tengok tu, You selalu mengungkit. Cepat la, nanti lewat pulak.

Maria Melissa : I tak ungkit but it's the fact kan?I said no

Syed Najmil : Eh, apesal kau ni ha? Aku cakap pergi, pergi je lah. Kau dah lupa siapa yang glamorkan kau? Siapa yang tanggung kau selama ni? Siapa yang ubahkan kau daripada Nurul Marya Md. Isa jadi Maria Melissa? Siapa?

Maria Melissa : Hello. I tak mintak semua ni ok ! You yang tergila-gilakan I dulu. I know You dah lakukan segalanya buat I but I don't like your mom and you sister. Diaorang tu buat I geram tahu. I hate it so much. You tak faham-faham lagi !

Syed Najmil : Kurang ajar ! pranggg (tamparan hebat untuk isterinya)

Maria Melissa : Sanggup You tampar I semata-mata pasal makan malam ni? Jahanam punya Najmil !

Syed Najmil : Okay, kalau kau tak nak pergi aku akan tinggalkan rumah ni ! tapi kau kena ingat jangan cari aku lagi dan jangan cuba minta apa-apa hak kau daripada aku. Faham !

Maria Melissa : What? kau ingat aku hairan sangat dengan duit kau? Lepaskan aku sekarang wahai Syed Najmil. Lepaskan aku !

Syed Najmil : Jangan harap aku akan ceraikan kau Maria...




Setelah itu, Syed Najmil terus meninggalkan Banglo kediaman mereka. Dengan hati yang geram dan panas, Syed Najmil memandu dengan laju ke pejabatnya, manakala Maria Melissa masih terkaku dan menangis di ruang tamu rumah. Kemudian, Maria siapkan bagasinya untuk kembali ke pangkuan keluarga. Pada malam itu juga, Nurul Marya Md. Isa ataupun Maria Melissa pulang ke kampung halamannya.

-----------------------------------





Korang faham dengan situasi di atas? Korang rasa tak betapa annoyingnya Syed Najmil dan Maria Melissa? Apa yang NAL nak sampaikan ialah bagaimana sikap ego kedua-dua mereka telah menghancurkan kebahagiaan rumah tangga mereka. Kedua-dua mereka sanggup lukakan hati masing-masing demi ego dalam diri sendiri. Bayangkan kalau salah seorang daripada mereka ketepikan ego diri, mesti perkara sedemikian takkan berlaku. Semuanya terletak pada kita. Apa pandangan korang?

Hasil Penulisan : Mohamad Hamizan Halim
Penghargaan idea : Sulyana Subri & Nur Izzati Md. Isa

sumber gambar : google.com, beautifulnara.com





Check it out..
Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

28 comments:

Harith Iskandar said...

sy ego..tapi sy suke ego yang membahagiakan ehehe :p

NiaLidia. said...

same goes to Cinta Untuk Emelda. rasa nak ketukkk je Aril fatah sbb tak reti nak menghargai.

NAL said...

@HarithIskandar :

ha?ade ke ego yang membahagiakan?

NAL said...

@NiaLidia :

NAL setuju. Geram betul kat si Aril Fatah tu..sanggup melukakan hati emelda.

Tihara said...

wahh menarik plak ada drama dalam ni..tp akk tk folow sgt drama ni hari tu..mmg kena kikis sifat ego..boleh ego tp biar bertempat kan :)

hamzah ian said...

betul2 drama melayu.. hehe

Sarah Mohd Saleh said...

kebanyakan ego ini menyusahkan diri dan membinasakan diri.grrr

ஜ miss klanika ஜ said...

ego nie mencelakakan hidup sbnrnya. tak pyh nak ego2. kalau ego biar yg membawa untung takpe.

Boni JLL3 said...

sangat2 merugikan kalau masing2 tak nak mengalah dari segi ego..in the end of the day, dua2 yang rugi

AkmaFaizal said...

wah..cam best je..leh jadi penulis skripla...

hmm..tak tau nak kate apa,bile semua rasa diri hebat..bukan masing2 nak tiru jadi cam Rasulullah SAW ke..meniru ke arah kebaikan lagi elok. Ego n emosi sila buang ke tepi.. Kebahagian akan datang hingga ke syurga abadi..Aminnn :)

NAL said...

@Tihara :

actually kak, dialog tu tak der kaitan dengan gambar-gambar scene dalam Bicara Hati.. ^^

NAL said...

@hamzah ian :

a'a..hehe

NAL said...

@SarahMohdSaleh :

betul sgt membinasakan :p

NAL said...

@ஜ miss klanika ஜ :

betul tu..1st time kat sini kan?

NAL said...

@BoniJLL3 :

tu la yg NAL nak sampaikan..kerana ego jer kebahagiaan ditepikan..!

NAL said...

@AkmaFaizal :

wah, penulis skrip tu..
setuju sangat.

uncHa said...

betul betul :p

NAL said...

@uncHa :

yeah! :p

KorN said...

terperangkap dalam situasi cenggini lah jadik nye... bila masing2 ego, apa pon x dapat.. nanti bila dah sunyi baru terhegeh2 carik balik.. its fact...

si kiut lavender said...

ego utk kebaikan takpa..

utk ego macam nih dua2 akan rugi di hujung kisah diorang..hihihihi

NAL said...

@KorN :

betul tu..fact!!

NAL said...

@SKL :

eh, ade ker ego utk kebaikan??
betul tu, tersangatlah rugi..

9n0L4 said...

due² kne main peranan utk cool down. bkn berharap pada satu pihak aje. ;)

NAL said...

@9n0L4 :

setuju dgn awak.

nasir hamzah said...

sifat ego ni kalau dh dimulakan memang susah nak dibuang.. kalau dua2 ego lg jadi porak peranda.. pilihan terbaik kikislah sifat ego tuh..

sori eah nal lama tak beri komen..

NAL said...

@NasirHamzah :

setuju sgt2..tapi ego ni susah nak dikikis..

Akulah.com said...

terima kasih info ini.. best2

NAL said...

@Akulah.com :

sama-sama.

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...