NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday #7


Sebelum tu NAL nak ucapkan sesuatu buat..
Nurul Atikah Syazwanni Mohd Kamil atas Hari Lahirnya..
*4 tahun sekali baru boleh sambut

" Happy 20th Birthday,
semoga bahagia & ceria selalu
dan hopefully result STPM gempak "

...berbalik pada topik hari ni...
Hurmmm...


Segmen I Love Blogging


Thanks to Jay Joseph kerana tag NAL untuk join segmen ni..

*PICIT banner untuk maklumat ^^

Mohamad Hamizan nama diberi,
Anak ketiga dalam family,
Nama panggilan unik sekali,
NAL nama panggilan insan ni.

Talian maxis dan juga celcom,
Guna broadband bukannya Telekom,
eh, lupa nak cakap Assalamualaikum,
url blogku nyteamlife.blogspot.com.

12 Mei NAL dilahirkan,
1992 tahun kelahiran,
Kluang Johor tempat kelahiran,
Menetap di Langkawi Kedah Darul Aman.

Warna kegemaran banyak sekali,
Ungu putih dan merah hati,
eh terlupa masih ada lagi,
Biru muda dan juga pinky.

NAL menyusun sepuluh jari,
Andai puisi tak sesedap bunyi,
Ada umur jumpa lagi,
Tentulah berjumpa di blog ini.

Tag : SKL | Muja

p/s : harap-harap mendapat tempat ^^

Monday, February 27, 2012

Ukiran Terbaik


Hari ni NAL nak share pasal ukiran..
Ha?bukan ukiran ais atau kayu, TAPI..
Ukiran Pokok  (0_o)

Ukiran pokok ini terdapat di Knaresborough, Yorkshire Utara..
Jom terjah gambar-gambar di bawah,

*Ukiran misteri yang menakutkan..

Ukiran misteri ini dilakukan oleh sekumpulan pengukir yang tidak ingin dikenali..
Ada lagi..jom terjah,

*Ukiran seekor binatang...hurmm korang rasa apa?


*Ukiran ni gambaran seekor burung ' Raja Udang " menangkap ikan..

Ukiran sebegini mampu menarik perhatian pelancong untuk berkunjung ke sana. Apa yang dihasilkan adalah sesuatu yang sangat-sangat menakjubkan. Korang suka yang mana?
jom pilih-pilih..haha

Sumber : (dipetik & disesuaikan daripada Harian Metro, 26 Feb 2012 & Encik Google )

TeehaNFM review blog saya!



*KLIK header untuk join.. - sorry x pandai edit

Kelebihannya sertainya adalah? :
  1. Tehaa akan buat review satu blog, satu post.
  2. Masuk dalam bloglist selama 3 BULAN! [bulan 3 hingga bulan 5]
Kelebihan blog ini :
  • rasanya entri yang menarik, ramai juga yang tahu tentang Shila Amzah - kalau nak tahu kena la baca entri tentang beliau, ramai juga yang bagi feedback tentang header yang tak seberapa NAL. Tu je (",)
Tag : Muja

p/s : THANKS to penganjur sebab sudi menjemput ^^

LUCKY DRAW by NHA and FAQIHAH HUSNI


Nal's Production mempersembahkan...



3 | 2 | 1


..satu LUCKY DRAW atau Giveaway yang ...



..amat Dahsyat! Dahsyat! Dahsyat! abad ini... 



..anjuran blogger 'NHA' dan blogger 'FAQIHAH HUSNI'...



..dibawakan secara langsung oleh NAL di nyteamlife.blogspot.com



*TEKAN banner untuk info

ehem, ehem, ehem...
..Mic test 1, Mic test 2, Mic test 3...


..Saya NAL akan menyampaikan sebuah puisi bertajuk,
" Coretan Lucky Drawku "

Salam sejahtera pembuka madah diberi,
Blog NAL dari bumi Langkawi,
NAL nak join Lucky Draw lagi,
Oleh NHA and Faqihah Husni.

Contestant wajib buat satu entri,
Jangan lupa letak banner & 'link'kan sekali,
Like fanpage dan juga gambar ini,
lepas tu klik iklan seikhlas hati.

Pemenang dipilih oleh penganjur sendiri,
2 Top referral berpeluang memenangi,
Anda berpeluang kalau kreatifnya entri,
Nak tahu hadiahnya sekali?

Shawl menjadi trend terkini,
Hadiah Lucky draw banyak lagi,
Kalau nak cakap memang ambil 2 hari,
RM100++ harga semua hadiah yang bakal diberi.

p/s : Jangan tunggu lagi, sertai LUCKY DRAW ini =)

Segmen Limited Review by Nabila


Kali ni NAL join segmen oleh Nabila Medan


*PICIT banner untuk maklumat & sertainya (",)


Saturday, February 25, 2012

Persahabatan & Cinta



Apabila asyik membaca coretan cinta oleh blogger Hyztetiba teringat pula cerita cinta yang tak menjadi. Pelakonnya tentulah NAL sendiri.. ^^

Pernah tak korang mempunyai perasaan kat kawan baik korang?
NAL? Sebenarnya, NAL pernah mempunyai perasaan ini. Satu malam tu, NAL memang tak boleh tidur disebabkan terlalu obses memikirkan perasaan yang membuak-buak terhadap Miss Y (bukan nama sebenar)


Sekadar gambar hiasan



Ni la kali pertama NAL membuka pintu hati kepada seseorang..
Miss Y ni rakan NAL, kitaorg memang baik & boleh dikatakan kami memang rapat..
Ada juga rakan sekelas ketika itu tahu hal ni. Diaorg mcm biasa la, terlalu 'supportive'..
Diaorg suruh NAL berterus-terang dengan Miss Y.

Tapi NAL tak berbuat demikian,
NAL takut bila NAL berterus-terang, dia tak dapat menerima NAL & persahabatan kami mesti renggang. Oleh yang demikian, NAL memutuskan untuk berkawan baik dgn Miss Y.


Sekadar gambar hiasan



Dalam satu kejadian lagi, Miss Y ada la join satu kem & beberapa kawan perempuan yang sekelas dengan NAL pergi juga. Apa yang memeranjatkan NAL, Si Girl-girl ni menceritakan hal ni kat Miss Y. NAL ingatkan Miss Y tak bagi respond, rupa-rupanya...

*******************************************************************************

Si Girl 1 : hang taw dak yang NAL suka kat hang?

Si Girl 2 : betoi-betoi, dia tu suka hang..ada orang bagi taw aku..

Miss Y : (memberikan reaksi terkejut & malu)..hurmmm..awat dia tak habaq kat aku..?

Si Girl 1 : dia takut hubungan hampa sebagai kawan terjejas...

*******************************************************************************

Bila NAL dapat tahu hal ni, NAL terkejut sebab Si Girl-girl tu tak minta izin NAL dulu sebelum depa cerita kat Miss Y. So, now baru NAL tahu yang Miss Y boleh menerima NAL. Namun, dah terlambat sebab Miss Y tahu hal ni lepas Miss Y dah ada someone.


Sekadar gambar hiasan



Sekarang, kami berdua berkawan rapat lagi. Bagi NAL, perasaan CINTA boleh berubah-rubah tapi PERSAHABATAN kekal sampai bila-bila. NAL masih menyimpan perasaan terhadap Miss Y tapi perasaan sebagai Sahabat Sejati.

To Miss Y : semoga berbahagia & semoga kita berdua dapat sambung study di IPTA yang sama dalam jurusan yang sama

THE OH!SEM TAGLINE CONTEST


Hari ni NAL join satu lagi contest..
Thanks to owner sebab sudi menjemput NAL untuk join this contest ^_^


*kLik banner untuk sertai

*SYARAT-SYARAT PENYERTAAN*
Penyertaan terbahagi kepada dua, iaitu Blogger & Facebook. Terpulang kepada anda samaada nak join dari facebook ataupun blog.

DUE DATE : 01 MAC 2012 

Penyertaan melalui blog
1. Follow belog Kedai Kiz
2. Like Facebook Kedai Kiz *link ada kat sidebar*
3. Buat satu entri di blog anda tentang contest ni
4. Dalam entri tersebut, sertakan tagline yang anda cipta untuk Kedai Kiz
5. Komen entri contest ni beserta nama & url entri.

Penyertaan Melalui Facebook
1. Like page facebook Kedai Kiz ( link ada kat sidebar )
2. Buat satu status bersama tagline untuk Kedai Kiz
3. Pastikan anda Tag "FB kedai Kiz" dalam status tersebut
4. Share Entri Contest ni di facebook page masing-masing
5. Komen di FB page Kedai Kiz beserta nama FB masing-masing


Syarat-syarat Tagline
a. Mestilah sesuai dengan blog kiz
( eg : Cantik dan bergaya, Senang Hati )
b. Mestilah tidak melebihi 60 patah perkataan
c. Mestilah Berbahasa Melayu
d. Tagline mesti original idea


Di sini NAL sertakan tagline rekaan NAL untuk Kedai Kiz..

Tagline : " Anda penentu gaya tersendiri, dengan KIZ mimpi bakal menjadi realiti "

Walaupun semua hadiah yang ditawarkan adalah girl stuff but I can give it to my sister, kalau NAL mendapat tempat la (",)

p/s : Harap-harap Tagline NAL menjadi pilihan Kedai Kiz

Blogwalking & Promote!


NAL tak lepaskan peluang ni (",)

*klik PIC untuk maklumat ^^

Hurmm, yang ni kowt paling best masa ngah mengarang entri,

Friday, February 24, 2012

Inspirasi Hidup


Who inspired YOU ??
Kali ni NAL nak share dengan korang semua tentang orang yang menjadi inspirasi hidup NAL..

Nal percaya bahawa ada di antara kita yang menjadikan ibu bapa sebagai inspirasi hidup. Sememangnya ibu bapa boleh dijadikan inspirasi memandangkan mereka membesarkan kita dengan cara masing-masing. (",)

Namun, NAL nak share tentang seorang lagi yang memberi inspirasi kepada NAL tentang kehidupan. Jom terjah gambar di bawah,


   Aznil Hj. Nawawi merupakan orang yang menjadi inspirasi NAL.Alasan?
Beliau seorang yang bijak dalam pelbagai aspek. Pak Nil merupakan graduan Universiti Malaya dalam bidang Ekonomi. Beliau sangat-sangat berjasa kepada bangsa. Bagi NAL, Pak Nil merupakan seorang yang berkaliber & berkredibiliti yang tinggi. Setiap perkara dilakukannya dengan bersungguh-sungguh.

   Apa yang paling NAL kagumi adalah cara Pak Nil menyembunyikan kesedihan & masalah yang menimpa beliau. Hatinya yang sensitif terhadap kesusahan orang lain, penderitaan masyarakat kita & bermacam-macam lagi membuka minda NAL tentang pentingnya hubungan sesama manusia. Tak rugi pun jika kita berkongsi sedikit kesenangan kita dengan orang-orang yang berada dalam kesempitan.

Ni la antara sebab AZNIL HAJI NAWAWI menjadi inspirasi hidup NAL. Korang pun jangan lupa share sapa inspirasi korang dalam komen entri ni.
TQ

Wednesday, February 22, 2012

Monday, February 20, 2012

Besarnya Impian? (0_0) #2


Annyeong Haseyo...

Besarnya Impian?
Hari tu NAL ada cita pasal SHILA AMZAH kan?*kalau korang baca mesti korang ingat..
Kali ni NAL nak cita pasal beberapa artis Korea yang NAL terpegun melihat mereka..

    Kalau NAL berimpian nak jumpa mereka-mereka ni memang ibarat "menunggu bulan jatuh ke riba" la kan..haha.
Diaorg ni mempunyai kelebihan berbanding artis KPOP yang lain..mcm ada "X factor" la kata orang tu.. *NAL je kot yang berimaginasi lebih-lebih..

Apa tunggu lagi, jom kita terjah satu persatu,

* Jessica SNSD
    Dia merupakan salah seorang ahli SNSD yang NAL suka sangat. Entah kenapa setiap kali tengok music video NAL mesti tengok dia ja, hurmmm *who care, right?haha (",)
Jessica memang amat sempurna bagi NAL dari segi rupa paras tapi 'no body perfect'kan?


* Siwon Suju
    NAL boleh rasakan yang dia menjadi tarikan kepada gadis-gadis di luar sana. Semua orang sering bercakap tentang personaliti yang dimilikinya. Oleh sebab itu, Siwon selalunya akan muncul di awal lagu sepertiBonamana ' & ' Sorry-sorry '. Rasionalnya?untuk menarik pendengar la. Apa yang kurang NAL gemarkan it just that Super Junior suka menunjukkan kasih sayang antara ahli di hadapan umum seperti berpelukan & berciuman  - bukanlah satu perbuatan yang boleh diterima dalam budaya & masyarakat kita termasuklah Islam sendiriNAL bukanlah kutuk tapi sekadar pandangan. NAL suka lagu ni, ' Who Am I ', daripada lagu ni la NAL lebih mengenali Siwon.


* Ha Ji Won
    Lakonannya dalam ' Secret Garden ' amat memberi impak kepada NAL. Sampai saat ni, NAL tak bosan untuk menonton ' Secret Garden ' - entah berapa kali NAL ulang..
Pelbagai perasaan digabungkan - sedih, marah, lawak (",)
Memang menitiskan air mata bila setiap kali menonton, namun inilah perasaan apabila mendalami sesuatu benda - susah nak dapat..haha

    Ni la 3 orang artis Korea yang NAL sangat-sangat kagumi, setiap daripada mereka mempunyai kelebihan & cara masing-masing dalam menonjolkan bakat yang ada. NAL pasti yang korang semua kenal dengan ketiga-tiga FIGURA di atas. ' Kamsahamnida ' - betul eja macam tu? :)

CONTEST BLOG | URL PALING UNIK



*KLIK banner untuk maklumat lanjut

NAL tertarik pulak nak join contest ni..
Tajuk contest sangat-sangat menarik (",)
Mangsa TAG : NiaLidia | MissPurpleUngu | SKL


p/s : Good Luck (^_^)Y

February 2012 Giveaway - My 30th Birthday


Firstly, NAL nak ucapkan Happy Belated Birthday to Geez..


*PICIT banner untuk sertai & maklumat lanjut (^_^)Y


Impian :
Satu benda yang NAL ingin capai dalam hidup ialah bergelar seorang " Tokoh Pelajar " - Alhamdulillah, NAL dah mencapainya ketika di Tingkatan 6 Atas (2011). Sekarang, NAL mengharapkan keputusan STPM yang bakal keluar nanti mampu membawa NAL masuk ke IPTA dalam jurusan Pendidikan. Inilah titik permulaan NAL untuk menggapai impian di bawah,

Impian NAL adalah untuk berjaya dalam pelajaran & mempunyai satu kerjaya yang mampu menjamin kehidupan NAL & keluarga. NAL juga ingin menjadi yang terbaik dalam keluarga dan mampu berbakti kepada ibu bapa dan anak bangsa apabila bergelar " Guru " kelak.
Selain itu, harapan NAL supaya NAL dapat membuka minda & mengubah stigma masyarakat bahawa kesusahan & kesempitan hidup bukan penghalang untuk seseorang itu berjaya.



Saya Join, Pasti Dapat Doodle





Nama Panggilan Anda : NAL
URL belog : www.nyteamlife.blogspot.com
Negeri Kelahiran : Johor
Warna Kesukaan : Ungu









Saturday, February 18, 2012

Thank You


Thank You!! Thank You!!
Hari ni NAL nak ucapkan terima kasih kepada,
penganjur GA | Contest | Segmen
sebab memberi peluang untuk NAL sertai & mendapat tempat..

Tajuk : Segmen Saya Nak Header Free | Part 2
Hadiah : Header

KLIK banner untuk maklumat (",)



Tajuk : Segmen Adore Your Arts Final.
Hadiah : Vector dari Yus

KLIK banner untuk maklumat (",)

Tajuk : Contest My Awesome Moments by Mira dan Aisya
Hadiah : Topup RM10 by CikAbbit
KLIK banner untuk maklumat (",)

Tajuk : Segmen Jom Tambah Follower by Aiman
Hadiah : di'Bloglist'kan
KLIK banner untuk maklumat (",)

NAL juga nak ucapkan terima kasih kepada NajwaSafura
sebab :
KLIK gambar untuk maklumat (",)


Tak lupa kepada sponsor yang menaja & semua yang terlibat.. (",)

p/s : Thank You so MUCH...

Cik Bunny Buat Giveaway LAGI, Join Sekarang


Oleh sebab penganjur GA ni, Cik Bunny telah mempelawa NAL untuk join GA dia,
dengan hati yang ikhas & 'excited'nya NAL pun terus join..


*PICIT banner untuk sertai & maklumat lanjut



Senarai sponsor :

p/s : Hopefully mendapat tempat.. (",)

Contest header paling comel/smart



*KLIK banner untuk join :)

Jom join..


Friday, February 17, 2012

MOTO HIDUP VS TAGLINE BY AIMAN



NAL join sekali lagi contest oleh Aiman
Ni merupkan 1st contest yang dianjurkan oleh beliau..
NAL sangat-sangat teruja untuk join contest ni sebab tak sabar nak tahu apa moto hidup & tagline semua blogger yang join..Korang nak join?


*Cute je banner ni..korang KLIK banner ni untuk maklumat lanjut & sertainya ^_^

Moto Hidup merupakan sesuatu yang perlu setiap orang ada sebab melalui moto hidup ni saja seseorang itu boleg meng'target'kan apa yang dia nakkan dalam hidup dia..
"simply use the Life Motto to motivated ourselves"
OK!!Kembali kepada contest :D

Tema yang dipilih :
Moto Hidup,
" Jangan pernah cuba untuk lari daripada masalah, 
kerana jika kita lari daripada masalah,
kita hanya menambahkan masalah dengan masalah yang lain,
oleh itu cuba selesaikannya,
kerana jika kita menyelesaikannya,
kuranglah/tiadalah masalah & tak perlu nak lari lagi daripadanya "


Jawab soalan ni dengan jujur :
a) Bilakah anda start berblogger?
- NAL bermula pada November 2009[masa tu Form 5]

b)Apa pandangan anda tentang blog Aiman?
- Simple yet Great, header dengan pic Animasi BobOibOy sangat cool, paling menarik adalah tuto & tips yang Aiman kongsi dengan semua blogger, Tips tentang tambah follower 500++ & TOP REFFERAL tu sangat-sangat bermanfaat. Hopefully, Aiman terus berjaya dalam dunia Blogger (",)

Thursday, February 16, 2012

Today's Quote #3


Quote yang menjadi pilihan NAL hari ni..sweet sangat *hahaha
Sesuai untuk persahabatan & percintaan ^_^


" If you cannot be a pencil to write someone's happiness, 
then try to be an eraser to remove someone's sadness.."

Kredit kepada Anas (",)

p/s : Diubah dan disesuaikan...

Mala Nasohah 1st Giveaway Contest 2012


Kali ni NAL join GA dari Mala Nasohah..
Terima kasih kerana menjemput NAL untuk join GA ni (",)


*PICIT banner atas untuk keterangan lanjut ^_^

  • Kata-kata ni NAL dapat daripada Pendengar Terbaik (rakan) ketika ada masalah...
  • Dia cakap kata-kata ni dipetik daripada 'Surah al-Baqarah : 216'...
  • Alhamdulillah jika ada masalah NAL akan ingat kata-kata ni & masalah tersebut mudah untuk diselesaikan...


" Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ianya baik untuk kamu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ianya buruk untuk kamu.. "


p/s : ...setiap yang berlaku ada kebaikannya... * bait-bait lirik dalam 'Cinta Muka Buku'

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...