NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Thursday, June 21, 2012

Tips Bercuti di Langkawi (Part 2)



Ini merupakan sambungan daripada PART 1 kat sini. Ada banyak tempat menarik untuk korang lawati tapi kat sini NAL just nak recommend beberapa tempat sahaja. Antara tempat-tempat menarik di Langkawi :

i)Cable Car
  • Kalau korang nak sangat ke Cable Car datanglah pada hari biasa/kerja (isnin - khamis) sebab selalunya orang tak ramai sangat. Jangan pergi hari sabtu dan ahad kerana tempat ini akan sesak dan korang perlu beratur panjang.
  • Kalau korang datang masa cuti sekolah, pergi awal sikit sebab bila cuti sekolah ni semestinya ramai jugak orang. Cable Car dibuka pada pukul 9.30 pagi. Jadi pergi la dalam pukul 7.30 pagi. Walaupun terlalu awal tapi semestinya berbaloi.


ii)Underwater World
  • Nak tengok penguin? kat sini la tempatnya. Hampir sama dengan Aquaria tapi pengalamannya sudah pasti berbeza.
  • Underwater memang sentiasa ramai orang baik orang awam, Malaysia mahupun luar negara. Yang pasti, tempatnya tak la begitu sesak sebab kawasannya luas.


iii)Makam Mahsuri
  • Korang boleh datang bila-bila masa sebab walaupun ramai orang tapi tak sesak. Kalau tak salah NAL tak sampai pun RM10. Kat sini, korang boleh tengok sendiri makam milik Mahsuri, replika rumah kampung yang pernah didiami Mahsuri dan banyak lagi.
  • Kat sini juga ada persembahan teater yang menceritakan tentang saat-saat Mahsuri difitnah, dibunuh dan juga saat Mahsuri menyumpah Langkawi selama 7 keturunan dan kalau korang nak tahu sumpahan tu benar-benar berlaku.


iv)Galeria Perdana
  • Tempat ni kurang sikit dengan pelancong. Jadi korang boleh singgah bila-bila masa. Kalau korang jenis yang suka sejarah, tempat ni memang sesuai. Di sini, terkumpulnya semua barang-barang dan hadiah-hadiah milik Tun Mahathir Mohamad. Tersangat lah luas.
bersambung...

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

16 comments:

Saya Disini said...

menarik..tq

NAL said...

@Saya Disini :

wc :)

Unknown said...

no 1 & 2 mmg xpernah pegi sb slalu xsempat nk g sb xde org nk bwak g sbb xde kawan kat langkawi...hehehe :)

NAL said...

@Harith Iskandar :

nanti datang gtaw. Insha Allah, kalau da masa NAL bawa.. :)

Tie HT said...

pendek kata kena pi masa org bekerja...tp susah nak setting masa la ni

Nadia said...

nad fly ke langkawi sabtu ni..:)

Yasmin Aris said...

langkawi mmg sronok . da lame tak gi sane . dulu mase kecik2 mak slalu bwk ikot rombongan gi sane :DD

9n0L4 said...

langkawiiiiii. lame tak naik cable car!

aReLaN said...

underwater world & galra perdana sempat la pergi 10 tahun dulu.hahahaha

Unknown said...

lame tak g langkawi..wuwuwuu

NAL said...

@Tihara :

Tepat sekali akak..

NAL said...

@Nor Nadiah :

ade event ker ?

NAL said...

@Yasmin Aris :

Sure la best. Datang la sini lagi =)

NAL said...

@9n0L4 :

NAL pun baru naik 2 kali :)

NAL said...

@aReLaN :

10 thn lepas? Sekarang dah byk berubah :)

NAL said...

@Mk Syahir :

Datang la. Boleh la buat blogger gathering.

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...