Ini merupakan sambungan daripada PART 1 kat sini. Ada banyak tempat menarik untuk korang lawati tapi kat sini NAL just nak recommend beberapa tempat sahaja. Antara tempat-tempat menarik di Langkawi :
i)Cable Car
- Kalau korang nak sangat ke Cable Car datanglah pada hari biasa/kerja (isnin - khamis) sebab selalunya orang tak ramai sangat. Jangan pergi hari sabtu dan ahad kerana tempat ini akan sesak dan korang perlu beratur panjang.
- Kalau korang datang masa cuti sekolah, pergi awal sikit sebab bila cuti sekolah ni semestinya ramai jugak orang. Cable Car dibuka pada pukul 9.30 pagi. Jadi pergi la dalam pukul 7.30 pagi. Walaupun terlalu awal tapi semestinya berbaloi.
ii)Underwater World
- Nak tengok penguin? kat sini la tempatnya. Hampir sama dengan Aquaria tapi pengalamannya sudah pasti berbeza.
- Underwater memang sentiasa ramai orang baik orang awam, Malaysia mahupun luar negara. Yang pasti, tempatnya tak la begitu sesak sebab kawasannya luas.
iii)Makam Mahsuri
- Korang boleh datang bila-bila masa sebab walaupun ramai orang tapi tak sesak. Kalau tak salah NAL tak sampai pun RM10. Kat sini, korang boleh tengok sendiri makam milik Mahsuri, replika rumah kampung yang pernah didiami Mahsuri dan banyak lagi.
- Kat sini juga ada persembahan teater yang menceritakan tentang saat-saat Mahsuri difitnah, dibunuh dan juga saat Mahsuri menyumpah Langkawi selama 7 keturunan dan kalau korang nak tahu sumpahan tu benar-benar berlaku.
iv)Galeria Perdana
- Tempat ni kurang sikit dengan pelancong. Jadi korang boleh singgah bila-bila masa. Kalau korang jenis yang suka sejarah, tempat ni memang sesuai. Di sini, terkumpulnya semua barang-barang dan hadiah-hadiah milik Tun Mahathir Mohamad. Tersangat lah luas.
bersambung...
16 comments:
menarik..tq
@Saya Disini :
wc :)
no 1 & 2 mmg xpernah pegi sb slalu xsempat nk g sb xde org nk bwak g sbb xde kawan kat langkawi...hehehe :)
@Harith Iskandar :
nanti datang gtaw. Insha Allah, kalau da masa NAL bawa.. :)
pendek kata kena pi masa org bekerja...tp susah nak setting masa la ni
nad fly ke langkawi sabtu ni..:)
langkawi mmg sronok . da lame tak gi sane . dulu mase kecik2 mak slalu bwk ikot rombongan gi sane :DD
langkawiiiiii. lame tak naik cable car!
underwater world & galra perdana sempat la pergi 10 tahun dulu.hahahaha
lame tak g langkawi..wuwuwuu
@Tihara :
Tepat sekali akak..
@Nor Nadiah :
ade event ker ?
@Yasmin Aris :
Sure la best. Datang la sini lagi =)
@9n0L4 :
NAL pun baru naik 2 kali :)
@aReLaN :
10 thn lepas? Sekarang dah byk berubah :)
@Mk Syahir :
Datang la. Boleh la buat blogger gathering.
Post a Comment