NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Sunday, June 03, 2012

Face to Face with ANGKASAWAN NEGARA


Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Kalau petang tadi NAL update tentang Heliza Helmi, malam ni NAL nak share pulak pengalaman bersama ANGKASAWAN MALAYSIA iaitu, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan juga Dr. Faiz Khaleed. Alhamdulillah, NAL diberi kesempatan dan juga peluang untuk bertemu dengan mereka berdua.

NAL sangat kagum dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor kerana motivasinya sangat mantap. Perkongsian beliau tentang cara belajar dan sejarahnya dahulu adalah sesuatu yang sangat bermakna. Tapi beliau banyak menceritakan pengalaman beliau di angkasa la. NAL begitu tertarik sekali.

begitu tegas dalam menyampaikan kata-kata..

Selain itu, cara beliau mendidik anaknya untuk menyelam telah pun mendapat perhatian banyak pihak termasuk NAL - nampak tak wajah keterujaan NAL ? Of coz la korang tak nampak kan. Memang banyak ilmu yang NAL peroleh apabila bertemu beliau dalam satu program.

Seterusnya, peluang bertemu dengan Mejar (Dr) Faiz Khaleed. Walaupun pelajar lelaki tak dapat melihat dan berada bersama beliau dalam satu program di sekolah NAL sendiri, namun NAL bersyukur apabila NAL dan rakan sekelas berkesempatan untuk bergambar bersama beliau sebab kelas NAL ketika itu 5 Sains Tulen terletak bersebelahan dengan Dewan Tertutup - lagi sekali NAL begitu teruja. Update sambil senyum lebar ni.

NAL begitu tertarik tentang cara penyampaian beliau dan cara beliau berkomunikasi. Di sini kita boleh lihat betapa berbezanya percakapan atau komunikasi seseorang yang berpendidikan terbaik. Motivasi yang disampaikan juga mampu menarik minat semua pendengar.

bersama Mejar (Dr) Faiz Khaleed..

Terbaru, beliau telah menyertai Masterchef Selebriti Malaysia yang pertama. Walaupun merupakan peserta pertama yang tersingkir, kesungguhan beliau dalam menyediakan telur dadar sangat membanggakan. Mungkin korang tahu tentang website Dr. Faiz sendiri. Bagi yang belum tahu, korang boleh terjah kat sini.

p/s : MALAYSIA bertuah kerana mempunyai mereka.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

22 comments:

Ayuni said...

wa, bukan sng nk jumpa diorg!

nasir hamzah said...

wah tahniah nal.. anak sedara nasir yang peminat setia angkasawan negara ni pun tak pernah lagi berjumpa beliau.. teringat masa beliau ke angkasa dulu memang teruja tengok beliau, sampai meremang bulu roma sebb terlampau bangga..huhu

Ayu said...

wahhh...bkn sng nk jumpe....congrats...kngan terindah...:-)

NAL said...

@Ayuni :

betul tu. Bila peluang datang, memang tak boleh lepaskan.

NAL said...

@nasir hamzah :

Tq nh. SYukur sangat dapat jumpa mereka. Insha Allah, nanti anak saudara nh berpeluang la. amin.

NAL said...

@YaYaNsMuM a.k.a YM :

betul tu. sangat indah ^^

Dkna Abza said...

mejar fais dah terkeluar mastercheff :(

NAL said...

@Adylia Qarissa :

NAL pun sedih tgk beliau tersingkir.

Unknown said...

pergh!! korang jumpa orang2 yang best.. bertuahnya.. zaman aku sekolah dulu, paling hebat pun aku jumpa seorang magician yaang buat magik tak jadi.hahaha

Tie HT said...

anak dr sms ni cute sangat kan....bertuah la dpt jumpa live :)

Joel Leslie said...

wahhh seronoknya ^_^ tak puas hati gak bila mejar fais terkeluar masa tu. hurmmm. beliau mmg berbakat. angkasawan yang boleh memasak! ter#HEBAT!

rulze said...

bertuah dapat jumpa angkasawan negara..

:)

9n0L4 said...

tak pernah pun jumpe mejar faiz. di esweet sgt. selalau senyum aje. ;)

hazwan hairy said...

dh pnh jmpa juga :p

NAL said...

@Boni JLL3 :

serius? Magician dtg sekolah? haha

NAL said...

@Tihara :

betul tu kak. memang comel.

NAL said...

@Joel Leslie :

NAL pun tak puas hati bile beliau tersingkir..

NAL said...

@rulze :

:)

NAL said...

@9n0L4 :

memang beliau suka senyum kowt :)

NAL said...

@hairy :

bagus lah :)

ctk said...

ct pon prnah jumpe dia...mmg bnyk pengalaman kt angkasa dia crita tp malangnyer xsempat bergambar...huhu

NAL said...

@ctk :

betul tu. Mesti ramai kan yg bergambar..

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...