NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Friday, May 18, 2012

Terima Kasih untuk Segalanya




Sememangnya apabila kita ditimpa pelbagai ujian dan dugaan, kita inginkan luahkan segalanya kepada seseorang. Ia bukan sahaja membantu, malah dapat mengurangkan tekanan yang melanda diri.

Alhamdulillah, NAL dikurniakan Allah SWT dua pendengar yang baik. Mereka jugalah rakan yang NAL tak jemu untuk berjumpa dan NAL tak pernah sangka akan bertemu dengan mereka dalam hidup NAL. Nasihat dan kata-kata mereka sangat membantu NAL dalam menanggung masalah yang berat.

apabila hilang semangat (-_-)'

NAL seorang yang tidak kuat untuk menanggung dugaan yang berat. NAL akan merasakan ujian dan dugaan itu sukar untuk dipulihkan, namun dengan bantuan mereka berdua NAL dapat mengharunginya dengan tabah. Banyak masalah yang pernah menimpa NAL dan sebahagian besarnya merupakan masalah yang sangat berat.

Satu kata-kata daripada mereka,

Mungkin kita membenci sesuatu sedangkan ianya baik bagi kita,
dan mungkin kita menyukai sesuatu sedangkan ianya buruk bagi kita

Di saat NAL rasa down semasa ambil keputusan STPM, merekalah yang memberi nasihat dan menaikan NAL kembali. Sesungguhnya mesej mereka di phone NAL, mesej mereka di FB NAL menaikan semangat. NAL tak dapat bayangkan lepas ni, bila masing-masing dah sambung study. NAL akan terus menghubungi mereka sampai bila-bila. Apa yang pasti, NAL mungkin takkan jumpa orang seperti mereka di luar sana.

Untuk mereka : Aku tak akan lupakan segala jasa baik hampa berdua. Hanya Allah mampu membalas semua jasa baik hampa. Semoga hubungan persahabatan ini berkekalan dan diberkati olehNya. Terima Kasih untuk Segalanya. - kami cakap guna 'Aku' & 'Hang'

p/s : Maaf kerana NAL tak dapat nak nyatakan siapa mereka di sini.



sumber gambar : images.google.com

Iklan kreatif : Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

32 comments:

Unknown said...

dan ini telah membuktikan bahawa mereka lah sahabat sejati ko nal. yang sentiasa ada semasa ko susah.. jadi, sayangilah mereka dengan ikhlas.. dan jangan merosakkan hubungan itu

NAL said...

sememangnya Boni. Aku takkan rosakannya. AMIN.

nasir hamzah said...

syukurlah Nal dah jumpa sahabat sejati, sekarang jagalah mereka sebaik mungkin.. semoga persahabatan Nal dan mereka berkekalan hingga akhir hayat.. amin..

NAL said...

@nasir hamzah :

NAL sangat bersyukur. Terima Kasih nh. AMIN.

Tie HT said...

Alhamdulillah, dapat kawan2 yang baik dan bersih hati..susah nk cari kawan mcm tu...kdg2 dlm diam kawan ni dia suka kita hancur..good luck nal :)

Nurul Farhan said...

Beruntung NAL.. smoga persahabatan yg terjalin diberkati dan dikasihi di bawah panji Ilahi. Abadi duniawi dan ukhrawi.. =)

NAL said...

@Tihara :

memang susah nak cari akak. Terima Kasih :)

NAL said...

@FARHAN :

amin. Terima Kasih ye awak ^^

Unknown said...

sy pribadinyer mmg xade lg rakan yg pndengar,jauh skali mmbantu.so alone jer..tp idup kne truskan...bg yg ade kedua2 nyer tu.alhamdulillah..harap2 kekal lah hendaknyer... :)

♥ sitifarhana ♥ said...

kalau ad mslh, berceritalah dgn org2 yg boleh dipercayai...

tp kne ingat, mst tgl sikit utk diri sndri :)

Korn Ahmad said...

Jika kita baik ngan org, orang baik la ngan kita InsyaAllah...
mak aku ckp, biar org buat kita, jgn kita buat kat org...

Sarah Mohd Saleh said...

ohhh syukurlahhhh..hargai mereka smntare msih ade ;)

Miss Purple Ungu said...

bukan senang nak cari sahabat time susah dan senang huhu

Azee Hana said...

sahabat sejati memang susah nak dapat..jadi hargailah dieorang sebaiknya..

9n0L4 said...

sape pun dorg, pasti dorg sgt mhargai NAL. ;)

Unknown said...

amin.. apa2 pun, terima kasih atas komen yang menaikkan semangat aku balik tu ye..

NAL said...

@Harith Iskandar :

percayalah bahawa suatu hari nanti awak pasti jumpa juga. AMIN

NAL said...

@♥ farhana ♥ :

betul juga. tak semua masalah NAL kongsikan.

NAL said...

@KorN :

Terima Kasih sebab shre ape yg mak kau ckap tu. memang ada maksud mendalam.

NAL said...

@Sarah Mihd Saleh :

insha Allah, NAL tak akan lupa untuk menghargai mereka berdua ><

NAL said...

@Miss Purple Ungu :

tepat. memang susah. 1 dalam 100 rasanya :)

NAL said...

@Azee Hana :

Insha Allah. Thanks ye awak.

NAL said...

@9n0L4 :

begitu lah hendaknya ^^

NAL said...

@Boni JLL3 :

sama-sama. Apa guna berkawan jika tak dapat membantu ^^

nuha ahmad said...

allah takkan beri ujian jika Dia tahu hamba nya tak mampu.

:)

Lysa said...

Siapa pun kawan Nal tu,bersyukur lah :) Lisa pun ada kawan yang macamtu dan hanya ada dua orang. Memang lega perasaan bila luah pada mereka dan dorang pulak bagi kata2 semangat..

9n0L4 said...

so, bile org hargai kite, kite mesti hargai dorg juge. ;)

teha said...

syok laa :)

NAL said...

@nuha ahmad :

setuju sangat :)

NAL said...

@Elysa Sofia :

Memang betul. rasa lega sangat.

NAL said...

@9n0L4 :

NAL akan sentiasa hargai diaorg. :)

NAL said...

@teha :

sememangnya SYOK ! :)

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...