NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Friday, August 03, 2012

Jaga Pandangan Kita



Alhamdulillah, dah masuk ke pertengahan bulan Ramadhan. Perjalanan kita perlu diteruskan sehingga ke akhirnya. Nampak je lama lagi tapi hakikatnya, sekejap saja Hari Raya akan menjelma. Ini bermakna, bulan barakah ini akan pergi meninggalkan kita.

Jagalah pandangan kita. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga TETAPI melawan nafsu sama sekali. Bukan NAL cakap bulan-bulan lain tak payah jaga pandangan ! Tetapi lebihkan jaga pandangan ketika Ramadhan ni. Kalau tak, memang penat je puasa sebab tak jaga pandangan. Pahala puasa kurang taw.

Kepada lelaki sekalian, daripada pandangan kita saja nafsu seorang lelaki boleh membuat-buat. Korang faham kan maksud NAL ? Allah memerintahkan kaum muslimin untuk menundukkan pandangan ketika melihat lawan jenis. Allah SWT berfirman maksudnya,

"Katakanlah kepada laki–laki yang beriman : Hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya." (QS. An Nuur [24]: 30 )

Kepada wanita sekalian, jagalah auratmu. Bulan yang penuh barakah ini, sapa tahukan korang yang free hair mendapat hidayah apabila berhijab dalam bulan ini. Itu lah satu anugerah. Jaga juga pakaianmu. Kalau NAL ke bazaar Ramadhan, macam-macam trend yang boleh dilihat. Tambah-tambah kat Langkawi ni, susah nak beza foreigner dengan penduduk tempatan sebab PAKAIAN NAK SAMA ja. Firman Allah yang bermaksud,

" Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka " [TMQ An-Nur (24):31].

Apabila kedua-dua pihak melakukannya. Insha Allah, kita mencapai win win situation. Wanita tutup aurat dapat pahala, Lelaki menjaga mata juga dapat pahala. Kita mampu mengubah segalanya. Insha Allah.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

18 comments:

HanaNabihah said...

InsyaAllah. Sekecil-kecil perubahan yg baik dari kita pun DIA dah pandang & beri ganjaran. =)

dyabunga said...

nice entry NAL..semoga kita semua dpt jaga pandangan kita..:)

9n0L4 said...

ye betul. bnde mcm kene both parties la main peranan. baru lah jadi. ;)

Tihara said...

betui la,kadang2 susah nak cam org melayu dgn cina..dressing lebih kurang sama rugged...cina tu katelah cina, yang melayu pasaipa plak

NAL said...

@HanaNabihah :

Itulah kebenarannya..

NAL said...

@dyabunga :

Terima kasih dya. Insha Allah.

NAL said...

@Tihara :

tu la kan akak. Susah nak beza. Apa punya trend pun tak sure la..

NAL said...

@9n0L4 :

Yup. kalau sebelah pihak je, susah nak direalisasikan..

leakedknowledge said...

menjaga pandangan di zaman skrg mmg antara perkara yg super payah nk buat. dh persekitaran sana sini dedah aurat mmg mata xterlepas memandang nyer..apa yg mampu dbuat menguangkan pandangan...

cikmisi leen said...

alhamdulillah,,nice entry NAL =)

SyamimiNazifa said...

nice sharing ;D

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

mmg penting menajaga pandangan kita lebih2 lg di bulan ramadhan ni kan

NAL said...

@leakedknowledge :

betul sangat tu. Dah ramai sangat pakai mcm tu, mata ni pun dah mcm biasa ja tgk benda tu..

NAL said...

@cikmisi leen :

Alhamdulillah, thanks..

NAL said...

@SyamimiNazifa :

Terima kasih. :)

NAL said...

@ADZA IRDAWATI aka MAK DARA :

betul sangat tu MD. pahala boleh kurang..

Masha Meisters said...

insyaallah...sama2 la kita menjaga iman kita :)

NAL said...

@Masha Meisters :

Insha Allah..

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...