Islamic | Jernihkan Kembali
sumber : images.google.com
NAL pasti korang pernah bermasam muka dengan rakan sendiri atas alasan tertentu seperti berselisih faham. Perkara ni juga pernah berlaku dalam hidup NAL, namun apa yang sedikit ganjil adalah ianya berlaku setiap kali NAL akan hadapi peperiksaan awam. Ada juga yang cakap, lelaki walaupun hari ni bertumbuk, bersepak terajang tapi esok baik balik kan ? Tapi lain jadinya buat diri ku ini.
Sebagai seorang Islam, sewajarnyalah kita memohon kemaafan kepada seseorang jika kita telah melakukan kesalahan terhadapnya. Jika kita telah minta maaf terpulanglah kepada orang tersebut, apakah ia ingin memaafkannya atau sebaliknya, kerana selaku manusia kita tidak dapat terlepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Tapi jangan pula kita memutuskan tali silaturrahim. Apa yang penting,
Mudah saja untuk memohon maaf, apa yang penting bagi NAL adalah ketepikan ego diri. Salah seorang perlulah beralah untuk menjernihkan semula ikatan tersebut. Sebagaimana diterangkan dalam sebuah hadis daripada Abu Bakar ra. bahawa baginda SAW bersabda yang bermaksud:
“ Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim ”.
(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
Sebenarnya tidak rugi jika kita sentiasa mengeratkan tali silaturrahim, kerana ia menyebabkan dilapangkan rezeki dan dipanjangkan umur. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
“ Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim ”.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jika hal ini berlaku pada diri korang, jangan takut untuk memohon maaf kerana akan ada kesannya apabila ada tindakan yang dilakukan. Mohonlah juga pertolongan ALLAH SWT dalam melembutkan hati orang itu dan doakan yang terbaik buatnya. Insha Allah semuanya bakal kembali jernih.
inilah HASIL diakhirnya..
Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri
19 comments:
hurm.. betul gak tu.. salah seorang kena mengalah dan turunkan ego.. kalau tak, sampai bila2 masalah takkan selesai..
alhamdulillah, bagus sangat entry ni NAL..tapi dari pengalaman, jika berlaku perkara macam ni, banyak2 kan istigfar kan...insya Allah, Allah akan tunjukkan jalan..kadang2 orang2 tu pun akan berlembut hati kalau niat kita baik untuk menjernihkan keadaan... :)
aku pernah gaduh dgn member aku hny di sebab kan sebatang coklat lolipopo. bodo btul rse nye mase tu
tp susah nk maafkan org yg suka sebarkn fitnah kat laman sosial...
Nurul pun seallu gak camtu.. tapi x delah gaduh, cuma terasa hati jer.. tapi hanya mendiamkan diri sekejap jer.. lepas tu dah ok balik.. ;)
@Boni JLL3 :
yup, pilihan di tangan kita =)
@Tihara :
Terima Kasih akak. Betul tu, mohonlah pertolongan daripadaNya
@KorN :
serius? Lolipop? tak dpt nak bayangkan
@Ayuni :
Memang susah. Tapi sebagai manusia kita perlu cuba untuk maafkan dia. Tabahkan hati.
@Nurul Akmal :
Bila benda mcm ni jd, memang dua2 pihak akan mendiamkan diri daripada bertegur.
bagus entry ni...saling memaafkan mmg mulia...jadilah seorang pemaaf...
nice sharing! bg sesetengah org, maaf ni nmpk mcm kecik je kan. tapi boleh tergugat ukhuwah.
@izan mama mia :
setuju.
@9n0L4 :
Terima Kasih. sememangnya tepat =)
@Busyra Bt Takiyudin :
Thanks ^^
mintak maaf dulu bukan maksudnya kita salah tetapi kita tak menjadi seorg yg ego
@Rozuan Ismail :
setuju dengan PCB.
yup, sy penah gak.. tapi then saling mnta maaf... akhirnya hubungan jadi lebih baik dri sbelumnya.. lagi rapat..
@eLLa n aLia :
betul tu. lepas semua ni berlaku n selesai. Bond tu makin kuat.
Post a Comment