NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Monday, May 21, 2012

Selamat Hari Ibu : Makan Malam Amal



Pada 18 Mei lalu, berlangsung Majlis Makan Malam Amal bersempena Sambutan Hari Ibu di De Baron Resort Langkawi. Dijayakan oleh satu badan NGO iaitu NISA' Langkawi. NAL, ibu dan juga kakak NAL turut menghadiri majlis tersebut. Mula-mula nak pergi sekeluarga tapi memandangkan yang lainnya kerja jadi kami bertiga je la.

Penyanyi Aishah turut dijemput untuk membuat persembahan. Ye la kan, Aishah agak popular dengan lagu sempena hari ibu. NAL pun lupa tajuk lagunya. Memang best la malam tu. Tambah-tambah door gift yang diberi. Memang sedaap. Jom terjah gambar di bawah.

ketika dalam Dewan..

sesak...

ramai juga orang..

meja kitaorang jauh dari pentas..

Ingatkan tak ramai yang datang. Padahal, penuh pulak ballroom ni. Memandangkan Langkawi ni tak besar mana, memang ada juga la orang yang NAL kenal datang makan malam ni.

terlampau excited nak ambik gambar latar, 
tetiba gambar NAL pulak ada kat skrin besar tu..hahaha

Lepas je habis majlis, semua orang berpusu-pusu bergambar dengan Aishah. NAL pun tak lepaskan peluang tapi NAL tak la snap pic together dengan Aishah. Makcik-makcik yang bergelar ibu je yang ambil gambar dengan beliau. Mak NAL tak nak dan NAL memang dah agak.

pandai ibu-ibu di Langkawi bergambar ><

Kakak NAL dan juga jiran NAL..

Lepas bergambar, terus balik. Jalan sedikit sesak. Walau apa pun, NAL tetap ambil gambar di luar hotel. First time datang event kat hotel ni la katakan. Walaupun bukan hotel mewah tapi tetap kena buat kenangan.

di luar hotel..

signboard hotel di tepi jalan..

Tu je la kenangan NAL sempena Hari Ibu 2012. " Syurga itu, di telapak kaki Ibu.. "

1 : Curious Cat !
2 : Genting Holiday !
3 : Oh! My English : Mr Middleton ?
4 :Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

12 comments:

Hanim Irsyad said...

pergghh.. poie makan tak mengajak!

si kiut lavender said...

ergh...

kmi tak taw pun sal nih..erk..=_=

aReLaN said...

makan tak ajak pon.siap dapat jumpa artis lagi tu.wuuuuu

zie said...

yup..btol..syurga di bwh tapak kaki ibu..
smoga jadi anak yg baik ye...:)

NAL said...

@Hanim Irsyad :

tak sempat nak ajak :)

NAL said...

@SKL :

xkan lak? ada banner besar kat traffic light pdg matsirat la..

NAL said...

@aReLaN :

hehe, tak sempat nak ajak..lain kali ye :)

NAL said...

@azie azian :

amin.

nasir hamzah said...

wow, penyanyi aisyah? mesti bestkan? lagu2 dia pun memang best sangat.. yg paling Nh minat tajuk lagu melukut di tepi gantang.. sedih benor dengar lagu tu..

kalau betul ler tajuknya tuh,hehe

Korn Ahmad said...

xngajak aku pon... aku pon kalo makan free ni on jer kot.. haha

Luahan hati said...

hehe tak ajak uncha pun :p btw nice entry

9n0L4 said...

amboihhhhh kemain excited amek gmbr. hehe.

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...