NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Friday, April 06, 2012

Islamic | Mendidik anak cara Islam (Part 2)




sumber : Google




Ni merupakan sambungan ' Islamic | Mendidik anak cara Islam (Part 1) '. Bagi yang telah baca entri lalu, jom ikuti sambungannya..


  • Didiklah anak anak dengan penuh hikmah dan kasih sayang : Perlu diingatkan supaya ibu bapa perlulah ikhlas mendidik anak-anak dan lakukan semua ini kerana Allah. Insha Allah, anak-anak akan sentiasa mendengar kata.
  • Jauhilah memaki hamun anak-anak : Ingatlah bahawa kata-kata adalah satu doa. Baik katanya, baiklah balasannya. Perlakuan sebegini akan membuat anak-anak merasakan diri mereka tidak berguna dan inilah yang akan menyebabkan mereka terjebak dalam masalah sosial.
  • Galakan anak-anak membaca al-Quran dan buku-buku agama : Hal ini mampu menenangkan hati anak-anak. Oleh itu, anak-anak akan sentiasa patuh akan suruhan. Pembacaan al-Quran juga boleh melembutkan hati anak-anak.
  • Selalu memohon iaitu berdoa' kepada Allah : Supaya anak-anak kita hidup dalam keberkatan dan rahmat Allah samada di dunia dan akhirat.
  • Anak anak perlu dipantau ketika mereka menonton television : Ini kerana drama-drama dan filem lebih banyak menonjolkan perkara-perkara menyesatkan berbanding perkara perkara yang membawa kearah kehidupan harmoni secara Islam, namun tidak semua begitu. Bijaklah dalam membeli VCD atau DVD.

Firman Allah:“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”(Luqman 31:13)

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri
Jom join fast Quiz : DI SINI

8 comments:

9n0L4 said...

segala galanya perlu berlandaskan Islam kan. insha Allah. selamat. ;)

NAL said...

@9n0L4 :

yup..

Unknown said...

yeah..benar apa yang dikatakan tu.. semoga bakal anak2 kita nanti tidak akan terjebak dengan perkara2 yang negatif bila dia dewasa kelak.. makin risau dengan dunia sekarang.. semakin jauh kita daripada ajaran Islam.. semoga anak2 kita yang bakal lahir nanti akan menjadii seorang yang soleh kerana mereka lah bakal pemimpin negara kita satu hari nanti

NAL said...

@BoniJLL3 :

AMIN. sungguh syahdu baca komen bro Boni..

Lysa said...

betul..nak jadi ibu bapa bukan senang,tanggungjawab berat. nak didik anak, nak jadikan anak tu anak yang soleh/solehah :)

NAL said...

@Lisa :

kita takkan tahu kesusahan & kepayahannya selagi kita tak bergelar ibu bapa.. ^^

Cik Puan Muda Umi said...

betul,jadi ibubapa ni byk tanggungjawab..kalau tak di didik betul2,macam2 la jadinya..;)

NAL said...

@CikPuanMudaUmi :

setuju..anak-anak perlu didik secukupnya..

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...