sumber : Google
- Didiklah anak anak dengan penuh hikmah dan kasih sayang : Perlu diingatkan supaya ibu bapa perlulah ikhlas mendidik anak-anak dan lakukan semua ini kerana Allah. Insha Allah, anak-anak akan sentiasa mendengar kata.
- Jauhilah memaki hamun anak-anak : Ingatlah bahawa kata-kata adalah satu doa. Baik katanya, baiklah balasannya. Perlakuan sebegini akan membuat anak-anak merasakan diri mereka tidak berguna dan inilah yang akan menyebabkan mereka terjebak dalam masalah sosial.
- Galakan anak-anak membaca al-Quran dan buku-buku agama : Hal ini mampu menenangkan hati anak-anak. Oleh itu, anak-anak akan sentiasa patuh akan suruhan. Pembacaan al-Quran juga boleh melembutkan hati anak-anak.
- Selalu memohon iaitu berdoa' kepada Allah : Supaya anak-anak kita hidup dalam keberkatan dan rahmat Allah samada di dunia dan akhirat.
- Anak anak perlu dipantau ketika mereka menonton television : Ini kerana drama-drama dan filem lebih banyak menonjolkan perkara-perkara menyesatkan berbanding perkara perkara yang membawa kearah kehidupan harmoni secara Islam, namun tidak semua begitu. Bijaklah dalam membeli VCD atau DVD.
Firman Allah:“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”(Luqman 31:13)
8 comments:
segala galanya perlu berlandaskan Islam kan. insha Allah. selamat. ;)
@9n0L4 :
yup..
yeah..benar apa yang dikatakan tu.. semoga bakal anak2 kita nanti tidak akan terjebak dengan perkara2 yang negatif bila dia dewasa kelak.. makin risau dengan dunia sekarang.. semakin jauh kita daripada ajaran Islam.. semoga anak2 kita yang bakal lahir nanti akan menjadii seorang yang soleh kerana mereka lah bakal pemimpin negara kita satu hari nanti
@BoniJLL3 :
AMIN. sungguh syahdu baca komen bro Boni..
betul..nak jadi ibu bapa bukan senang,tanggungjawab berat. nak didik anak, nak jadikan anak tu anak yang soleh/solehah :)
@Lisa :
kita takkan tahu kesusahan & kepayahannya selagi kita tak bergelar ibu bapa.. ^^
betul,jadi ibubapa ni byk tanggungjawab..kalau tak di didik betul2,macam2 la jadinya..;)
@CikPuanMudaUmi :
setuju..anak-anak perlu didik secukupnya..
Post a Comment