NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Monday, July 14, 2014

Bersahabat Biar 1000


Setelah sekian lama menyepi, dapat juga menjengah seketika disini. NAL memang busy sejak semester lepas disebabkan terlibat dengan beberapa program. Untuk pengetahuan, sekarang adalah cuti semester dan tinggal setahun sahaja lagi pengajian di UMS. Sememangnya, kehidupan di universiti sangat memerlukan kita untuk mengurus masa dengan baik - assignment, kuliah & tutorial, sosialisasi.

#1
Di kampung, NAL ada tiga orang gadis yang merupakan sahabat baik baik susah mahupun senang. Mesti korang akan pelik bila lelaki dan perempuan berkawan baik kan ? NAL kenal dorang ni lebih daripada 10 tahun. Dua daripada mereka merupakan orang kampung NAL sendiri dan kami berkawan semenjak daripada TADIKA lagi. Seorang lagi, NAL kenal ketika berada di Tingkatan 1. Biarpun berbeza jantina, kami tahu batas-batas pergaulan. The best part is bukan kami sahaja yang rapat, family kitaorg pun rapat.

Iftar baru-baru nie .. *sorang lagi masih di institusi pengajian
#2
Mereka ni pula NAL kenal ketika menjejakan kaki ke Universiti Malaysia Sabah. Salah seorang daripada mereka adalah rakan NAL ketika di Tingakatan 6 lagi. Apa yang menariknya dengan persahabatan ni adalah gabungan kami 11 orang yang dibahagikan kepada dua kumpulan, JIWAMISAMA dan YURIHAZAWAN. Daripada 11 orang ni, NAL sorang saja mengambil jurusan yang berbeza, 10 orang lagi mengambil jurusan yang sama. Biarpun berbeza jurusan, namun ia tidak mematahkan hubungan kami 11 orang. Kami juga daripada negeri yang berbeza, iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Sabah & Sarawak. Alhamdulillah, NAL sempat membuat rekaan tshirt persahabatan kami.

Warna pink menjadi pilihan kami .. *sorang lagi ada program ketika ini
#3
Ni pulak kisah yang agak lucu. Perkenalan kami adalah secara tak sengaja - daripada satu program. Mereka memang berkawan rapat 5 orang dan menggelarkan kumpulan dorang ni sebagai One Direction katanya. NAL pun tak sangka hubungan dalam berprogram boleh dibawa hingga kedalam kehidupan realiti. Apa yang menariknya, umur kami memang sangat sangat berbeza taw. NAL yang paling tua dan dorang pulak muda sangat (sebaya). Apa pun NAL anggap dorang macam adik sendiri dan pengalaman berkawan dengan mereka adalah cukup manis. Mungkin minat yang sama membuatkan kami menjadi akrab kot dan NAL selesa berkawan dengan dorang ni.

One Direction ker .. ? *korang jawab sendiri

Ini hanya sebahagian sahaja. Daripada cerita NAL, nampak tak ada kesemuanya ada perbezaan. Pertama perbezaan jantina, kedua perbezaan jurusan dan ketiga perbezaan umur. Apapun perbezaan tersebut, ianya takkan mematahkan hubungan ini kerana niat telahpun diletakkan. Dalam berkawan, apa yang paling menakutkan adalah PERPISAHAN. Buat kalian, terima kasih untuk kenangan ini. Korang akan sentiasa dalam ingatan. Moga hubungan ini diberkati dan diredhai olehNya. " berkawan biar SERIBU, bercinta biar SATU "


Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

1 comment:

afzalsukasuki said...

kawan pompuan tu.. err mmg kawan rapat je la?xde terdetik jadikan lebih sebagai kawan rapat? :)

tanya je..manalah tau kan :)

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...