#psy.chol.o.gy
Segalanya bermula di sini..
Minat dalam bidang ni muncul ketika aku berada di Tingkatan 2. Ketika itu, hati ini ingin sangat untuk menjadi seorang ahli Psychiatrist. Dek kerana berminat untuk mengkaji pesakit mental. Namun, impian dan cita-cita itu berubah sehinggalah masukki ke Tingkatan 6..
dan...
Impian dan cita-cita itu kembali tatkala diberi peluang oleh Allah SWT untuk sambung pengajian Ijazah Sarjana Muda. Hari itu, aku dengan terkejutnya melihat terpampang perkataan ' Psikologi Industri dan Organisasi ' di Universiti Malaysia Sabah. Hatiku mula gelisah akan perjalanan kehidupan di negeri orang..
#Symbol of psychology..
bermulalah lembaran baru...
Minggu pertama kuliah membuatkan ku begitu keliru dan binggung tentang dunia psikologi. Ianya penuh dengan terma dan situasi yang penuh dengan persoalan. Timbul di dalam benakku, " Adakah aku salah memasuki bidang ini? ", " Adakah aku mampu berjaya jika terus dengan bidang ini? "..
wahai rakanku...
Kehadiran kalian sangat bermakna dalam hidup ini. Kita bersusah dan senang bersama-sama. Segala dugaan dan cabaran dunia psikologi kita lalui dengan tabah. Teringat akan setiap kata-kata ibu dan ayah, " belajar rajin-rajin ", moga kita mampu mengubah dan membantu keluarga tercinta..
#Neurotransmitters..
semalam...
Kalian bersamaku. Kita menghabiskan masa bersama dengan berbicara dan bercerita demi peperiksaan akhir sem ini. Penat lelah kita biarkan hanya untuk memahami bait-bait psikologi. Kesusahan dan kepayahan kita rasai, namun ianya diselitkan dengan gelak ketawa bersama-sama..
kini...
Sedar atau tidak, sudah habis satu semester. Masih berbaki 5 semester untuk kita peroleh segulung ijazah. Suatu saat pasti kita akan merindui segalanya. Harapan ibu dan ayah sentiasa di bawa bersama..
21 comments:
wah da sampai ijazah ? tahniah . sy bru diploma psikologi . hehe . insyaallah klau ad rezeki pon , nk smbung ijazah jgk :)
jgn hampakan ibubapa..teruskan usha dan slmt bercuti..hehe
zaman kecik2 dulu teringin gak nak jadi pakar psikologi.
p/s cantik header.huhu
semoga berjaya NAL :)
@Biey Sha :
yup..thanks..
all the best!
@hazwan hairy :
terima kasih hery...
@Rozuan Ismail :
yke? terima kasih ye..
@Harith Iskandar :
Thanks.. you too
aku akan doakan agar ko berjaya dengan sangat cemerlang bro.. bangga kedua ibu bapa :)
moga berjaya ye nal..insha Allah :)
salam maulud Rasul... sama2 kita dekati Rasullullah kita... ^_^
owhh..
rupanya minat dari kecill..bagus2
@boni kacak :
amin. Terima kasih banyak bro boni :)
@Tihara :
Syukran jazilan yer akak..
@Alif Ismail :
Salam Maulid nabi..
@si kiut lavender :
yup..
nk tny kalo lepasan matrik nk amik bdg psikologi ni kena pointer bape ye?
lepasan asasi untuk bidang psikologi perlukan pointer berapa ea...?
Tahniah kerana bergelar pelajar Psikologi. Saya juga baru melanjutkan pelajaran Master dalam Psikologi I/O. Namun kena ambil prasyarat dahulu kerana Degree dalam Sains Komputer.
Assalamualaikum. Nak tanya, nak apply degree psikologi lepasan asasi selalunya pointer berapa baru boleh dpt eh?
salam,nk tya, saya lpsn dip akaun nk beralih ke deg psikologi.. rase2nya boleyh ke? mgkin boleyh share kan pegalaman.. boleyh x emailkan di fiezaae_92@yahoo.com..terima kasih
Post a Comment