NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Sunday, July 15, 2012

Islamic | Restu Ibu Bapa



Hadis Sahih Bukhari menjelaskan, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, maksudnya,
'Siapakah yang wajib kita hormati dan kasihani selepas Allah SWT dan Nabi'? Jawab Nabi, Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Selepas itu? Ibu kamu. Dan kali keempat lelaki itu betanya 'selepas itu'? Jawab Nabi, ayah kamu.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
"Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa"

Pengajaran Hadis :

Tanggungjawab anak terhadap kedua-dua ibu bapa terbahagi kepada dua iaitu tanggungjawab semasa mereka masih hidup dan tanggungjawab selepas mereka meninggal dunia, iaitu :
  • Semasa kedua-dua ibu bapa masih hidup anak-anak hendaklah berbakti dan berbuat baik kepada mereka kerana ibu bapa adalah orang yang paling banyak berjasa kepada anak. Di antara adab yang mesti dipraktikkan sentiasa ialah berlemah lembut dan berbudi bahasa apabila berkomunikasi dengan mereka, berbelanja untuk keperluan ibu dapa dan menjaga mereka sebaik-baiknya.

  • Apabila kedua-dua ibu bapa telah meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab anak-anak untuk mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka, menziarahi pusara mereka, melaksanakan nazar mereka yang belum tertunai, menghubungkan silaturahim dengan sahabat handai ibu bapa, mengqadakan puasa yang terhutang, menunaikan haji sekiranya mampu, membaca al-Quran dan melunaskan hutang ibubapa yang belum langsai semasa hayat mereka.

p/s : maaf sebab tak sempat nak jenguk blog korang sebab ada hal yang perlu diuruskan. NAL sempat update je. Bila urusan selesai, insha Allah NAL akan singgah.


Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

19 comments:

leakedknowledge said...

muhasabah diri d hari jumaat..btw, ak kecik2 dulu mmg minat dgn kartunis ubi ni...:P

Boni JLL3 said...

tanpa mereka, tak mungkin kita lahir ke dalam dunia ni dan dapat mengharungi kehidupan selama kita hidup ni... wajib kita hidup dalam restu mereka berdua..

NAL said...

@leakedknowledge :

:D

NAL said...

@Boni JLL3 :

setuju sangat tu..dan kewajipan kita untuk membahagiakan mereka.

faizah husna said...

yup..setuju sgt.. :)
tnpa restu n redha drpd mreka mustahil kte mmpu capai ap yg diimpikan..

Nurlyla said...

insyaallah.. sayangi lh mreka.. 'mnta' restu selalu..

Nurlyla said...

insyaallah..

[PCL] said...

semoga kita sentiasa menghargai dan ingat kepada ibubapa, suatu hari kita juga akan ada anak2 dan mengharap doa2 dari mereka juga..ini juga adalah tanggungjawab sbg seorang anak kepada orang tuanya.

NAL said...

@faizah husna :

betul la tu..

NAL said...

@Nurlyla :

Sememangnya seorang anak perlukan restu kedau-dua mereka..

NAL said...

@[PCL] :

Insha Allah, masa untuk kita sendiri merasa akan tiba juga suatu saat nanti.

si kiut lavender said...

tanggungjawab sebagai anak-anak terhadap ibu bapanya xpernah ada penghujungnya..
sama seperti kasih syg ibu bapa terhadap anak2nya

Si Matatajam said...

Betoi tu... Hargailah ibu dan ayah selagi depa masih ada... Tanpa depa, sapa la kita..

NAL said...

@SKL :

sokong sangat2..

NAL said...

@Si Matatajam :

kita bukan siap-siapa tanpa depa.

aReLaN said...

memang betul sangat tu.tanpa restu ibu bapa, memang takde la keberkatan hidup.hmmm

9n0L4 said...

berkat mak ayah takleh dinilai kan. tapi kita boleh rase. ;)

NAL said...

@aReLaN :

Yup.. :D

NAL said...

@9n0L4 :

Betul tu. Kita dapat rasakan benda tu.

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...