*banner HEBAT
[ KLIK banner untuk maklumat lanjut & sertai contest ini ]
Ayat hebat NAL :
" Suatu petang ketika hujan masih menyimbah bumi, Siti terasa amat lapar lalu Siti melangkah dan mengatur gerakan kaki ke dapur ibarat Askar mengatur strategi mengalahkan komunis untuk mencari roti dan setibanya Siti di dapur, Siti mencari roti dengan sepenuh hati kerana perutnya sudah berbunyi lagu seperti dalam drama Dingin Lavender yang menjadi kegemarannya, ' Disaat ku mencintaimu ' daripada Dadali tetapi Siti masih tidak menjumpai roti yang diingini lalu Siti terlihat satu bekas berwarna ungu yang dimenangi ibunya dalam acara sukan daerah tahun lepas dan dengan pantas Siti menerkam bekas ungu itu lalu bekas ungu tersebut terjatuh di atas lantai yang masih berkilat dimop pembantu rumah Siti menggunakan sabun BOOM dan pada masa yang sama penutup bekas ungu itu terbuka lalu mata Siti melopong-lopong mengintai bekas ungu tersebut dan paling mengejutkan Siti apabila tiada apa-apa didalam bekas itu tetapi Siti tidak berputus asa lalu Siti meneruskan misinya untuk mencari roti dan Siti terus bergegas ke kabinet bersebelahan peti sejuk rumahnya lalu dibuka oleh Siti pintu kabinet tersebut dan Siti sedikit terkedu apabila melihat plastik bungkusan roti yang hanya berbaki serbuk roti didalam kabinet tersebut dan dengan perasaan yang panas dan marah seperti gunung berapi Krakatau yang hendak meletuskan lavanya, Siti memanggil pembantu rumahnya bertalu-talu ibarat ketukan gong sempena perasmian sebuah pasaraya berdekatan kawasan rumahnya lalu datanglah pembantu rumahnya yang kelihatan pucat lesi dan kepenatan seperti atlet lontar peluru dan ahli bina badan memecahkan rekod terbaru dalam acara larian 100m berhalangan tetapi apa yang menghairankan, Siti tidak menanyakan tentang roti tersebut dan sedikit pun tidak bercakap mengenainya tetapi Siti hanya meminta pembantu rumahnya bergegas ke pasaraya berdekatan untuk membeli roti tetapi apakan daya di luar masih lagi hujan lalu Siti menarik balik suruhannya terhadap pembantu rumahnya seperti penjenayah terlepas daripada dikenakan hukuman gantung oleh mahkamah dan kemudiannya Siti kembali mencari sehingga ke kabinet paling tinggi arah timur laut jika diukur dari rumah jirannya dan akhirnya Siti menjumpai roti yang diingini dan Siti terus makan dan mengunyah roti itu seakan-akan ayam mengunyah 'chewing gum' lalu bersendawa besar Siti pada petang itu akibat kekenyangan menghadam roti "
p/s : Hopefully mendapat tempat ^^
3 comments:
good luck yerr ;)
@AmyMina :
Thanks..
wewit...tahniah
Post a Comment