‘Sehelai Selendang Merah’.
BABAK 1
Tanggal 31 Ogos 2009, genaplah 52 tahun kemerdekaan Negara kita yang tercinta, Malaysia. Merdeka, merdeka, merdeka..
Di sebuah rumah di pinggir kota, tinggallah seorang nenek yang bernama Nek Pah. Nek Pah merupakan antara golongan yang sempat merasai keperitan zaman kemerdekaan. Beliau juga merupakan golongan yang amat menghargai nilai erti sebuah kemerdekaan.
Pada pagi hari kemerdekaan ini, sedang Nek Pah duduk menunggu di meja makan sambil menonton televisyen untuk bersarapan dengan anaknya, Kiah dan cucu-cucunya.
Menitis air mata nenek mengenangkan perangai cucunya, Rock itu. Di suatu sudut yang lain, seorang cucunya, Ain yang bersopan-santun memerhatikan neneknya. Dia datang menghampiri neneknya yang berdukacita itu untuk menenangkannya.
BABAK 2
(pantun)
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama dengan si kucing belang,
Dua tiga boleh ku cari,
Mana nak sama dengan Pah seorang
Ingin ku membeli cili padi,
Jalan ke pekan terhuyung-hayang,
Abang patriotik lagi berbudi,
Mana tidak Pah tak saying
Pihak Jepun telah menyerang dan menduduki Tanah Melayu pada tahun 1942. Sepanjang tempoh itu, pelbagai jenis propaganda telah dilaksanakan oleh mereka. Antaranya, pihak Jepun mengerahkan rakyat tempatan untuk mempelajari budaya Jepun termasuklah bahasa ibunda mereka.
(sajak)
Kuharung sungai kususur bukit tujuh gua yang silam
Aku murka perkasa kautuduh penderhaka celaka
Aku tidak pandai berselindung dengan tembang dan senandung
Suaraku tak mungkin semerdu seruling
Aku tak rela tanah darahku diinjak dijajah
Aku tak rela hasil bumiku dicantas pulas
Aku tak rela Melayu bangsaku dipandirkadukkan
Aku tak rela Islam agamaku disendatemehkan
Aku sebagai lelaki anak jantan perkasa
Aku siap sedia menitiskan darah ke ranting cempaka
Ini tanah darahku, tak akan kurela kau kikis habis
Ringkik angin lapan, sedialah engkau
Akan kuamuk, kugetus kantung nyawaku
Kalaupun aku mati di tangan bangsaku
Aku mati sebagai pembela sejati
Mutiara tetap mutiara
Meskipun terpendam di perut tiram
Jauh pada dasar lautan
Begitulah perginya/gugurnya seorang pejuang bangsa tanah air, Sharif, suami tercinta Nek Pah.
BABAK 3
(sajak)
Kuraikan kejayaan
Menumpaskan petualang
Kusambut kemenangan
Menewaskan dalang
Tari si dalang sudah berakhir
Kemenangan kini ada di tangan
Di muka kelir menari-nari
Wijaya perjuangan nekad dan berani
Kejayaan tetap bagi kebenaran
No comments:
Post a Comment