NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Monday, January 20, 2014

Kisah Cuti Semester #1


Apa khabar semua ? Lama NAL tak buka blog ni. Sekarang dah pun cuti semester dan NAL di kampung sudah ni. NAL nak kongsikan kejadian yang berlaku sebelum cuti. Jom !!

Kisah 1 :

Kota Kinabalu kembali terang ..

Pada tanggal 17 Januari (Jumaat), NAL ada paper terakhir untuk final exam kali ni. Nak dijadikan kisah, jam 11 pagi, Kota Kinabalu ada sedikit gangguan elektrik. Memang panas sangat. Jam 2.30 petang, peperikasaan bermula. Nasiblah NAL ada bawa kipas tangan dan juga sapu tangan. Memang berpeluh la menjawab exam dengan tiada aircond dan juga lampu. Memang berkipas-kipas la sambil jawab exam tu.

Jam 5.30, NAL sampai kolej kediaman. Memang sampai jer terus berkemas-kemas ni sebab besoknya tu NAL dah nak bertolak balik ke kampung. Dengan takdak elektrik, memang cepat-cepat susun semua barang. Karang dah malam, gelap pulak. Maklumlah jam 6 petang di Sabah tak sama dengan Semenanjung yer. 

Alhamdulillah, tak lama lepas tu elektrik dah ada. Lega rasanya. Lepas tu baru NAL tahu satu Sabah terjejas elektriknya sebab ada tiang elektrik di Kundasang (Ranau) terbalik sebab tanah runtuh. Tahniah buat pihak berwajib sebab pantas menyelesaikan masalah ini. >>HARIAN METRO<<

# Tunggu kisah seterusnya yang berlaku di Lapangan Terbang ..

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...