NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Saturday, July 20, 2013

Peristiwa-peristiwa Ramadhan

sumber : Facebook

NAL terjumpa di Facebook tadi. Tak salah rasanya share dengan korang semua. Ada beberapa peristiwa yang NAL sendiri baru tahu. Hopefully bermanfaat buat korang semua. Ingat, tingkatkan ibadah bukan tambahkan juadah. Salam Ramadhan semua.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Thursday, July 18, 2013

Kundasang Masih Lagi Dingin



NAL bersama rakan UMS


Sepanjang semester 2 yang lepas, NAL sibukkan diri untu menyertai pelbagai aktiviti. Pada mulanya, tujuan hanya untuk mendapatkan kolej pada semester depan. Tetapi selepas terpilih, ianya menjadi satu pengalaman yang cukup-cukup menarik. Sememangnya banyak tempat baru yang NAL kunjungi ketika terlibat dalam satu-satu aktiviti.

Peluang untuk ke Kundasang memang NAL tak lepaskan. Sebenarnya, ini adalah Program diantara UniSZA dan Kolej Kediaman E UMS. Alhamdulillah, NAL terpilih untuk menjadi ajk bahagian Protokol. Maka, berpeluanglah untuk pergi ke Kundasang. Sememangnya tempat ini sangat sejuk jika nak dibandingkan dengan Cameron Highlands. Memang sesuailah Negeri Sabah diberi gelaran negeri di bawah bayu.


Dairy Farm


Antara tempat yang sempat dikunjungi ialah Desa Dairy Farm, Kinabalu Park Complex, Kinabalu Summit Trail, Strawberry Farm dan lain-lain. Korang kena datang sini kalau berada di Sabah. Insha Allah, NAL akan mengunjungi lagi Kundasang ini.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Sunday, July 14, 2013

Akhirnya Setelah Beberapa Ketika


sumber : google

Akhirnya, dapat juga kemas kini blog. Dah beberapa bulan NAL pasif dengan dunia blog ni dan alhamdulillah malam ni tergerak hati untuk menjenguk dunia ni. Korang sedia maklum kan dengan tahap kebizian NAL dalam entri lepas - asal NAL ? Kau ingat ramai kenal kau ? hahaha...

Sekadar perkongsian dengan korang semua, sekarang ni NAL tengah cuti semester untuk Tahun 1 Sem 2. Bermakna, hanya berbaki 2 tahun (4 sem) sahaja lagi pengajian NAL di universiti tercinta, UMS dihatiku - promote tagline sikit.. huhu . NAL mengharapkan doa kalian sebagai sahabat blogger NAL. Terima kasih bagi yang selalu support NAL melalui mesej dan sebagainya.

Dalam kesempatan ini juga, NAL nak ucapkan SALAM RAMADHAN buat semua muslimin muslimat dunia BLOGGER ini. Semoga Ramadhan kali ini mendatangkan 100001 pengertian buat kalian. Harap-harap tak terlambat la ucapan ini.

Insha Allah, dalam beberapa ketika ini NAL akan BW blog korang. NAL pun akan mengemaskini sedikit demi sedikit blog ini. Mesti banyak pembaharuan yang berlaku dalam blog korang kan. Tak sabaq nak tengok blog hampa semua. Tunggu chek pi blog hampa na !

#Follow NAL di Instagram : @incikmizan ..

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...