NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Tuesday, May 28, 2013

Minggu Terakhir Sebelum Final

sumber : google

Sekarang dah masuk minggu terakhir pembelajaran. Minggu hadapan akan bermulalah Peperiksaan Akhir untuk Semester 2. NAL sangat gementar sebenarnya memikirkan tentang exam yang bakal menjelma. Nak tahu kenapa? Study week semester ini tak sampai seminggu pun, lebih kurang dalam 4 hari sahaja.

Kalau korang nak tahu juga, exam kali ni berturutan. Takder langsung masa senggang. Walaupun excited nak balik kampung, tetapi stress juga kalau terus memikirkan hal ini. Apa pun harap dapat buat sehabis baik.

#Lepas ni boleh la buka blog selalu.. Insha Allah. 

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Tuesday, May 14, 2013

Fasa Baru Dalam Hidupku


12 Mei


Tanggal 12 Mei lepas adalah Hari Lahir NAL. Sangat teruja sebenarnya apabila menjelang ulang tahun kelahiran sebenarnya. Ni bermakna NAL telah pun masuk ke fasa baru, iaitu 21 Tahun. Tak sangka, begitu sekejap masa berlalu. Sudah dekat dengan alam dewasa.

#Thank You So Much !

Apa yang membuat NAL lagi excited dengan 12 Mei ialah Hari Ibu. Sangat diri ini merindui family di Langkawi. Walau apa pun, NAL perlu berusaha di UMS ni. Semua ni hanyalah untuk family dan diri NAL sendiri. Moga NAL dapat membantu dan membalas jasa ibu bapa dan keluarga.

Satu lagi event 12 Mei ialah Hari Jururawat. Apa kaitan? Akak sulung NAL merupakan seorang jururawat. Moga beliau terus berjaya dengan bidang Kejururawatannya.

13 Mei

Bukanlah peristiwa 13 Mei yang NAL nak sentuh. Tanggal 13 Mei lepas merupakan ulang tahun kelahiran adik NAL. Birthday kami berdua dekat sangat. hehe. Beliau kini berusia 15 tahun. All the best in your PMR brother !

#Story of MAY ! Doakan NAL untuk final exam nanti ya (5 Jun - 14 Jun)  :D

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Saturday, May 11, 2013

The Cup Song


Bukan lagu cawan la. NAL nak share dengan korang video daripada kawan kepada kawan NAL di UMS. Ha, panjang kan? NAL sangat kagum dengan beliau ni. Kalau mampu dah lama NAL buat video ni. Tapi..

Kalau korang pernah tonton Pitch Perfect, mesti korang tahu. Jom terjah video ni,



Sangat Terbaik bagi NAL. Macam mana, Korang mampu?

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Friday, May 10, 2013

Sayang Memang Sayang


nampak ?

Masa tengah usha-usha google mail, NAL ternampak satu emel yang belum diusha. Terus NAL teropong. Agak ngeri emel ni, " VIP INVITATION " kowt. Sayang memang sayang, tarikh event adalah besok dan ast submit maklumat diri petang nanti. Dengan diri NAL yang berada jauh di Kota Kinabalu ni, macam mana lah nak pergi kan? kalau ikutkan memang boleh kalau nak booking tiket flight dan sebagainya, TAPI assignment yang bertimbun ni takkan sempat siap kalau NAL join event ni. HEHEHE

Sayang memang sayang. Kalau tak memang boleh jumpa Aizat Amdan. NAL rasa korang pun dapat kan? Mungkin korang tak rasa perasaan NAL yang macam baru beberapa kali dapat invitation daripada nuffnang ni. Dah 3 event NAL lepaskan begitu sahaja. Apa-apa pun Thank You Nuffnang atas jemputan ni. Sangat dihargai.

#Sekian lama tak blogging. Maaf buat pemenang yang NAL taja. Nantikan hadiah korang !

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...