NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Thursday, February 28, 2013

Beautiful Creatures


sumber : google

Baru beberapa hari lepas NAL dan rakan menonton " Beautiful Creatures ". Jangkaan NAL tatkala melihat poster filem ni tersangatlah berbeza selepas menonton filem ni. Sememangnya, NAL sendiri tak dapat nak teka apa yang akan berlaku dalam babak seterusnya macam cerita lain.

Babak-babak magik yang ditonjolkan sangat bersesuaian apabila ditambah dengan aksi-aksi kelakar Hero filem ni. NAL sangat teruja dengan jalan penceritaan filem dari mula sampai habis. Sesuatu yang nampak biasa tetapi impaknya begitu baik sekali.

Antara bahagian yang NAL tak dapat lupakan adalah ketika si Hero berkunjung ke rumah si Heroin. Dari luar, rumahnya seakan-akan rumah drakula yang seram tetapi di dalamnya tiba-tiba ja seperti rumah agam dengan warna hitam dan putih. Kelakar bukan?

#Korang perlu tonton filem ni..

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Tuesday, February 26, 2013

Header Baru


mohon tengok jer :)

Nampak header baru tu? Haaa, jangan risau korang memang berada di blog NAL - ayat bajet ! hahaha. Dah lama sebenarnya, NAL nak buat header sebegini sebab selalu reka header letak muka sendiri. Alhamdulillah, masa cuti sem lepas NAL dapat siapkan jugak.

NAL ambil masa dalam 2 jam untuk siapkan header ni. Haaa, lama kan? NAL tak pro macam korang semua. Still dalam proses pembelajaran untuk buat header ni. Walau apapun, NAL sangat berpuas hati.

#Apa kata korang tentang header tu ?

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Thursday, February 21, 2013

Jadual Kelas


sumber : google

Alhamdulillah, perjalanan NAL dari Langkawi ke UMS selamat. Seperti biasa, minggu pertama semua pelajar akan sibuk untuk mendaftar kursus. Alhamdulillah sekali lagi, NAL dah pun siap menyusun jadual untuk semester ini.

Semester ni NAL ambil 8 paper. Jadual sangat-sangat pack. I'll try my best. Letih tu memang letih, tapi dah nama pun pelajar kan. Terpaksa la NAL harungi semua ini. Maaf sangat-sangat kalau NAL tak sempat atau jarang ke blog korang semua.

#Doakan NAL yer..

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Monday, February 18, 2013

Semester 2 Bermula !


sumber : google

Hari ni NAL bakal berangkat pulang ke Universiti Malaysia Sabah. Semester 2 akan bermula. NAL dah mula rasa homesick. Cuti sem 1 rasa sekejap sangat even tempohnya satu bulan. Flight dari Langkawi ke KL pada jam 1.55 petang dan KL ke KK pada jam 7.25 petang.

Berat hati nak tinggalkan Langkawi ni. Apa-apa pun, perjalanan perlu diteruskan. Dengan keputusan semester 1 yang boleh la, NAL perlu lebih berusaha. Bersyukur sangat dengan keputusan semester 1.

#Tak dapat nak aktif berblogging dah ! Kalau ada masa NAL lawat korang semua..

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Saturday, February 16, 2013

Setia Hujung Nyawa | Gambaran Korang ?


sumber : facebook

Satu lagi drama adaptasi novel yang menjadi fenomena di Malaysia, iaitu " Setia Hujung Nyawa ". NAL tak tahu apa kelainan drama ni sebab tak ikut daripada mula. NAL hanya sempat menonton 3 episod terakhir. Sangat boleh dikatakan yang mereka berdua serasi.

Bijak pengarah memilih hero dan heroin drama ni sebab bagi NAL, mereka berdua memang kena dengan watak dan perwatakan cerita. 

#Boleh korang gambarkan drama ni dengan 3 perkataan ?

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Masterchef ker ?


Kali ni NAL nak share dengan korang 2 dessert yang NAL sendiri buat. Sememangnya memasak itu mudah dan menyeronokan. Tak ? Ikut minat jugak rasanya.

puding roti marble..

kek batik..

Resepi menu ni senior NAL yang kasi sem lepas. Memang dia jugak yang memberi tunjuk ajar dalam Debat di UMS. Thanks akak.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Friday, February 15, 2013

Terbakar


sumber : google

Fire ! Fire ! Fire ! Ni la tragedi yang kerap berlaku di Langkawi ketika ini. Bukan nak takutkan korang atau tak  nak kasi korang datang Langkawi ! NAL nak berkongsi situasi di sini sekarang.

Ketika ini, Langkawi mengalami musim timur - iaitu, panas dan berangin. Korang faham-faham je la, bile panas rumput dan tanah semua kering. keadaan inilah yang mencetus kebakaran. Walaupun dengan hanya putung rokok.

Tempat korang ?

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Wednesday, February 13, 2013

Big Giveaway by Cikgu Fizi, Fizgraphic, EmasPutih, Duniashida & AimanCool




Wei, dengaq sini semua ! Ada Big GiveAway ni !!

ha ?? Isk, tepi la sikit. Aku nak taw jugak..

Big GiveAway ? Awatnya ?

ha...ha...ha...ang boleh tanya pulak ? Mesti la gempak !

owh, maaf..maaf..teqha mana sangat wei ?

hadiah lebih daqhi 300 ringgit kowt..!!!
40 lebih hadiah untuk kita semua qhebut ang taw dak !

woooo...tu diaa, sakannya ! memang gempak ni !

nak join ? JOM la..

macam susah ja nak menang ? mesti qhamai yang join..

ha, tu la..susah kot nak menang..

kalau ada rezeki menang la. Sapa taw kan ?

kalau lagu tu, aku join lah!

aku dah ! Hampa la pulak naa..

ala..cepatnya ang join..
tunggu aku !!!


apa-apa je la. Jangan lupa join taw.
cepat...cepat...Bye !

#Harap-harap ada peluang untuk menang. NAL tag kamu : HarithCTK | Eyqa | SKL .

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Monday, February 11, 2013

Shila Amzah - Pesanan Buat Semua


sumber : youtube.com

NAL sangat tersentuh dengan rakaman ini. Sebagai seorang manusia, kita sendiri boleh rasa tekanan dan ujian yang menimpa Shila Amzah. Korang semua tahu kan, Shila merupakan seseorang yang NAL kagumi.

Tak boleh nak cakap banyak sebab hanya Allah SWT yang tahu akan segala yang berlaku. Moga-moga Shila dapat hadapi ujian dan dugaan-Nya dengan tabah dan kuat. Amin.

#Allah SWT berikan ujian dan dugaan kepada hamba-Nya yang disayangi !

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

SEGMEN BAGI PI - WWW.PENBIRU.COM


klik banner untuk join..

mai Langkawi borong mangkuk,
singgah sat kat Tanjun Ru,
jom semua pakat masuk,
segmen BAGI PI oleh Pen Biru.

kena buat entri dulu,
kena tempek banner juga,
tak join rugi wa cakap lu,
hadiah banyak tak terkira harga.

nak habaq apa yang NAL tahu,
pasal pemilik atau blog penbiru,
NAL bagi taw yang NAL tahu dulu,
blog penbiru ofcoz la ada warna biru.

NAL agak pemilik asal kedah,
ada dua org anak anak yang kiut gitu,
NAL pun orang kedah,
Salam perkenalan la dulu.

blog penbiru NAL baru jumpa,
dah tahu baru nak godek baca,
jahitan manik mungkin pemiliknya suka,
selalu berkongsi dengan pembaca.

#Sebelum NAL melalut panjang baik berhentik setakat ini. Kalau korang nak join dan tahu hadiahnya apa, klik banner kat atas atau >>> Tekan Sini <<< !

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Sunday, February 10, 2013

Tarikan Terbaru di Langkawi

Dah lama rasanya NAL tak share tentang Langkawi. Hampir 5 bulan tak berada disini memang membuatkan NAL terkejut dengan pembaharuan yang berlaku. Kali ni, NAL nak tampilkan tarikan terbaru di Langkawi.

Chenang Mall kini menjadi tarikan pelancong dari dalam mahupun luar negara. CM sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah Pantai Chenang dan berhadapan jalan utama. Terdapat pelbagai premis perniagaan antaranya Old Town, Starbuck, KFC, The Loaf, Maybank, Wakaba Japanese Restaurant, Fipper, CoolBlog, Factory Outlet dan banyak lagi.

Paling OHSEM adalah pawagam 6D ! Terletak berdekatan dengan Cable Car. NAL akan ke sana juga sebelum balik ke UMS. Memang tak sabar nak rasi sendiri pengalaman 6D ni.
#jangan lupa singgah di Chenang Mall dan pawagam 6D !

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Saturday, February 09, 2013

Jawapan Segmen : Apa itu ?

Ramai yang meneka burger. Tapi, itu bukan jawapan yang sebenar. Tak sangka ada jugak yang meneka dengan betul. Sebelum NAL tunjuk gambar sebenar, meh kita tengok dulu klu yang NAL kasi.

  • Makanan - sejenis makanan barat
  • Kucing belang - Garfield (makanan kegemaran watak kartun ni)

Jawapan : Lasagna

Peneka terpantas dan tepat : C.T.K

#Mohon pemenang pm NAL di facebook !

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Thursday, February 07, 2013

Segmen : Apa itu ?



Klu - makanan dan kucing belang

Sesiapa sahaja boleh join. Korang hanya perlu,
  • Tinggalkan jawapan dalam ruangan komen
  • Tak perlu buat entri
  • Boleh teka banyak kali tapi mesti dalam komen yang berbeza
  • Tarikh tutup adalah tepat jam 12.00 malam ( Khamis, 7 Feb ) ni
#Ada TOP UP untuk peneka terpantas dan tepat ! Kalau ramai yang join, hadiah bertambah !

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Wednesday, February 06, 2013

Wordless Wednesday #24

sumber : google

#Which one are you ? Kongsi-kongsikan...

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Tuesday, February 05, 2013

Today's Quote #8


sumber : google.com

   Don’t say that you could produce good idea
when your mood isn’t good at all   

#Maaf tak dapat bw, internet slow...

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Saturday, February 02, 2013

Fenomena



Kisah mereka memang menjadi perhatian ramai. Daripada gambar diatas pun korang boleh tengok sendiri, berapa ramai yang search tentang mereka. Bagi yang terlepas membaca entry pandangan NAL terhadap isu ni, korang boleh usha sini >>>>SiNi<<<<

Kalau korang ada post tentang isu ni jugak, tinggalkan link yer. Boleh NAL terjah !
Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Friday, February 01, 2013

Segmen Blogger i2 Sahabat ku


klik banner untuk sertai...

Dah lama NAL tak join apa-apa segmen, contest mahupun GA. Jadi, NAL ambil peluang ni untuk join segmen ni. Diilhamkan oleh Blogger Rahmad. Ni merupakan segmen pertama yang NAL join untuk tahun 2013.

Salam Kenalan kepada rakan-rakan baru. Ni ringkasan tentang diri NAL,
  • dikenali sebagai NAL
  • dibesarkan di Langkawi
  • pelajar Psikologi di UMS
  • fan of Shila Amzah dan One Direction
Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...