NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Thursday, January 31, 2013

Memberi dan Menerima


sumber : Google

Ada dua perkataan yang sukar dilafazkan iaitu, Maaf dan Terima kasih. NAL yakin inilah antara perkataan yang sukar untuk manusia sebut atau ucapkan.

Tajuk hari ni , " memberi dan menerima " memang berkait rapat dengan dua perkataan di atas. korang pun boleh kaitkan sendiri kan? Orang memberi maaf, kita terima la sebaiknya. Sama juga dengan terima kasih. Paling penting adalah penerimaan kita terhadap perkara tersebut.

Ni nasihat seorang rakan yang NAL rasa ada perkaitan dengan memberi dan menerima,

" Jangan lari daripada masalah!
Cuba selesaikan dengan cara yang terbaik, even dia tak memaafkan kita
sekurang-kurangnya kita dah berusaha untuk berbaik dan
berdoa agar dia dapat menerima kita semula "

p/s : beri dan terimalah !

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Wednesday, January 30, 2013

Langkawi Hari Ini


sumber : Anas 

Kelmarin, NAL berpicnic bersama rakan-rakan Tingkatan 6.  Sememangnya sangat panas terik. tempat korang ?

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Something Different

Selalu kalau masuk je public toilet, memang macam-macam tulisan dan perkataan yang diconteng kat pintu. Korang pun tahu kan? Tak perlu la NAL nak cerita panjang bab tu.
Baru-baru ni, NAL masuk satu public toilet di shopping mall. Kat pintu toilet, takder pulak contengan yang kotor tapi yang ada hanya kata-kata dalam gambar di atas. Tu je nak bagi taw !
Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Tuesday, January 29, 2013

Psikologi #2 : Uji Minda


sumber : facebook

NAL teringin nak selami personaliti korang semua. Ape guna ambil Psikologi kalau NAL tak cuba test korang kan. Korang semua hanya perlu jawab soalan ni,

" Tulis satu perkataan
untuk gambarkan lukisan di atas "

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Saturday, January 26, 2013

Ceritera Cinta

Permulaan kehidupan NAL dengan telefon bimbit...

Mula-mula NAL dapat merasai guna phone adalah ketika Tingkatan 3. Masa tu tak ramai pun yang ada phone. Ni ha - korang mesti guna yang lagi canggih kan?..
#1st..

Then, NAL guna pulak phone ni. Nokia jugak. Yang ni masa selepas PMR. Ambil yang akak NAL punya sebab dia beli baru. Syok jugak sebab ada lampu-lampu kiri dan kanan !!

 
#2nd..

Ketika form 4, NAL guna Nokia classic ni pulak. Yang ni tak sure best tang mana. Main guna jer. Yang ni jarang dah nak letak-letak lagu. Just guna untuk main game, call and text ja.

#3rd..

Masa NAL Tingkatan 4 jugak Akak NAL kasi phone ni pulak. Yang ni best sebab Xpress Music. NAL memang suka layan lagu. Masa ni, ramai jugak kawan NAL yang guna phone yang sama. Warnanya sangat unik..

#4th..

Penghujung 2008, NAL ada pergi Program Citra IKBN (kem). On the way, balik ke Langkawi tiba-tiba phone NAL hilang atas feri. Tak sure lak jatuh atau diambil orang. Memang cuak giler la time tu..

#5th..

Setelah beberapa bulan tak guna phone, ayah NAL belikan pulak telefon ni. Yang ni atas permintaan sendiri masa form 5. NAL memang suka Xpress Music yang ni sebab banyak sangat function nyer. NAL guna sampai masuk UMS. Di sebabkan oleh incident yang tak sengaja, NAL beli telefon ni. Lepas seminggu guna, baru tahu yang Xpress Music tu tak rosak. Menyesal pun ada sebab NAL target phone lain.. hahaha

#6th..

Tak kisah la kalau sekarang ni banyak telefon canggih. Dapat guna yang ni pun NAL syukur sangat-sangat. Kalau ikutkan hati, siapa yang tak nak guna phone canggih kan. Tunggu keja nanti baru beli. Apa-apa pun, guna NOKIA puas hati... !

#Korang mesti ada kisah tersendiri kan...kongsi-kongsi la sikit !

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Friday, January 25, 2013

Juvana


sumber : google

Petang tadi, NAL menonton wayang dengan rakan-rakan. Lama tak kuar dan jalan-jalan sekali. Juvana la pilihan semua. Juvana kali ni sangat memberi impak. NAL sangat menghayati dari mula sampailah habis.

Permulaannya, penuh dengan babak-babak yang sangat menimbulkan persoalan. Dan seperti yang NAL agak, penghujung cerita ni sangat sedih. Itulah bahagian yang NAL sangat suka. NAL secara peribadinya sangat sukakan lakonan Zahiril Adzim, Sharnaaz, Johan Asari dan Shafie Naswip.

Perwatakan Zahiril Adzim yang bersahaja memang sangat natural. Baik sangat. Sharnaaz tak menghampakan dengan perwatakan beliau yang sangat taiko. Nampak benar yang beliau seorang yang panas baran. Johan Asari sangat menonjol apabila berlaku perubahan sikap beliau dalam filem ni. Memang tacing babak beliau insaf. Akhir sekali, Shafie Naswip. Walaupun babak beliau sekejap saja tetapi sangat menjiwai. Korang boleh nampak aksi-aksi gansterisme yang beliau bawakan. Ohsem sangat !

Mesej moral memang banyak. Itulah realiti yang ditonjolkan pengarah. Korang memang kena tonton filem ni.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Datang Awal


sumber : images.google.com

Rasulullah bersabda:

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

#Jom Solat Jumaat !

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Monday, January 21, 2013

Psikologi #1 : Perjalanan dalam PSIKOLOGI

#psy.chol.o.gy

Segalanya bermula di sini..
Minat dalam bidang ni muncul ketika aku berada di Tingkatan 2. Ketika itu, hati ini ingin sangat untuk menjadi seorang ahli Psychiatrist. Dek kerana berminat untuk mengkaji pesakit mental. Namun, impian dan cita-cita itu berubah sehinggalah masukki ke Tingkatan 6..

dan...
Impian dan cita-cita itu kembali tatkala diberi peluang oleh Allah SWT untuk sambung pengajian Ijazah Sarjana Muda. Hari itu, aku dengan terkejutnya melihat terpampang perkataan ' Psikologi Industri dan Organisasi ' di Universiti Malaysia Sabah. Hatiku mula gelisah akan perjalanan kehidupan di negeri orang..

#Symbol of psychology..

bermulalah lembaran baru...
Minggu pertama kuliah membuatkan ku begitu keliru dan binggung tentang dunia psikologi. Ianya penuh dengan terma dan situasi yang penuh dengan persoalan. Timbul di dalam benakku, " Adakah aku salah memasuki bidang ini? ", " Adakah aku mampu berjaya jika terus dengan bidang ini? "..

wahai rakanku...
Kehadiran kalian sangat bermakna dalam hidup ini. Kita bersusah dan senang bersama-sama. Segala dugaan dan cabaran dunia psikologi kita lalui dengan tabah. Teringat akan setiap kata-kata ibu dan ayah, " belajar rajin-rajin ", moga kita mampu mengubah dan membantu keluarga tercinta..

#Neurotransmitters..

semalam...
Kalian bersamaku. Kita menghabiskan masa bersama dengan berbicara dan bercerita demi peperiksaan akhir sem ini. Penat lelah kita biarkan hanya untuk memahami bait-bait psikologi. Kesusahan dan kepayahan kita rasai, namun ianya diselitkan dengan gelak ketawa bersama-sama..


kini...
Sedar atau tidak, sudah habis satu semester. Masih berbaki 5 semester untuk kita peroleh segulung ijazah. Suatu saat pasti kita akan merindui segalanya. Harapan ibu dan ayah sentiasa di bawa bersama..

#suatu hari nanti...

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Sunday, January 20, 2013

Welcome


Langkawi..

" Welcome to Langkawi International Airport ", itulah kata-kata yang NAL dengar apabila flight mendarat di Langkawi...

Yeah !!
Akhirnya dapat juga jejakan kaki di bumi Langkawi setelah hampir 5 bulan berada di Universiti Malaysia Sabah. Excited tak terkata. Turun je daripada flight NAL dan rakan terus menjerit " Langkawi, Langkawi !!! "

Kota Kinabalu..

Alhamdulillah, perjalanan 1 hari dari Sabah ke Kedah. Gembira tak terkata. Flight dari Terminal 2 KK ke LCCT, then dari LCCT ke Langkawi. Lepas rindu dengan family.

Tamat sudah sem 1. Dalam masa yang sama, teringat rakan-rakan di UMS yang belum pulang. Bha, rindu kamuorang. Jumpa kita sem 2 nanti - nampak macam Sabahan tak? haha**

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Wednesday, January 16, 2013

Miss Sharifah Zohra Jabeen VS Miss Bavani


sumber : youtube.com

Ni juga merupakan isu semasa realiti keadaan negara kita. Sememangnya mencetus fenomena baru dalam kalangan siswa siswi Malaysia. NAL pernah juga menyertai program besar seperti ini di UMS tetapi tak la sampai mencetuskan perbalahan sebegini.

NAL nak bercakap selaku seorang pendebat dan juga siswa, tindakan ataupun perucapan Miss Bavani sememangnya tidak langsung bermasalah. Maknanya beliau langsung tidak melakukan kesalahan. Beliau hanya wakil kepada mahasiswa Malaysia untuk bercakap mengenai isu PTPTN.

Kedua, dalam pada kita ingin orang lain mendengar kita, kita sepatutnya mendengar orang dahulu. Tanpa rasa bersalah, terus menarik mikrofon dan minta perhatian orang. Miss Sharifah Zohra Jabeen sendiri bercakap tentang hormat - yang ada jurang antara usia dan taraf pendidikan. Namun, korang semua perasan atau tidak, beliau langsung tidak menunjukan sikap seperti yang diperkatakan.

Tak dinafikan manusia rakus seperti yang diperkatakan oleh Miss Sharifah Zohra Jabeen, dan kelihatan jelas dalam perbuatan dan percakapan beliau ketika situasi ini. Beliau langsung tidak benarkan Miss Bavani habiskan soalan. Terkaku pulak panel diatas pentas.

Apa pandangan korang ? NAL rasa sesiapa yang tengok video ni pasti boleh membuat kesimpulan.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Monday, January 14, 2013

2 0 1 3


Happy New Year !
Korang jangan rasa pelik pulak yer. Tak salahkan nak ucap Tahun Baru 2013, walaupun NAL tahu dah sangat-sangat lambat.

Mana taknyer,
...orang sambut tahun baru dengan makan-makan bersama keluarga, lepak-lepak bersama teman, tengok konsert and bunga api berbagai but NAL sambut tahun baru dengan buku, study and persiapan nak hadapi final...

Kursus course NAL " Psikologi Industri dan Organisasi " adalah antara yang terawal. Sangat menggigil. Apa-apa pun, sekarang tinggal lagi 4 paper jer. Alhamdulillah. Korang please doakan kejayaan NAL yer :)

NAL tak pernah pun berkongsi dengan korang lagi kan pasal roomate NAL, pasal kawan-kawan NAL dan paling penting pasal skop course. Insha Allah, next post akan menceritakan segalanya. Pasti korang nak tahu kan siapa wanita yang membuka pintu hati NAL ? Tunggu je entry seterusnya.

p/s : Dapat juga luangkan masa bersama blog !

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...