NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Sunday, September 23, 2012

Suatu Rasa Baru

Alhamdulillah, NAL sudah pun dapat menyesuaikan diri di Sabah. Terasa macam Sabah ni tanah air ku jak. Perasaan ini merupakan suatu rasa baru dalam kehidupan NAL. Homesick sudah pun berkurangan tatkala NAL dapat bergaul mesra dengan rakan-rakan disini. Memang enjoy sangat.

Untuk pengetahuan korang, NAL memberanikan diri untuk menyertai Kelab Seni Orator untuk Kolej Kediaman NAL dan juga Kelab Debat Bahasa Melayu, Universiti Malaysia Sabah. Kedua-dua kelab ini ada persamaan, namun skop Seni Orator lebih meluas dimana tidak hanya tertumpu kepada debat sahaja.

kejuaraan senior. NAL dan rakan-rakan pulak gementar
untuk pertahankan kemenangan lalu..
*merekalah tenaga pengajar kitaorang sekarang ni..

NAL juga akan mewakili Kolej Kediaman dalam Debat Piala Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, insha Allah. Mula-mula memang stress dan rasa nak tarik diri sebab formatnya jauh berbeza dengan Bahas Ala Parlimen ketika sekolah dulu. Doakan kejayaan NAL yer !  =)

Dalam pada masa yang sama, NAL menjadi Exco Publisiti di bawah Majlis Eksekutif dalam Kelab Seni Orator. Memang tak jangka dapat sertai organisasi ni. Insha Allah, NAL akan cuba sedaya upaya menjalankan tugas dengan baik.

keluasan UMS

Ada suatu berita gembira. Berat badan NAL pun dah turun. Korang tak percaya? Tanya lah SKL pasal ni. >> Si Kiut Lavender << .Benda ni memang sudah dijangka memandangkan banyak berjalan kaki. Suka sangat bila berat turun. Itu je setakat malam ni.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Friday, September 14, 2012

MAGGI ibarat PASTA

 
 
 
 
Ha! Maggi ibarat pasta. Korang faham? fikir-fikirkan..
 
Bila dah bergelar mahasisiwa ni, maggi pun dah sesedap pasta - hahaha. Kadang-kadang tu boring jugak makan makanan yang dijual di cafe sebab setiap hari lauk sama ja. Stok maggi NAL memang banyak. Bukan apa, sekadar persediaan je.
 
Apa-apa pun, NAL mohon maaf sebab tak sempat nak singgah dan komen blog korang. Insha Allah, cuti nanti NAL usahakan juga. Rindu jugak nak singgah blog korang. Till then. 
 
Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Friday, September 07, 2012

Bermulanya Kehidupan Sebagai Mahasiswa UMS


Apa khabar semua. Dah lama NAL tinggalkan blog. Dah bersawang pun. Terima kasih pada korang yang sudi jenguk-jengukkan blog NAL, walaupun NAL dah lama tak update. Untuk pengetahuan korang, hari ni dah masuk hari ke-6 NAL berada di Universiti Malaysia Sabah.

Minggu Suai Mesra (orentasi) telah pun ditutup semalam. Penutupan yang begitu baik kerana persembahan teater muzikal "Janji Ditepati". Teater yang menggabungkan kesenian dan kebudayaan malaysia VS Gangam Style Korea. Begitu menyentuh jiwa apabila pembesar dapat menunaikan janji kepada rakyat. Akhirnya, Malaysia merdeka!

Untuk pengetahuan korang juga, NAL sempat merasa makanan yang tiada di Langkawi. Misalnya, keenakkan "bontot ayam" bakar memang menyentuh deria rasa. Kehidupan di kampus belum lagi NAL rasa sebab kelas akan bermula pada hari isnin ni. Sehingga berjumpa lagi.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...