NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Monday, August 27, 2012

Persiapan demi Persiapan



NAL mungkin akan mendiamkan diri buat beberapa bulan. Mohon korang tolong buang semua sawang yang memenuhi blog NAL nanti. Sekarang memang kena rush sebab tinggal lagi 4 hari je NAL berada di Langkawi. Semua persediaan nak ke UMS perlu diselesaikan. Memang pening sangat sebab macam-macam hal kena buat. Terima kasih buat korang yang sudi singgah/jenguk blog usang NAL ni.

Alhamdulillah, semua hal berkaitan online dah pun selesai. Tinggal nak sahkan segala salinan dokumen penting dan barang-barang keperluan harian. NAL ingatkan cukup satu bagasi. Barang banyak lagi nak bawak tapi bagasi dah penuh. Terpaksa la bawa dua bagasi. Dalam pada masa yang sama, NAL nak juga luangkan sehari bersama rakan-rakan disini. Lepas ni mungkin dah susah nak jumpa.

Sedih rasa hati bila kena tinggalkan PULAU LANGKAWI ni. Memang jarang sangat NAL nak kuar dari Langkawi. Sekali dapat sambung study, tudiaa SABAH pulak yang NAL dapat. Memang hujung peta ke hujung peta MALAYSIA la macam ni. NAL pun berharap sangat kehidupan di SABAH nanti okay. Risau juga, ye la tempat orang kan.

p/s : DOAKAN PERJALANAN NAL. MAAF SEBAB TAK DAPAT SINGGAH BLOG KORANG. INSHA ALLAH ADA MASA NAL UPDATE BLOG TETAPI MUNGKIN LAMBAT LAGI LA. SEHINGGA BERTEMU LAGI.
Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Di kesempatan ini, NAL nak mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua rakan-rakan blogger. Mohon maaf zahir batin, kalau-kalau ada salah dan silap sepanjang korang melawat blog NAL.

klik untuk tumbesaran..

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Thursday, August 16, 2012

Kad Raya


NAL nak ucapkan ucapan terima kasih buat kalian yang mendoakan kesihatan NAL. Badan NAL masih lagi panas walaupun bintik-bintik campak dah pun berkurangan tapi still sakit kepala. Tepikan dulu masalah tu, NAL nak share dengan korang beberapa kad raya yang NAL dapat tahun ni daripada rakan-rakan blogger. Kenangan juga ni sebab sebelum ni memang tak pernah dapat lagi kad raya daripada rakan-rakan blogger. Jom tegok.


Kad raya yang pertama sampai ke bumi langkawi ni adalah daripada abang Eqbal Zack. Pemilik www.eqbalzack.com. Terima kasih abang Eq !


Ni pulak kad raya kedua yang sampai ke tangan NAL. Kad ni datang daripada kak Tihara. Pemilik blog herba-tihara.blogspot.com. Terima kasih banyak akak.


Ni pulak kad raya daripada rakan blogger KorN. Pemilik blog arjunapopkorn.blogspot.com. Ape yang NAL boleh cakap, tulisan KorN memang cantik. Terima kasih KorN.


Yang ni pula datang daripada rakan blogger Mk Syahir. President group APAKAH dan pemilik blog mksyahir.blogspot.com. Terima Kasih banyak Mk. Memang colourful tulisan beliau.

p/s : NAL harap sangat dapat beraya dengan keadaan kesihatan yang baik. AMIN.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Saturday, August 11, 2012

Demam Campak


Dalam kesibukan yang melanda diri, NAL pulak terkena jangkitan demam campak. Kelmarin satu hari badan NAL panas dan NAL sakit kepala. Semalam baru mak NAL cakap yang NAL kena demam campak kecil. Besar-besar pun masih lagi demam campak. Sabar je la.

Memandangkan tak sihat, hari ni dah masuk 2 hari NAL tak dapat berpuasa. Rasa memang rugi sangat-sangat sebab tak dapat nak penuhkan puasa tahun ni. Apa-apa pun lepas raya ni kena la bayar balik puasa ni.

Alhamdulillah, hari ni panas badan turun sikit. Sebab tu la dapat update. Tapi bintik-bintik kecil masih penuh dibadan. Nasib la tak naik sampai ke muka. Doakan NAL supaya cepat-cepat sembuh.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Friday, August 10, 2012

Sibuk


Hampir 2 hari NAL tak update blog. Actually bukan tak nak update tapi sibuk dengan urusan untuk sambung study. Alhamdulillah, NAL dah selesaikan yuran pendaftaran UMS. Benda-benda sampingan pun NAL dah beli. Tinggal barang-barang keperluan harian yang NAL belum beli.

Dalam masa yang sama, NAL perlu selesaikan pendaftaran PTPTN dan juga pendaftaran UMS secara online. Pendaftaran PTPTN akan ditutup pada 15 ogos ni dan pendaftaran UMS akan ditutup pada 24 ogos. Oleh tu, korang jangan hairan pulak kalau lepas ni blog NAL bersawang.

Hari ni, NAL dan keluarga buat pulak biskut Almond London dan juga Suci Dalam Debu. Dalam sibuk dengan urusan sambung study, urusan hari Raya AIdilfitri tak NAL lupakan. Pejam celik pejam celik, kita dah pun masuk ke 10 malam terakhir. Malam yang menjanjikan Lailatul Qadar iaitu satu malam yang baik berbanding 1000 malam. Sama-samalah kita berusaha agar sentiasa memperoleh keredhaan-Nya.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Wednesday, August 08, 2012

Shila Amzah Kini Berhijrah


Penyanyi Nur Shila Amir Hamzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah mengambil keputusan untuk berhijab. Beliau melihat bulan Ramadhan adalah satu medium terbaik baginya untuk memulakan penghijrahan ini. Nak tahu lebih lanjut korang just search kat google atau terus ke fan page Shila Amzah, key in Shylla dan terus LIKE.

bersama Sharnaaz ketika berbuka + shopping

manis bertudung..

Alhamdulillah, akhirnya penyanyi yang NAL sanat-sangat minati berhijrah. Tak kisah bertudung atau tidak, rezeki itu datang daripada Allah SWT. Insha Allah, rezeki kak Sha akan bertambah. Tak sia-sia NAL menempah vector Kak Sha bertudung.

vector rekaan Azza Art..

p/s : semoga terus beristiqamah dan NAL doakan yang terbaik buat beliau dan Sharnaaz Ahmad.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Tuesday, August 07, 2012

Cipta dialog kreatif - Guangzhou China


Kali ni NAL join pulak GIVE AWAY daripada blogger Ahmad Fauzi Aryaan. Hari ni merupakan hari last GA. Jadi sebelum GA ni melabuhkan tirainya, NAL ambil kesempatan ni untuk sertai. Hadiah sangat OHSEM kerana 10 peserta dengan dialog kreatif akan menerima barangan esklusif daripada beliau. Jom tengok dialog NAL.

klik untuk tumbesaran..

Setakat tu je kekreatifan NAL. Tak mampu dah nak kreatif diluar batasan. Korang nak join kat sini.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Monday, August 06, 2012

IFTAR with them


Alhamdulillah, hasrat NAL dan kawan-kawan untuk iftar bersama telah tercapai. Rasanya tak salahkan nak beriftar di luar dengan kawan-kawan. Memandangkan NAL akan berangkat ke Kota kinabalu, Sabah untuk pengajian seterusnya lepas hari raya nanti, ada baiknya kalau NAL dapat beriftar dengan mereka. Nanti semua dah sambung study, sure la susah nak jumpa.

Tak sangka la sebab planning benda ni pun just beberapa hari sebelumnya. Walaupun tak semua kawan-kawan Form 6 join tapi ni pun dah cukup menggembirakan. Insha Allah, NAL akan bersama mereka hari raya nanti. Konvoi moto ramai-ramai, ziarah rumah cikgu dan kengkawan yang lain.

Macam biasa la kan, bila ade event macam ni, memang tak lepaskan peluang bergambar. Walaupun orang sekeliling, tengok semacam je. Ek eleh, dok Langkawi pun nak ambik-ambik gambar kan! haha. Ni gambar kenangan la namanya. Kitaorang berbuka di sebuah restoran yang terletak di pekan Kuah. Lepas tu berangkat ke Langkawi Fair dan Billion Supermarket. Lepas cuci mata, gerak pulak ke Pekan Rabu and then ke Uptown Pekan Kuah. Lastly, ke Mc Donald Pantai Chenang.

@McD Chenang

@McD Chenang

@Billion, Langkawi Fair

@Billion, Langkawi Fair

@Pekan Rabu

@Uptown Pekan Kuah

@Uptown Pekan Kuah

p/s : Friends may come, and friends may leave. But they are our friends, and we will 
love them forever

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Sunday, August 05, 2012

Kuih Raya


Alhamdulillah, dah masuk hari ke-16 kita berpuasa. Memang rutin dalam keluarga NAL, bila masuk hari ke-15 puasa, kita akan buat kuih raya. Mak NAL tak suka sangat beli kuih raya sebab kadang-kadang tu rupa ja menawan TAPI bila rasa "indah khabar dari rupa". Memang setiap tahun kami sekeluarga akan membuat kuih raya.

Kalau tahun lepas, hampir 10 jenis yang kita buat. Tu tak termasuk lagi dengan kek dan kuih yang kakak NAL tempah. Untuk pengetahuan korang, kuih raya banyak tu sebenarnya tak banyak pun sebab rumah akan penuh dengan saudara mara dari pagi sampailah petang. Tak termasuk lagi dengan kawan-kawan kakak NAL dan kengkawan NAL sendiri.

Untuk tahun ni setakat semalam, kita dah siapkan 3 jenis kuih raya. Iaitu Tart Nenas Gulung, Biskut Sarang Semut dan juga Popia Mini Serunding Ikan - ada yg biasa & ada yg simpul. Jom usha gambar yang NAL cari dari google - gambar tak sempat nak capture sebab kuih dah disimpan :)

Tart Nenas Gulung, sumber : herneenazir.com

Biskut Sarang Semut, sumber : http://www.potretkasih.com

Popia Mini, sumber : http://www.asapdapur.com

Untuk pagi ni pulak, mak dan kakak NAL tengah buat Biskut Semperit. NAL pun tolong jugak sikit-sikit. Kalau biarkan NAL buat sorang-sorang takut tak jadik pulak kuihnya. hahahaa

p/s : kalau nak rasa, datang lah RAYA nanti...

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Saturday, August 04, 2012

Header Tajaan NAL #11


Alhamdulillah, akhirnya siap jugak 2 header terakhir bagi pemenang Segmen Ke-2 NAL : Edisi Ramadhan. Terima kasih banyak buat semua atas sokongan terhadap blog NAL. Untuk header kali ni, NAL rasa macam simple sangat sebab tak der apa-apa perubahan. Just macam header contoh. Idea ni makin lama makin hilang. Jom tengok,

Header milik asmar arafad..
  • Header bertemakan warna Merah hati.
  • Jom ke blog beliau kat sini.


Header milik Kak ja..
  • Header bertemakan warna Merah jambu
  • Jom singgah ke blog beliau kat sini


p/s : harap mereka sukakan header NAL ni. AMIN.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Friday, August 03, 2012

Jaga Pandangan Kita



Alhamdulillah, dah masuk ke pertengahan bulan Ramadhan. Perjalanan kita perlu diteruskan sehingga ke akhirnya. Nampak je lama lagi tapi hakikatnya, sekejap saja Hari Raya akan menjelma. Ini bermakna, bulan barakah ini akan pergi meninggalkan kita.

Jagalah pandangan kita. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga TETAPI melawan nafsu sama sekali. Bukan NAL cakap bulan-bulan lain tak payah jaga pandangan ! Tetapi lebihkan jaga pandangan ketika Ramadhan ni. Kalau tak, memang penat je puasa sebab tak jaga pandangan. Pahala puasa kurang taw.

Kepada lelaki sekalian, daripada pandangan kita saja nafsu seorang lelaki boleh membuat-buat. Korang faham kan maksud NAL ? Allah memerintahkan kaum muslimin untuk menundukkan pandangan ketika melihat lawan jenis. Allah SWT berfirman maksudnya,

"Katakanlah kepada laki–laki yang beriman : Hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan memelihara kemaluannya." (QS. An Nuur [24]: 30 )

Kepada wanita sekalian, jagalah auratmu. Bulan yang penuh barakah ini, sapa tahukan korang yang free hair mendapat hidayah apabila berhijab dalam bulan ini. Itu lah satu anugerah. Jaga juga pakaianmu. Kalau NAL ke bazaar Ramadhan, macam-macam trend yang boleh dilihat. Tambah-tambah kat Langkawi ni, susah nak beza foreigner dengan penduduk tempatan sebab PAKAIAN NAK SAMA ja. Firman Allah yang bermaksud,

" Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka " [TMQ An-Nur (24):31].

Apabila kedua-dua pihak melakukannya. Insha Allah, kita mencapai win win situation. Wanita tutup aurat dapat pahala, Lelaki menjaga mata juga dapat pahala. Kita mampu mengubah segalanya. Insha Allah.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...