NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Thursday, May 31, 2012

Tersangat WOW !






sumber : images.google.com

     Semalam masa tengah godek-godek Facebook, NAL terbaca beberapa satus kawan NAL yang boleh menyebabkan nose bleeding - adess, hahahaha. Kata-kata yang tersangatlah berfikir diluar kotak. Jadi tak salah la NAL nak share dengan korang pulak kan ?



betul kan?


any idea?



Obses atau fanatik? Tak kisah la korang nak minat mana-mana artis pun sebab tu hak korang. Sekadar perkongsian bersama. Kalau nak letak pun, ikut suke korang la - haha

credit to : Anas

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Buah ke Sayur ?



NAL pasti lah korang semua mesti tahu gambar ape tu. Pada pendapat korang, ianya Buah ke Sayur? Alasan?

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Wednesday, May 30, 2012

Today's Quote #5



" I choose to have faith, because without that, I have nothing. It's the only thing that's keeping me going "


Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Wordless Wednesday #14


NAL tersangat lah speechless bila tengok menu makanan di sebuah restoran. Ni kali pertama datang restoran ni. Jom tengok sama-sama.

Tangkapan Dari Samudera Ikan

Didihan Semasa & Keringat Pak Tani

Makanan Berasaskan Gandum, Beras & Sagu

Apa pendapat korang? Maaf sebab gambar kurang jelas.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Tuesday, May 29, 2012

Temuduga oh Temuduga


gambar pintu masuk UUM yang NAL upload dalam facebook.

Pada khamis lalu (24 Mei) NAL telah menghadiri satu temuduga untuk ISM Pendidikan. Nasib juga sebab prepare macam-macam benda. Terima Kasih buat rakan-rakan NAL yang sudi membantu. Memang ketaq sangat masa nak ke UUM tu.

Terdapat 3 panel dalam bilik temuduga. Seorang untuk ujian mata dan 2 orang lagi menanyakan soalan. Tak sangka kena speaking kat dalam tu. Alhamdulillah, tajuk speaking NAL diberi peluang untuk pilih sendiri. Soalan lain adalah berdasarkan kos yang NAL apply.

Dalam masa yang sama, NAL dapat beberapa rakan baru sekitar Kedah. Diaorang memang ramah. Insha Allah, kalau dapat ISM Pendidikan ni NAL akan berjumpa dengan mereka lagi.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Friday, May 25, 2012

Rehat Jap..


Alhamdulillah, NAL baru je sampai di Langkawi. Sekrang ni masih lagi pening-pening, mungkin sebab ombak masa naik feri tadi. Sememangnya banyak pengalaman yang NAL dapat semasa sesi temuduga ISM Pendidikan kelmarin di Universiti Utara Malaysia (UUM). NAL akan update nanti. 

Jom usha iklan sebentar. Kalau rajin klik la ye ^^





Nak rehat sekejap. Penat pulak.

Tuesday, May 22, 2012

Berdiam Seketika


hobi ketika boring...

Seperti yang korang semua tahu, NAL akan ke temuduga untuk Ijazah Sarjana Muda Pendidikan pada 24 Mei (khamis). NAL akan ke sana petang besok. Bukan apa takut sesak je. Susahkan stay Langkawi. Kalau nak ke sebelah sana (kedah) perlu naik feri. So, better NAL pergi awal.

NAL akan berdiam seketika. Insha Allah, NAL akan kembali terjah blog dan entri korang semua pada hari Jumaat. Jangan lupa untuk terus lawat blog NAL, takut bersawang pulak nanti. Paling penting, NAL mohon jasa baik korang untuk mendoakan yang terbaik buat NAL untuk interview nanti. Chek ketaq tak sangga ni.

Jumpa nanti...
Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Monday, May 21, 2012

Selamat Hari Ibu : Makan Malam Amal



Pada 18 Mei lalu, berlangsung Majlis Makan Malam Amal bersempena Sambutan Hari Ibu di De Baron Resort Langkawi. Dijayakan oleh satu badan NGO iaitu NISA' Langkawi. NAL, ibu dan juga kakak NAL turut menghadiri majlis tersebut. Mula-mula nak pergi sekeluarga tapi memandangkan yang lainnya kerja jadi kami bertiga je la.

Penyanyi Aishah turut dijemput untuk membuat persembahan. Ye la kan, Aishah agak popular dengan lagu sempena hari ibu. NAL pun lupa tajuk lagunya. Memang best la malam tu. Tambah-tambah door gift yang diberi. Memang sedaap. Jom terjah gambar di bawah.

ketika dalam Dewan..

sesak...

ramai juga orang..

meja kitaorang jauh dari pentas..

Ingatkan tak ramai yang datang. Padahal, penuh pulak ballroom ni. Memandangkan Langkawi ni tak besar mana, memang ada juga la orang yang NAL kenal datang makan malam ni.

terlampau excited nak ambik gambar latar, 
tetiba gambar NAL pulak ada kat skrin besar tu..hahaha

Lepas je habis majlis, semua orang berpusu-pusu bergambar dengan Aishah. NAL pun tak lepaskan peluang tapi NAL tak la snap pic together dengan Aishah. Makcik-makcik yang bergelar ibu je yang ambil gambar dengan beliau. Mak NAL tak nak dan NAL memang dah agak.

pandai ibu-ibu di Langkawi bergambar ><

Kakak NAL dan juga jiran NAL..

Lepas bergambar, terus balik. Jalan sedikit sesak. Walau apa pun, NAL tetap ambil gambar di luar hotel. First time datang event kat hotel ni la katakan. Walaupun bukan hotel mewah tapi tetap kena buat kenangan.

di luar hotel..

signboard hotel di tepi jalan..

Tu je la kenangan NAL sempena Hari Ibu 2012. " Syurga itu, di telapak kaki Ibu.. "

1 : Curious Cat !
2 : Genting Holiday !
3 : Oh! My English : Mr Middleton ?
4 :Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Selamat Hari Guru : Suprise Cikgu !


Pada Hari Guru yang lalu, NAL dan rakan-rakan lain merancang untuk adakan satu jamuan kejutan buat guru-guru Tingkatan 6. Alhamdulillah semua perancangan berjaya dilakukan. Pada mulanya memang susah nak kumpul duit sebab masing-masing busy. Hanya RM 10 seorang dan jamuan ni berhasil. Terima Kasih buat semua rakan-rakan kerana memberi kerjasama.


Kad ucapan tu direka oleh Nadia dan SKL. Thank you for their effort. NAL dengar kad ni disiapkan sampai pukul 1 pagi. NAL hargai jasa baik korang berdua.


Kek untuk guru-guru dan kami juga. Actually, kitaorang tempah 3 biji kek. Satu untuk semua guru di SMK Tunku Putra dan 2 lagi untuk jamuan kejutan kami. Sedap juga kek ni.


Antara rakan-rakan lelaki NAL yang hadir. Muka semua macam bersalah je. Sambil makan pun kena pose juga. Dari kiri, Assrah, Awi dan Shahrul.


Adik-adik junior yang merupakan pelajar Upper 6 2012. Cikgu yang jemput diaorang makan sebab makanan banyak ya amat. :)


Dak junior lelaki juga merupakan pelajar upper 6 2012. Bernafsu diaorang makan. Ye la penat handle Hari Guru. Semoga kenyang hendaknya. ^^


Rakan-rakan NAL. Masih menunggu kehadiran guru ketika ini. Sabar betul diaorang. Thanks for coming.


Masih menanti kehadiran para guru. Semua berborak sebab dah lama sangat tak berkumpul dan berjumpa macam ni. Girl tu la yang siapkan kad ucapan tu.


Semuanya sedang menjamu selera. Selamat Hari Guru. Maaf, atas sebab-sebab tertentu NAL tak dapat nak upload gambar-gambar guru dan rakan-rakan yang lain.

Jangan lupa terjah entri SKL ni sebab ada juga gambar disana " Si Kiut Lavender ".

Iklan Kreatif :Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Sunday, May 20, 2012

Alhamdulillah


Pada 28 April lalu, NAL menjalani ujian MEdSI dan hari ni keputusan ujian MEdSI telah pun keluar. Alhamdulillah, NAL terpilih untuk meghadiri sesi temuduga untuk program Ijazah Pendidikan. Terima kasih ALLAH untuk segalanya.



Alhamdulillah :)

Tapi dalam masa yang sama, NAL terkilan juga apabila seorang rakan baik yang juga merupakan pendengar baik NAL tak dapat ke sesi temuduga ni. Mungkin ALLAH nak beri sesuatu yang lebih baik daripada ini untuk beliau. Apa-apa pun NAL harapkan yang terbaik.

Walaupun ramai juga kawan-kawan lain yang dapat, tapi tarikh dan masa temuduga adalah berbeza. Ada juga rakan NAL yang dapat temuduga di Tanjung Malim, Perak. Nervous pulak nak tunggu 24 Mei nanti. Doakan yang terbaik buat NAL ye.

Iklan Kreatif : Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Friday, May 18, 2012

Terima Kasih untuk Segalanya




Sememangnya apabila kita ditimpa pelbagai ujian dan dugaan, kita inginkan luahkan segalanya kepada seseorang. Ia bukan sahaja membantu, malah dapat mengurangkan tekanan yang melanda diri.

Alhamdulillah, NAL dikurniakan Allah SWT dua pendengar yang baik. Mereka jugalah rakan yang NAL tak jemu untuk berjumpa dan NAL tak pernah sangka akan bertemu dengan mereka dalam hidup NAL. Nasihat dan kata-kata mereka sangat membantu NAL dalam menanggung masalah yang berat.

apabila hilang semangat (-_-)'

NAL seorang yang tidak kuat untuk menanggung dugaan yang berat. NAL akan merasakan ujian dan dugaan itu sukar untuk dipulihkan, namun dengan bantuan mereka berdua NAL dapat mengharunginya dengan tabah. Banyak masalah yang pernah menimpa NAL dan sebahagian besarnya merupakan masalah yang sangat berat.

Satu kata-kata daripada mereka,

Mungkin kita membenci sesuatu sedangkan ianya baik bagi kita,
dan mungkin kita menyukai sesuatu sedangkan ianya buruk bagi kita

Di saat NAL rasa down semasa ambil keputusan STPM, merekalah yang memberi nasihat dan menaikan NAL kembali. Sesungguhnya mesej mereka di phone NAL, mesej mereka di FB NAL menaikan semangat. NAL tak dapat bayangkan lepas ni, bila masing-masing dah sambung study. NAL akan terus menghubungi mereka sampai bila-bila. Apa yang pasti, NAL mungkin takkan jumpa orang seperti mereka di luar sana.

Untuk mereka : Aku tak akan lupakan segala jasa baik hampa berdua. Hanya Allah mampu membalas semua jasa baik hampa. Semoga hubungan persahabatan ini berkekalan dan diberkati olehNya. Terima Kasih untuk Segalanya. - kami cakap guna 'Aku' & 'Hang'

p/s : Maaf kerana NAL tak dapat nak nyatakan siapa mereka di sini.



sumber gambar : images.google.com

Iklan kreatif : Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Thursday, May 17, 2012

Header Tajaan NAL #5


Alhamdulillah, selesai juga semua header untuk peserta segmen pertama NAL hari tu. Jadi, hari ni NAL nak serahkan dua header terakhir. NAL harapkan korang suka lah ye.



Blog bertemakan warna ungu. Mempunyai pengikut seramai 2046 orang. Pemilik blog ni banyak juga sertai segmen daripada blogger-blogger lain. NAL juga pertama kali jejak ke blognya setelah beliau sertai segmen NAL. Terima Ksih dan NAL harapkan semoga terus sukses dalam blogging. Tahniah untuk BE awak. Jom korang terjah blog ni.



Blog bertemakan pink dan biru muda. Bilangan pengikutnya seramai 297 orang. Banyak cerita menarik di blog Farhan. Paling kelakar ialah entri berkaitan bahasa Kerbau. Kalau korang nak tahu cerita-cerita yang menarik jemputlah ke blog Farhan. Semoga berjaya dalam blogging. Jom terjah sekarang.

p/s : Terima Kasih untuk kesemua 8 peserta Segmen : Ungkapan Kelahiran NAL. Terima Kasih juga buat semua yang selalu komen di Nyte Am's Life. Andalah nadi blog ni. Harap-harap tak jemu la untuk singgah di sini.

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru


Simple entri untuk pagi ni sebab kejap lagi nak gerak ke sekolah untuk jamuan kejutan buat semua guru-guru Tingkatan 6 di SMK Tunku Putra, Langkawi. Alhamdulillah, perancangan kali ni menjadi. Seronok pulak bila kita sendiri yang plan dan siapkan hampir semua benda dengan kawan-kawan yang lain.

Terima kasih buat,
  • guru Tabika Padang Puteh
  • guru-guru SK Temonyong, Langkawi (darjah 1 - 6)
  • guru-guru SMK Kedawang, Langkawi (ting. 1 -4)
  • guru-guru SMK Tunku Putra, Langkawi (ting. 5 - 6 atas)
  • dan semua guru-guru yang pernah memberi tunjuk ajar sepanjang persekolahan
atas ilmu yang dicurahkan sehingga Mohamad Hamizan Halim berada di tahap ini. 

Tanpa guru,
Saya MOHAMAD HAMIZAN BIN HALIM takkan mampu MENULIS nama saya,MENGEJA nama saya,MEMBACA nama saya,n MENGIRA huruf yg ada pada nama saya
#kata-kata oleh rakan NAL.


Ingatlah bahawa,
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhta, Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara, Jika hari ini seorang ulama yang mulia, Jika hari ini seorang peguam menang bicara, Jika hari ini seorang penulis terkemuka, Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa, Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
#petikan daripada sebuah sajak yang NAL suka karya Usman Awang. 

Korang kreatif? Cipta hadiah korang sendiri

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...