NAL's Followers

NAL's Nuffnang

Saturday, March 31, 2012

Today's Quote #4


Ini merupakan entri paling ringkas & pendek yang NAL pernah tulis. NAL hanya inginkan pendapat korang tentang kata-kata ni,


#post NAL di FB


Pada pandangan korang disini, apa maksud kata-kata tersebut. Kenapa NAL nak tahu? Bukan ke setiap individu mempunyai pemikiran yang berbeza. Jadi, dengan pelbagai pendapat ianya dapat dijelaskan lagi. NAL harap mendapat feedback yang baik daripada korang semua (^_^)Y

Friday, March 30, 2012

Entri Bergambar | Kek pilihan anda ?


Kek merupakan sesuatu yang sinonim dengan kita. Kenapa?
Kalau tak ada kek, lengkapkah sesuatu hari lahir? lengkapkah perkahwinan?

Jadi, NAL nak bagi korang sedikit idea untuk memilih kek dan mungkin juga salah satu kek dibawah memang menjadi idaman korang. Selamat memilih ^^

#eyeball cake
- ber'contact lens' taw..

#feaces cake

#the dead crow
- macam sajak dalam literiture masa NAL Form 1

#Octopus cake

#Gorgeous frog cake

#ashtray cake

#cockroach cake

Macam mana? ada yang berkenan dihati tak? NAL tertanya-tanya, mana satu pilihan korang. "Sedap mata memandang, sedap lagi jika di rasa" - betul ker? haha
NAL harap korang share la mana satu korang suka dan rasa nak makan.

Thursday, March 29, 2012

Nyte Am's Life | di terjah Lyssa Faizureen ?


Blog NAL diterjah oleh Lyssa Faizureen. Wow, tak sangka Lyssa nak follow blog NAL sebab bagi NAL banyak lagi blog yang mantap & hot berbanding blog ni. Apa-apa pun " terima kasih daun keladi, besok lusa datang la lagi "

Ada la beberapa kali NAL menanyakan Lyssa tentang ' Scroll Box for blog archive '. NAL memang ada terjah tuto Lyssa tapi terlepas pandang. Mungkin Lyssa rasa terbeban kan ? sorry sangat-sangat ^^


* Jeritan Lyssa di shoutbox (^_^)Y

NAL pasti setiap blogger akan super duper teruja apabila ada blogger terkenal follow blog diaorang kan? so, NAL tak akan lepaskan peluang ni untuk share dengan korang semua bukti yang Lyssa dah follow blog NAL.

* siapakah gerangan yang NAL tandakan tu ?

Actually, NAL & Lyssa sebaya (1992) - saja cek nak habaq..
Tutorial Lyssa lah menjadi tempat rujukan NAL sehingga Nyte Am's Life terpapar sebegini.

p/s : Thanks to Lyssa Faizureen ^^

Wednesday, March 28, 2012

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER



Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai , kemudian anda menyapanya. Soalannya , apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan ?
- NAL akan memanggil nama dia. Cth : Eh, abg Ben.

Wordless Wednesday #9

Realiti ? Fantasi ?



Sumber  : Incik Google

MINI GIVEAWAY BY MANJA( I’m Limited Edition)


NAL nak join mini GA ni sebab ianya menarik..sangat-sangat berbeza juga ^^


klik BANNER untuk maklumat & sertai ^^


* WHY I THINK I'M LIMITED EDITION :

- I think i'm a limited edition because it's hard to be Mohamad Hamizan bin Halim. We know ourselves better rather than others right? So, if there's anything happen in my life I'll try to handle it well and keep it real. Eventhough ALLAH has determined everything but I'll try my best to be a better person. So, these thing made I'm a LIMITED EDITION. ^^



* 3 PILIHAN HADIAH YANG DIINGINI :

1 - Custom made tote beg Sponsored by I AM NOT A DESIGNER !
2 - Handmade notebook Sponsored by Achi's Handmade
3 - Sexy beg Sponsored by Bags Aholic



* FACEBOOK LINK :


p/s : hopefully ada tempat untuk NAL ^^

Tuesday, March 27, 2012

Masalah Remaja | Siapa harus dipersalahkan ?


Selepas baca beberapa artikel dalam senaskah majalah, NAL terus dapat menaip entri ni. Masalah remaja sering disajikan dalam setiap media. Persoalannya, siapakah yang harus dipersalahkan?

Ibu Bapa

Adakah ibu bapa adalah penyebab kepada masalah berkaitan remaja? Tidak dinafikan bahawa ibu bapa sekarang kebanyakannya dua-dua bekerja lantaran kos hidup yang semakin meningkat, namun bukankah semua itu untuk anak-anak juga?

Rakan-rakan

Pengaruh rakan sangat besar terhadap diri individu. Keupayaan memilih rakan akan menentukan kita baik atau jahat. Jika baik rakan yang dicari, maka baiklah jua diri kita dan sebaliknya. Adakah rakan yang kita kenali mampu mengubah hidup kita?

Diri sendiri

Ada juga orang cakap,
 'tak yah dok salahkan orang lain, dah ang sendiri yang nak'
Mungkin diri sendiri patut disalahkan. Walaupun kita memerlukan medium untuk menggerakkan perubahan diri kita, namun jika tiada keinginan untuk berubah, tak guna juga. Betul tak?

Allah sudah menentukan segala-galanya..

Pendapat korang? Siapa?

Sumber gambar : Incik Google & Kakcik Fb


Segmen : Saya Suka Doodle Part 2


NAL join lagi segmen oleh Apit..
walaupun doodle ni girl but NAL boleh hadiahkan buat rakan NAL ^^



Nama ringkas : Loly Nimi
Warna : Light Purple

SEGMEN: DOODLE UNTUK FOLLOWER by NABIL


klik BANNER untuk join

TAG : Muja | SKL | NiaLidia


MegaGiveAway by Penmerah.com


just click the BANNER to join ^^

Hampir 60 hadiah menanti anda..ape lagi cepat-cepat la join
Tag : SKL | Muja | Jay

Monday, March 26, 2012

Islamic | Kadangkala kita


Sebelum tu, korang klik SINI & SINI - terima kasih bagi yang dah klik


sumber : Incik Google



Kadangkala kita..
lihat orang yang tidak bertudung, kita pandang dengan benci kepada mereka, padahal kita tak tahu solat mereka tak pernah tinggal dan Allah knows how they’re struggling to obey perintahNya. 


bait-bait lirik dalam lagu ' Insha Allah by Maher Zain '


Kadangkala kita..
tengok seorang yang tidak pernah berada atas sejadah, apatah lagi di masjid tetapi kita tak tahu apa dalam hati mereka, mungkin mereka sangat menginginkan hidayah dan satu hari yang indah Allah bukakan pintu hati mereka dan Allah terima titis air taubat mereka.


sumber : Incik Google


Kadangkala kita..
begitu senang sekali judge manusia ini baik manusia ini jahat sedangkan siapa kita ini, entah ya hari ini kita beramal dengan amal syurga, mungkin di hari tua nanti kita dipaling dari hidayah Allah, kita beramal amalan neraka, nauzubillah



p/s : Sekadar renungan bersama...

Sunday, March 25, 2012

Thank You #2


Thank you so much !!
Kali ni NAL nak ucapkan terima kasih lagi sekali buat penganjur
Contest | GA | Segmen..
Walaupun blog NAL hanya direview tapi NAL bersyukur sangat-sangat ^^


Tajuk : Segmen Anda Bijak | Uji Tahap Geografi
Hadiah : Topup RM 10 + Review blog


Tajuk :Segmen I Love Blogging
Hadiah : Header


Tajuk : Segmen Limited Review by Nabila
Hadiah : Review blog


Tajuk : February 2012 Giveaway - My 30th Birthday
Hadiah : Barangan Tupperware

Terima Kasih sangat-sangat..
Nantikan lagi entri Thank You #3

Segmen: nak jumpa mereka sangat2!!!




Sebagai salah seorang ahli Geng fiQ'Ra, NAL terpanggil untuk join segmen ni. GF dah buat 2 kali gath bersama ahli-ahlinya tapi memandangkan NAL stay Langkawi jadi tak dapat lah join gath hari tu. Jauh ^^




NAL harapkan gathering seterusnya boleh diadakan di Langkawi Bandaraya Pelancongan. Kat sini banyak tempat-tempat yang best untuk kita buat aktiviti bersama. Pantai, Mall, Kampung & banyak lagi. Ada makanan yang anda semua perlu merasainya sendiri. Kawasan riadah & rekreasi pun banyak. =)

Tengok ni kejap, kenangan ketika pertama kali menyertai Geng fiQ'Ra..
*post pertama NAL kat group FB Geng fiQ'Ra - 
ramai juga yang menerima baik kedatangan NAL ke GF

Berbalik kepada segmen ni...
Tugasan :

Orang yang NAL nak sangat jumpa ketika gathering nanti ialah,

1 - Admin Geng fiQ'Ra : Siti NorMastura Muhammad Afiq

Kak Mas & abang Afiq adalah orang kuat disebalik Geng fiQ'Ra. NAL nak sangat jumpa mereka sebab ye la takkan ahli tak nak jumpa pengerusi, takkan pelajar tak nak jumpa guru kan?? NAL tak la mengenali hati budi mereka berdua, namun NAL dapat rasakan yang kedua-duanya sangat amanah, jujur, bekerja keras, baik & sweet. Kat gathering nanti NAL nak bergambar, tu pun kalau kak Mas & abg Afiq nak la. NAL nak juga borak-borak tentang pelbagai benda. So, to admin bersedia lah dengan jawapan. Actually, NAL nak sangat tahu umur admin GF. Last but not least, semoga ikatan berkekalan & diberkati serta diredhai oleh ALLAH S.W.T. ^^




Azza atau nama sebenarnya Nur Azzah Umairah merupakan orang pertama yang memberitahu NAL tentang VECTOR. Azza juga telah meyiapkan vector yang NAL tempah dan hasilnya sangat-sangat menakjubkan. Jadi, NAL nak sangat jumpa Azza sebab NAL nak ucap terima kasih 'face to face' kerana Azza sanggup menukar vector tu beberapa kali atas permintaan NAL. Ye la karenah pelanggan. Secara peribadinya, NAL memang tak mengenali Azza dengan mendalam tetapi melalui mesej & hasil vector Azza, NAL dapat rasakan yang Azza seorang yang baik, teliti & mudah menerima teguran orang lain. Sepanjang gath, NAL nak bergambar dengan Azza & bercakap dengan Azza. Kalau tak salah Azza muda daripada NAL ^^




3 - Joel Leslie

NAL hanya mengenali jejaka diatas dengan nama Joel. Sekarang ni Joel tengah buat satu contest di blognya & NAL dah pun join. NAL nak sangat jumpa Joel sebab NAL rasa Joel ni seorang yang kelakar & berpemikiran terbuka. Joel selalu menanyankan tentang pelajaran & share apa yang nak dilakukan ketika ujian lisan kat group GF. Memang NAL tak mengenali Joel 100% tetapi macam NAL cakap tadi, Joel mesti seorang yang periang & etc. NAL sangat suka untuk bercampur dengan pelbagai jenis orang. If I'm not mistaken, Joel berasal dari Sarawak..so, dapatlah bertukar-tukar ceritan tentang negeri masing-masing di gathering nanti & dapat juga bergambar. (^_^)Y

" Actually ramai lagi macam Nia Lidia, Kamil Kahar, Miera Akmalina, Aiman & ahli GF lain "

p/s : diharapkan perkenalan kita berkekalan kerana,
Geng fiQ'Ra, disini bermula jalinan ukhwah antara kita "

Tuesday, March 20, 2012

Topup Giveaway by Naili


klik BANNER untuk sertai

* This GA was Sponsor by: V-Sweetie Online Shoppe

Monday, March 19, 2012

Islamic | Buat mereka yang bergelar Wanita



* sekadar gambar hiasan




Tudung pada wanita itu bukan sekadar di kepala, tapi juga pada wajah, mata, suara dan hati.


"Tudung" pada wajah : JANGAN dibuat wajahnya sengaja mengundang fitnah, berhias dengan tujuan tabarruj iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikan untuk tatapan mata ramai. Kecantikannya khusus untuk suaminya,bukan lelaki ajnabi.


"Tudung" pada mata : JANGAN matanya memandang lelaki selain mahramnya. Solehah yang hakiki,tidak memandang dan tidak memandang.


"Tudung" pada suara : JANGAN dilunak-lunakkan suara dengan tujuan memikat dan mempesona.


"Tudung" pada hati-hatinya terpaut pada mengingati Allah.InsyaAllah, apabila seseorang wanita mengingati Allah, Allah akan memeliharanya daripada segala kejahatan yg muncul dari dalam dirinya sendiri atau daripada orang lain.


Sumber : dipetik dan diringkaskan daripada artikel
Ustaz Pahrol Muhammad Juoi  dalam Solusi isu 41(Tutup Aurat Supaya Selamat)

LIVE from BONI KACAK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...